Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

16 April 2012

Ketika Semua Kemungkinan

Assalamualaikum
Sekian lama bl0g ini sepi sesepi tuan empunya diri :)
Tiada coretan sepantas masa yang lalu
Tiada coretan bunyi berlagu sendu :)
Adakah kekangan masa dan kesihatan diri tidak mengizinkan?
Oh manusia masih seprti sebelum sebelumnya kan
Masih suka dalam memberikan alasan dan membela diri

Ternyata diri ini sebenarnya kekeringan idea dalam coretan
Kebekuan idea dan emosi menjadi segala punca
Diri ini tabik spring kepada sesiapa yang mampu
Mencoret di kala senang dan sibuk :)

Anda mampu dan anda mempunyai matlamat :)
Penulisan apa jua bentuk tulisan sebenarnya
Membangkitkan rasa orang lain ingin menulis
Adakalanya membangkitkan idea bagi orang lain
Pendapat dan pandangan kita bukannya serupa sama
Dan sepakai rupa :)

Tiada salah dalam memberikan pendapat & pandangan
Dan tiada salah dalam mencoret emosi
Masing-masing punya hak yang satu
Yang tak perlu direbutkan...
Terima kasih ya Allah keran melindungi hambaMu ini
Sehingga kini..
Sesungguhnya aku hambaMu yang terlalu berhutang denganMu...

0 Merepek: