Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

28 May 2012

.Bertolak Beransur Bermaafan.

Assalamualaikum Semua


Ya berkisarkan tentang mahkamah..
Miss Meen ingat mengambil pandangan dari sudut Miss Meen
Bukan ingin menyokong dan bukan juga ingin menyebelah
Tetapi ingin meluahkan rasa fikiran dan logik akal Miss Meen

Kisah Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Cukup menarik perhatian Miss Meen
Perbezaan umur dalam kalangan mereka
Membangkitkan rasa kepercayaan yang tinggi pada mereka
Ya dulu Miss Meen kagum dengan kesungguhan mereka

Walau badai membelah bahagi dan mendatang
Mereka tetap berkeras untuk bersama mengharungi
Tetapi kenapa kini tidak lagi
Miss Meen cukup berkecil hati dengan mereka
They looking good together!!!
Saat manusia lain menepis mereka teguh bersama
Saat manusia lain saling mencemburi mereka tabah bersama
Mengapa kini tidak?

Pandangan buat Rita Rudaini :
Anda adalah barisan artis yang saya suka akan lakonan kamu! :)
Membina rumah tangga tidak selalunya indah
Lendurkan lah ego kita sebagai wanita
Yang selayaknya dan seimbangnya status kita
Sebagai isteri, ibu dan sahabat kepada
Anak-anak dan Suami
Memilih pasangan haruslah sekufu dengan kita
Andainya kita diitakdirkan bukan sekufu
Kekuatan & keseimbangan dalam diri perlu ada
Berfikiran logik dan hormatilah kekurangan manusia lain

Pandang dari sisi Aidil Zafuan :
Sebagai seorang suami, kamu terlalu lembut
Sehingga memakan dan sasarkan pandangan isteri terhadap kamu
Bertolak ansur perlu diberitahu
Bermaafan seharusnya ikhlas dan bersungguh
Bukan setakat hulur wang semata tetapi
Gemblengkan tenaga untuk anak-anak dan keluarga
Mendidik isteri yang lebih berumur dari kita
Seakan memerlukan kekuatan & kebijaksanaan dalam menasihati
Mereka lagi sensitif
Pelajarilah kitaran hidup manusia dari lahir hingga ke tua :)



* Miss Meen suka tengok pasangan Ijoy & Shira.... kelindan perlu dalam mengeratkan hubungan antara satu sama lain*

0 Merepek: