Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

29 September 2012

.Nice Guy & Innocent Man.

Assalamualaikum

Ya Miss Meen addicted dengan cerita drama Korea ini

Takderlaa sebab jalan cerita dia :)
Mana ada boyfriend kita yang sanggup admit kes pembunuhan aweks sendiri kan kan :)

Tetapi cerita ini begitu
Kisah latar belakang keluarga yang cukup miskin & tabah
Fuh....Miss Meen amat suka betul jalan cerita ini

Semuanya kebanyakkannya banyak memainkan emosi & ego
Wah Miss Meen pula tiada channel KBS 2 HD so melayan onlne sahajalah
Selalunya kami akan singgah di blog ini untuk mengetahui perkembangan drama
So useful :))
Nice Guy & Innocent Man
Soong Joong Ki sebaya Miss Meen :)
Soong Joong Ki & Moon Chea Won..sweet couple 2012 :)

22 September 2012

.Pengemis Era Kini.


Assalamualaikum...

Ya...isu dan fenomena ini sekali di war war kan..Oh makin pelik dgn dunia sekarang..Manusia lebih selesa utk meminta minta dari memberi..Yang paling menyedihkan adalah melibatkan golongan anak kecil...sedih betul!!! Sudahlah anak anak itu amanah Allah...kita buat begini lg kan...

Sepatutnya tiada pengemis di bazaar dan pasar malam..ramai lagi manusia susah di luar sana kak..abg..adik..pakcik..makcik..atuk..nenek..sedihnya!!

Nota kaki : Rasional lah rakyat Malaysia! !!

18 September 2012

.Engagement Barathy Govindasaamy.

Assalamualaikum..
Tanggal 15 September 2012
Jam 830 malam
Ya Miss Meen pertama kali tengok upacara mereka ini
Buat pengetahuan semua Sahabat Miss Meen beragama Bahai..
So Miss Meen agak teruja nak lihat
Ternyata ianya lebih kurang sama dengan Hindu :)

Jom lihat gambar di bawah : Simple & Nice

~ Bersama Melissa Begam ~
~ Bersama Barathy sebelum bertunang ~
~ Three of US ~
~ Bersama mempelai ~
~ Happy for her.. :)
~ Mel you look like a rabbit :D
~Potrait of US ~


17 September 2012

.Hati Telah Bertukar.


Assalamualikum...

Yeahh..sebab apa yer Miss Meen kata begitu..

Sebab Samsung Galaxy Ace sudah bertukar kepada Samsung Galaxy Tab 7.0

Huwaaaaa...maunnya nk serasi amik masa :(

Incik Tunang suruh tukaq atas sebab tertentu..

So nombo hp..gambaq sume tak sempat nak upload sini...

So hati Miss Meen maseh mencari keserasiaan :))

Nota kaki: owh..tab ini besaq utk calling manusia...


14 September 2012

.Manusia Itu Milik Allah.

Assalamualaikum..
Hati dan perasaan ini hanya pinjaman
Pabila sudah dipinjamkan kita haruslah menjaga sebaik yang mungkin
Mungkin bukan seperti yang diharapkan sempurna tetapi cukuplah sekadar amanah
Adakalanya terlepas pandang & etikanya

Satu tips dari Miss Meen seandainya berkecil hati dengan seseorang
Ambil tapak tangan tutuplah dada & pejamlah mata
Tarik nafas dan ucaplah " Hidup & hati ini hanyalah pinjaman"
Selepas itu hembuslah nafas sekuat yang mampu :))

Ya kadang-kadang kita terlupa
Sebab nafsu selalu mengawal akal
Takutkan... :))
Jom berubah menjadi baik..
Biar akal mengawal nafsu :))
Miss Meen pun kalau marah dengan orang main lepas je
Ada ketikanya lupa nak buat amalan ini :))

Manusia itu adalah sifatnya mereka sendiri
Tetapi mereka tetap kepunyaan Allah
Hidup & matinya mereka semuanya urusan Allah
Dan yang pasti Allah tidak suka membebankan hambaNya dalam berhutang..
Cuma kita manusia biasa yang selalu berhutang :))

Cuba berfikir sejenak...
Setiap perbuatan dan peristiwa yang berlaku
Pasti akan dapat balasannya
Tidak kiralah lewat cepat atau segera

Allah sentiasa membantu kita dalam mengelak dari berhutang sesama manusia :))
Tetapi kita yang manusia ini suka berhutang sesama manusia
Contoh terdekat adalah wang dsb :))
Haaa...sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam alpha :))

Nota kaki : Sentiasalah berdoa di dalam hati ingin menjadi yang lebih baik dari semalam..aminn...
Jom layari link ini..Miss Meen suka baca..kadang-kadang hati tersentuh...




11 September 2012

.Selsema.

Assalamualaikum..
Uwah!!! Semester baru selsema pun menjelma
Alamak..huuhu..penghapus dosa dosa kecil :))
Semalam dah beli ubat selsema kat Poliklinik Dr.Azhar & Rakan
Beli yang mengantuk punya
Hamek..sekali tengok kena makan 3 kali sehari :))

Secara am nya mmg banyak kelas pagi huhu..
Alamatnya makan malam jelah..
Semester ini petandanya amatlah sukar
Sebab itu Miss Meen diserang selsema 
Kikiki :))
Irrelevant okey 

Nota kaki : Selamat berkenalan kepada ahli kelas yang baru & ahli kumpulan yang baru.. Bekerja bersama pelajar lelaki..uhukk..buat Miss Meen pasif :P


10 September 2012

.Semester Baru.

Assalamualaikum...
Kami di dalam kelas!!!
Ya alhamdulillah hari ini adalah kuliah yang pertama setelah 3 bulan tegar kami cuti
Oh mode masih di kampung halaman dan mode juga masih baru mula belajar
Biasalah subjek baru memerlukan banyak permulaan dan persediaan :)

Semoga semester ini lebih baik dari semester yang ssebelumnya
Semoga Allah sentiasa melindungi kami dari segala halangan & musibah
Dugaan & dukacita itu harus tetapi biarlah sesuai dengan ketahanan kami ya Ya Allah :)

Nota Kaki : Setarik nafas dan sehembusnya nafas semangat baru.. All come back to school !!!


08 September 2012

.Kami Datang Tanjung Malim.

Assalamualaikum
Ya petang Sabtu kami bergerak pulang ke Tanjung Malim
Rumah sewa kami...
Biasalah rumah yang ditinggalkan selama 3 bulan pasti banyak benda nak kemas
Buat masa ini mode hanya ingin mengemas bilik dan bilik air sahaja

Yang lain lain keperluan pada hari Ahad pagi lah
Mode tak sabar dan tamat belajar mula menular
Insyallah tamat belajar ini kami akan teruskan dengan praktikal pula
Doakan ya :)

Selepas ini proses mengemas barang barang untuk dibawa pulang ke kampung halaman
Baju dan barang keperluan diri yang agak penuh di almari :)
Semoga diberikan tenaga & semangat untuk mengemas :)
Allah itu maha mendengar & mengetahui

Nota kaki : Setakat ini tak pernah dapat teman serumah yang sama kepala..bergotong royong dalam membersihkan rumah :) Yang ada pun segelintir..Mungkin ada sebab & alasan yang tersembunyi :) 
Tabahlah wahai hati...


07 September 2012

.Jumaat.

Assalamualaikum...
Uh..hati berasa hambar dan tak sedap :))
Tapi tak per tahun depan nak tamat belajar
Yuhuuu!!!! Ya Allah cepatlaa :))

03 September 2012

.Best Ke Jadi Cikgu?.

Assalamualaikum...
Best ker?
Setengah kata..BEST...setengah kata OKEYLA..setengah kata..NAK KERJAKAN..
Masyarakat la nie memandang profession ini enteng dan bukan apa apa lagi dah..
Kalau dulu...semuanya yang terbaik datangnya dari CIKGU :)
Masyarakat laa nie lebih suka menjelikkan profession ini
Sebab apa? Kerajaan naikan gaji mereka..bagi elaun itu ini...
Huhuu agak pelik bila ini dijadikan isu...

Terbaca dalam satu blog ini..mengatakan
"multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar.."
Wah...kadang kadang Miss Meen pun sependapat juga tetapi bukan semua orang yang suka kan?
Apa risiko bila bawa pelajar ke hospital..lepas tu malang tidak berbau..terus ke bilik mayat
Haaaa...hamek k0..seluruh masyarakat menghina mengutuk..guru itu sepanjang hidupnya!! :)
Susahkan...bila masyarakat tidak pandang kepada dua sisi sebaliknya lebih suka melihat pada satu sisi..
So pathetic!!! :)
Miss Meen pun risau giler k0t kalau cikgu tue bawa anak g hospital...baik Miss Meen bawa g hospital sendiri..terjamin anak aku nyah :)))
And one more things!! Parents haruslah tengok kesihatan anak..tak sihat hantarlaa hospital..
Ini tak suruhnya juga pergi sekolah dengan alasan kat rumah tak da orang jaga...
Hahah...weiii ini sudah lebih..lawak lawak kan :)))
Nanti kata mak bapak tak nak jaga anak marah...tapi inilah hakikat :))

Tak nak komen lagi laaa :))
Apa apa yang mendatang harus dilihat pada dua sisi okey :))
Selamat beramal :))