Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

18 January 2012

ll Ingatkan Diri Selalu ll

Assalamualaikum Semua..

Tabiat..gelagat..perangai..jiwa..habit..
Semuanya datang & hadir dalam diri sendiri
Selagi nyawa dikandung badan..
Selagi itulah perkara ini wujud..

Ya... bagi sesetengah manusia
Amat sukar merubah diri mereka
Usahkan mereka...
Kadang-kadang Miss Meen pun

Tapi kita selalulah ingatkan diri
Apa yang telah kita buat
Apa yang akan kita buat
Semua itu menggambarkan siapa kita sebenarnya

Tidak perlulah
Puaskan hati semua manusia dalam dunia
Sedangkan ia melanggar etika hidup kita sendiri
Berdirinya kita di sini
Hanyalah kerana Allah SWT..
Bukan untuk sesiapa pun
Tetapi kita sering melupakanNya
Dalam setiap tugasan yang Dia berikan & peringatkan

Sentiasalah bersihkan hati
Sentiasalah bersangka baik sesama manusia
Sentiasalah buang yang keruh teguk yang jernih
Sentiasalah memerhati gelagat manusia
Endahkanlah..Tegurkanlah..Peringatkanlah..
Kepada mereka akan kesilapan & kelalaian mereka
Dalam mengemudi bahtera dunia..

Sentiasalah berfikiran positif
Apabila ditegur & diperingatkan
Bukan mudah untuk orang memandang kita
Dan bukan mudah orang ingin memerhatikan kita
Andai kata ia terjadi..
Semua itu adalah anugerah..
Kerana kita diberikan kesempatan 
Untuk merubah diri ini

Says Peace To All Your Heart.. :)

0 Merepek: