Jadilah diri sendiri
Jangan ikutkan rentak orang
Biarlah manusia nak kata apa
Mulut manusia mmg tak berhenti
Hati manusia lagi lah
Semakin hitam
Bukan semakin putih
Dengan era zaman sebegini
Perkara ini jarang2 berlaku
Sbb sekarang semua manusia talam dua muka
Susah nak cari manusia yang betul2
Ada satu muka
Jadinya .... Jadilah diri sendiri
Bukan senang nak puaskan hati setiap orang
Buat apa yang termampu
Tahan apa yang termampu
Pendam apa yang termampu
Sembunyikan apa yang termampu
Sepi apa yang termampu
Setiap apa yang berlaku dan terjadi
Semuanya mempunyai SEBAB & BALASAN
Jadinya... Jadilah diri sendiri
Kita tak cukup baik untuk menilai & meletakkan harga sesuatu perkara
Seperti biasalah jika em0si mengawal minda
Macam2 perkara b0ley berlaku
Yang baik akan menjadi buruk
Yang buruk akan menjadi lebih buruk
Tidak akan ada yang mendatangkan kebaikan
Tetapi menerbitkan lebih banyak keburukkan
Jadinya... Jadilah diri sendiri
Selagi manusia itu mempunyai kelebihan berkata-kata
Mereka akan berkata-kata
Andaikata TUHAN mengambil apa yang hak-Nya
Barulah manusia duduk dan terdiam
Bahawanya kata-kata itu bukan milik mereka
Jadinya... Peliharalah diri sendiri
Hanya kita yang membentuk diri dan hati kita
Bukan manusia lain
Sentiasalah muhasabah diri dahulu
Sebelum menuding jari kepada orang lain
Kerana hal ini akan berpaling semula pada kita
Cuma kita tak sedar dan sentiasa bermegah apa yang kita ada
Didiklah jiwa itu supaya seharum dan semegah haruman kasturi
Didiklah minda itu supaya seharum haruman jasmine
Kredit :: Peringatan untuk diri ini yang bernama Aminatulhuda Sulaiman ::
0 Merepek:
Post a Comment