Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

30 March 2014

.Tak Suka.

Huaargghhhh..
Hei perempuan kalau kau tak pandang orang dengan cara menjelikkan tak boleh ke...
Pandang tudung orang laaa brooch orang laa..
Cara orang makan laa...warna baju orang laa..
Kalau boleh taik gigi orang pun kau nak pandang cara jijik kot...
Sekarang kau boleh fikirlah kenapa ada orang jauhkan diri dari kau serta merta...
Sebab cara kau pandang orang tuh macam !@##$$/&&/*^(/)×₩₩×€=€÷¥×,:'¥×^@+(

Hari ini tanggal ini aku memang marah giler!!!
Aku rasa kau tak sedar cara kau pandang orang macam tuh..
Yang kau sedar kau ni bersih tanpa dosa...
Huh memang la cara pandangan kau tu..normal bagi kaum kerabat kau...
Tapi bukan kami okey!!!!!
So tak payah nak tunjuk comel sangat...
Huh....sabar sabar selagi boleh sabar...
Sesungguhnya Allah menduga diriku ini mengikut tahap ketahananku....

To that perempuan please behave!!!
Jangan rasa seperti kau yang terbaik tak da buat salah...sedangkan salah yang kau tak nampak orang lain nampak kau sendiri pun tak leh terima!!!!!!!!!
Ya Allah tenangkanlah hati ku ini Ya Allah....bersihkan hatiku ini Ya Allah..jauhi aku dari mereka yang beraura negatif ni...

28 March 2014

.Penerbangan Ke 3.

Alhamdulillah...
Tanggal 29 Mac 2014...
Inshallah flight Miss Meen akan berlepas ke Sabah..
Dalam anggaran jam 940 pagi..
Tapi mcm biasalah kena stand by awal 1 jam..
Miss Meen menggunakan khidmat Air Asia..
Untuk penerbangan ke Sabah...
Doakan Miss Meen okey...

Ya Allah...
Setibanya di bumi Sabah..
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan dalam mengharungi liku kehidupan ini..
Berikanlah aku ketabahan dalam melayan kerenah manusia di sekeliling ku ini..
Hanya padaMu tempat aku mengadu..
Hanya Engkau yang memahami isi hatiku..
Amiiiiinnnn....

24 March 2014

.Gathering Again.

Alhamdulillah...
We made it!!!
Pelbagai kisah dan rasa dikongsikan bersama..
A & W is our first time...
Haha..asyik asyik MCD KFC EON
Thankssss...
Hadiah terbaik before flying without wing ke Sabah Sarawak...
Dapat perfume free lagi...
Thanks Kak Faezah...

16 March 2014

.Pernikahan.

Pernah kita berjanji sehidup dan semati...
Pernah kita berjanji ingin setia sampai mati...
Pernah kita berjanji akan angan punyai anak ramai...
Pernah kita berjanji nikah itu pasti????

Miss Meen menyingkap satu situasi ini..
Yang mana amat menggusarkan hati Miss Meen..
Bukan apa..
Miss Meen terlalu risau akan seseorang yang terlalu mengharap akan perkahwinan...
Berkawan bertahun lama bukan bermakna menjanjikan sebuah mahligai indah...
Indah bahasa yang dituturkan bukan bermakna itu janji yang pasti...

Bak kata orang...
Pernikahan atau perkahwinan ini...
Satu medan seumpama perjudian..
Ada yang tewas dan kekal...
Pada Miss Meen semuanya bergantung pada usaha..
Bukan pada kata kata janji manismu..
Ada yang takut memulakan langkah..
Atas alasan pernah kecewa suatu masa dahulu...
Apa yang penting adalah nawaitu kita..
Bukan semata mata nafsu kita..

Pernikahan yang tergopoh gapah..
Atas alasan sahabat yang lain sudah mendirikan rumah tangga..
Kini tibalah giliran kita...
Sungguh Miss Meen tidak setuju...
Perkara yang penting..
Haruslah dirancang dengan teliti..
Bukan membuta tuli...
Pelbagai pihak harus diambil kira..

Cuba kita singkap semula..
Apa maksud pernikahan atau perkahwinan..
Allah tidak pernah menjanjikan bahagia seandainya kita berkahwin atau tidak...
Semuanya terpulang pada usaha kita iaitu doa dan tawakal...

.Ubah Diri.

Apabila duduk berjauhan..
Ubah diri ke arah kebaikan dengan lebih maju lagi...
Supaya ianya dapat memberikan semangat motivasi dan keyakinan yang tinggi...
Usah hiraukan mereka yang sering berkata kata buruk terhadap kita..
Buang masa saja menjemput aura negatif...

Apa yang penting..
Kita mesti selalu beringat...
Adakah perbuatan dan pelakuan kita ini sering kali meningkatkan kemarahan orang lain atau tidak...
Bukan memikirkan tetapi bersedia untuk selalu merubah dan berubah...
Demi kebaikan hati dan diri kita...

Jangan selalu mengambil kesempatan terhadap mereka yang pandang ringan dengan kita...
Jangan terlalu selesa dengan manusia di sisi kita...
Bila tiba hatinya kecil dan terasa...
Kita bukan siapa siapa di hatinya...

Beringatlah dan selalu berdoa...
Seperti Miss Meen selalu berdoa agar Miss Meen dapat bertahan dengan kerenah ajnabi manusia di dunia ini...
Baik lelaki atau perempuan..
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...
Amiiiinnnnn....

P/S: Jangan pernah merasa diri itu baik seperti maklaikat!!!!!!

.Pengajaran Hati.

Manusia sering kali memikirkan apa salah mereka terhadap manusia yang lain...
Jarang sekali mereka berfikir apa yang terbaik untuk mereka berkelakuan yang positif antara satu sama lain...
Arah sudut yang lain pula..
Manusia juga sering menyifatkan diri mereka terbaik dan tidak melakukan kesalahan seperti orang lain...
Adakalanya kita alpa dan leka bahawa ada salah satu sikap kita tidak digemari oleh sekelompok individu...
Tidak usahlah kira sama ada baik mahupun buruk..
Seharusnya kita tidak perlu berasa terlalu selesa di suatu situasi...
Dan jangan terlalu merungut kenapa manusia si polan melayan kita sebegitu...
Mengapa manusia si polan menganggap kita sebegitu rupa...
Dan sebagainya....

Jadi di sini kita haruslah senyum dan merubah perangai dan hati kita...
Pendek kata baik lah perbuatan dan kelakuannya maka baiklah tutur dan katanya...
Kalau tutur dan katanya melaser abiss...so tingkahlakunya usahlah diduga kerana hati ini tidak sekuat batu di tepian pantai...

08 March 2014

.Indahnya Khabar.

Pertama kali merasakan bahawa
Sekolah yang didiami ini adalah P3
Susah senang mengikut angin
Kemarau banjir ada bahayanya tersendiri
Apa yang penting kesukaran air dan eletrik mula terasa di kawasan pedalaman P3

Kesihatan jangan dilupakan
Mesti jaga dan mesti mengambil berat
Hidup mesti tawakal dan istiqamah
Senyum adalah pasti
Gembira adalah mesti

Usahlah hiraukan manusia manusia ini
Buruk baiknya pasti ada
Pendek kata diri ini lah yang harus tabah
Dan terus membiasakan diri...