Sayu hati ini
Berderai air mata ini
Mendengar kisah ibu tua ini
Sungguh hati ini tidak tabah
Sungguh hati ini dikecam
Sungguh hati ini sayu
Mama...
Pertama kali melihat air matamu bergenang
Saat dirimu melepaskan
Kami dua anakmu
Pergi berjuang di muka bumi Borneo...
Sabah Sarawak...
Sepi akan pemergian dua anakmu ini
Sesepi tiada hari esok buatmu
Akan tetapi..
Hari ini Ku melihatnya dari jauh..
Sungguh tabah hatimu Wahai Mama...
Mama...
Kehadiran dua anakmu yang lain
Memberikan seribu satu kegusaran dan kerisauan buatmu
Hati ini memahami akan susahmu
Tiada tempat mengadu
Tiada tempat bercerita
Tiada tempat bermanja
Tiada tempat berkongsi rasa
Mama...
Tiada salah dalam didikanmu
Salahnya kami
Yang sentiasa alpa dan leka
Akan hal ehwal duniawi
Yang sentiasa merasakan keseronokan
Akan hal ehwal bercinta
Yang sentiasa merasakan kuasa wang
Akan segala galanya
Mama....
Maaafkan kami
Seandainya kami sentiasa membuatkan
Hatimu tersentap
Hatimu kerisauan
Hatimu terkesima
Hatimu sedih
Hatimu kegusaran
Maaafkan kami
Mama...
Engkau adalah hadiah teristimewa buat kami
Terima kasih melahirkan kami
Terima kasih melengkapkan keperluan kami
Terima kasih menjaga kami seadanya
Terima kasih kerana tidak membiarkan kami seperti duniamu dahulu...
Mama...
Maaafkan kami
Mengasari
Hari hari mu
Mengasari
Hati jiwa mu
Mengasari
Minda akal mu
Maaafkaaan kami.......