M0de Lagu : Tiada Duka Yang Abadi ~ 0pick |
Assalamualaikum
Kadang kala Miss Meen berasa kasihan terhadap seseorang ini
Sedih sangat bila mengenangkan nasib dia
Miss Meen bukanlah nak kata nasib Miss Meen 'tip t0p ten'
Tetapi Miss Meen merasa kasihan
Kerana dia tidak pernah rasa disayangi dan menyayangi
Indahnya kehidupan ini pabila
Kita saling sayang menyayangi antara mahram kita
Contohnya seperti ibu bapa adik abang kakak makcik pakcik nenek atuk
Insyallah bila kita ada perasaan kukuh terhadap mereka
Kita pasti serba salah untuk menyayangi orang luar lebih dari mereka
Sekali lagi Miss Meen berasa sedih sangat
Terkenang nasib makhluk Tuhan ini
Nak dikatakan Miss Meen tinggi ilmu agama
Tidaklah sangat tetapi kita wajib & haruslah berusaha mencari
Keindahan agama kita sendiri
Janganlah nama saja Islam
Tetapi tidak pernah cuba berubah & mencuba menjadi orang yang sepatutnya
Bimbingan dari saudara terdekat adalah wajib
Kasihan makhluk Tuhan ini
Semuanya ambil tak endah dengan nasibnya
Semua orang selalu mengambil kesempatan atas kesempitan dengannya
Mukanya nampak seperti mudah ditipu,dipermainkan,diperasankan,ditertawakan ....
Bila melihat mukanya bukan tak kasihan
Kasihan....Sedih....
Tapi jika dia sendiri yang tak mahu berubah
Tapi jika dia sendiri yang leka dengan kehidupan duniawi
Tapi jika dia sendiri yang menolak atas nasihat baik Kami
Apa yang boleh Kami bantu dia Ya Allah ....
Sedih melihat makhluk-Mu ini Ya Allah
Sedih teramat sangat .....
Sekali lagi Miss Meen ingatkan
Miss Meen bukanlah bagus & baik sangat
Tetapi Miss Meen betul2 kasihan dengan makhluk Tuhan ini
Semua orang benci & marah dia
Semua orang tak suka melihat dia
Tetapi bila dilihat pada satu sudut dia seorang yang baik
Cuma dalam diri setiap manusia ini ada sifat negatifnya
Yang boleh hindarinya hanyalah DIRI SENDIRI
*Ya Allah semoga Engkau dapat membantu makhluk-Mu yang istimewa ini...Sedarkanlah dia sementara orang tua Kami masih ada..Andaikata orang tua Kami sudah pergi...Kami khuatir sikap,sifat dan perangainya tidak dapat dibentuk & dididik...Kepada-Mu Ya Allah Kami bermohon pertolongan & ihsan bantuan...Amin*
0 Merepek:
Post a Comment