Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words
Showing posts with label Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang. Show all posts

08 August 2014

Rintihan Mama

Sayu hati ini
Berderai air mata ini
Mendengar kisah ibu tua ini
Sungguh hati ini tidak tabah
Sungguh hati ini dikecam
Sungguh hati ini sayu

Mama...
Pertama kali melihat air matamu bergenang
Saat dirimu melepaskan
Kami dua anakmu
Pergi berjuang di muka bumi Borneo...
Sabah Sarawak...
Sepi akan pemergian dua anakmu ini
Sesepi tiada hari esok buatmu
Akan tetapi..
Hari ini Ku melihatnya dari jauh..
Sungguh tabah hatimu Wahai Mama...

Mama...
Kehadiran dua anakmu yang lain
Memberikan seribu satu kegusaran dan kerisauan buatmu
Hati ini memahami akan susahmu
Tiada tempat mengadu
Tiada tempat bercerita
Tiada tempat bermanja
Tiada tempat berkongsi rasa

Mama...
Tiada salah dalam didikanmu
Salahnya kami
Yang sentiasa alpa dan leka
Akan hal ehwal duniawi
Yang sentiasa merasakan keseronokan
Akan hal ehwal bercinta
Yang sentiasa merasakan kuasa wang
Akan segala galanya

Mama....
Maaafkan kami
Seandainya kami sentiasa membuatkan
Hatimu tersentap
Hatimu kerisauan
Hatimu terkesima
Hatimu sedih
Hatimu kegusaran
Maaafkan kami

Mama...
Engkau adalah hadiah teristimewa buat kami
Terima kasih melahirkan kami
Terima kasih melengkapkan keperluan kami
Terima kasih menjaga kami seadanya
Terima kasih kerana tidak membiarkan kami seperti duniamu dahulu...

Mama...
Maaafkan kami
Mengasari
Hari hari mu
Mengasari
Hati jiwa mu
Mengasari
Minda akal mu

Maaafkaaan kami.......

01 June 2014

.Salam Ulangtahun Perkahwinan Pertama.

Salam Ulang Tahun Perkahwinan Pertama...Sayang
Sayang..
Semoga kita mampu menempuhi alam perkahwinan ini dengan sabar..
Semoga kita tabah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang..
Semoga kasih sayang kita berpanjangan dan berkekalan seiring dengan kasih kepadaNya...
Aminnnnn...
Moga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...
Amiiiinnñ...

05 November 2013

.Alhamdulillah Sekian Kalinya.

Alhamdulillah
Tawakal usaha dan doa amat penting sangat!! :)
Dalam debar pun ada gembiranya
Bersyukur sangat dengan apa yang diberikan kepada Miss Meen
Walaupun ini hanyalah pada peringkat pertama
Berdoalah selalu untuk Miss Meen tabah dan menjaga kesihatan Miss Meen selalu
Lepas ini memang taklaa nak buat kerja berat hihihi
Basuh toilet kena stop kejap bila dah stabil barulah ok kot hehehe

Ya Allah lindungilah kami dari anasir kejahatan ciptaan manusia
Dan perteguhkanlah kami pada pegangan dengan Mu 
Hindarilah kami dari terleka dengan nikmat yang telah Engkau berikan untuk sementara
Sedarkanlah kami dengan wajah wajah kesayangan di sekeliling kami
Berikanlah kami keampunan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan baru ini
Amiiiiiinnnnn...


05 September 2013

.Best Ke.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini mood Miss Meen rajin sikit kot
Selepas buat runner up drama Korea dengan masyuk sekali
Good Doctor
The Master's Sun
Dua jalan cerita ini memang menghayat hati... :) Thumb Up!!!
The Master's Sun ini ceritanya ala-ala Ghost Whisper je 
Upsss tutup kisah hehehe

Hari ini adik lelaki Miss Meen bertanya dengan Miss Meen
Adik :"Long...kau dah kahwin nie best tak?
Miss Meen: "Erk...apasal plak?"
Adik :"Takder laa saja tanya.."
Miss Meen : "Best...dapat naik pangkat!!! Hahahaa..."
Adik: "Pangkat apa pulak kau nie??"
Miss Meen: "Dr CIK ke PUAN..dari single ke bini orang...kikiki ada org jaga aku..haha.."
Adik: "Laaa pulak..sengal kau ni"

Hahaa..Miss Meen sahaja kenakan dia..sakat dia..sebab dia tengok Miss Meen tak da beza selepas bernikah dan sebelum bernikah..perangai giler giler Miss Meen tetap ada..kuat membebel lagi lah..kuat menjerit haruslah..hehhe tapi satu je adik adik Miss Meen perasan...kikiki..Miss Meen ni kalu depan SUAMI Miss Meen..Miss Meen sopan ayu..cakap pun slowww jee hahahhaa... :D

Ramai yang berkata apa pengalaman lepas berkahwin..jujur Miss Meen katakan Miss Meen selesa dan rasa selamat dan beruntung..sebabnya ada orang yang sentiasa risau dan bertanya tentang keadaan Miss Meen..
Tetapi beratnya tanggungjawab pada Miss Meen..ke mana sahaja Miss Meen pergi..Miss Meen membawa maruah suami bersama..buruk perangai Miss Meen buruklah didikan suami Miss Meen...huhuu seramkan...
Kata orang kalau sayangkan suami..jagalah maruah dan diri sendiri..Barulah ada UMPHHHH... hihii :)

Dan akhir kata Miss Meen beruntung ada orang yang sudi menerima kekurangan dan keburukan Miss Meen seadanya..Susah tau nak cari orang yang sabar dengan kita..Dan lepas berkhawin ni hati Miss Meen mudah tersentap hahha...pelikkan..kikiki mengada ngada kot :)

P/S: Best ada teman gaduh teman mesra teman cubit teman marah teman segala-gala teman hehhe teman gi toilet pun boleh hahhaa :P




08 September 2011

ll Dugaan Hidup Ini ll

Assalamualaikum Semua !!!

Kehidupan ini ada pelbagai risiko yang tersendiri
Setiap ruang pekerjaan pasti ada risiko
Peliklah andaikata tak wujud ruang risikonya
Cuma kadang kala risiko itu besar atau kecil sahaja

Pabila sesuatu risiko itu terjadi pada orang lain tapi bukan kita
Kita sering kata 0rang itu tak tabah & sering merungut atau mengeluh
Tapi pernah tak kita terfikir...sejenak sahaja ...
Tuhan itu memberikan kita cabaran berdasarkan kemampuan kita

Jika itu cabaran & risiko yang kita dapat
Maknanya kita terpilih di kalangan yang terpilih
Bagi mengharungi ruang risik0 itu
Betul tak???

Ramai orang kata menjadi seorang GURU & PENDIDIK
Adalah TUGASAN yang MUDAH & SENANG
Miss Meen cukup bangkang penyataan itu
Dahalu Miss Meen pun macam mereka itu

Miss Meen selalu kata jadi GURU ini GAMPANG seh !!
Tapi hakikatnya pabila Miss Meen mengambil langkah ini
Ternyata ia bukan mudah....
Sedih bila ada 0rang yang tidak mahu memahami tugasan ini

Kepada teman Miss Meen itu
Harap bersabar ya!!
Dunia ini pelbagai kerenah yang kita kena lihat
ITULAH RAKYAT MALAYSIA ...

30 August 2011

ll Selamat Hari Raya ll
















Assalamualaikum Semua !!

Di kesempatan yang ada ini
Miss Meen ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti
Alhamdulillah selesai sudah 30 hari
Kita Berpuasa di bulan Ramadhan

Andaikata Miss Meen ada
Tersalah kata
Tersinggung jiwa
Terlepas pandang
Terusik hati
Termakan & Terminum
Minta dimaafkan & dihalalkan semuanya yer!!

Sem0ga Aidilfitri 1432m ini
Di sambut dengan penuh keberkatan & kerendahan diri pada-Nya
Sem0ga akan adanya perubahan yang lebih baik
Dalam diri kita masing-masing
Aminnn.....

J0m!!! Dengar & Takbir bersama-sama
M0ga menghayati apa yang dilaungkan
^_^

: Selamat Memandu..Dan berhati-hati di Jalan Raya..Bertolak ansur antara satu dengan lain..Senyum !! :

05 August 2011

ll Itu Perut Kamu ll

Makanan !!!

Assalamualaikum Semua !!!

Ehem!!
Antara Bazaar Ramadhan dan Masakan Rumah...
Mana lebih best dan sedap?
Owh tentu kamu semua tentu kata Bazaar Ramadhan kan
Macam-macam ada... ^_^

Isshh..bagi Miss Meen
Miss Meen suka masakan rumah
Miss Meen suka memasak masa bulan Ramadhan
Sebab Miss Meen tak suka pergi Bazaar Ramadhan selalu
BOROS !!!!!

Kamu semua kata ...
Kalau di rumah bukan semua boleh makan..
Issshhh nafsu lah macam tue namanya kan ^_^
Hihihi...apa-apa pun pada Miss Meen
Semuanya haruslah berpada-pada
Jangan ikutkan Nafsu sudah...bahana impaknya!! ^_^

Lagi satu adalah tidak bagus sangat
Jika di bulan Ramadhan ini
Kita banyak mengidam makan itu ini
Haiiiii...masa bukan Ramadhan pun boleh belikan

Sungguh tak faham dengan manusia ini
Bila ditegur itu adalah NAFSU ..
Marah..kata bukanlah..teringin jee k0t..
^_^ hihii perut k0rang kan..
Suka hati k0rang lah kan...^_^ perut kita lain-lain

Miss Meen kalau berjalan di Bazaar Ramadhan itu
Sungguh tak tahu nak beli apa ..
Tekak kembang jee
Tapi teringin hendak membeli itu ini
Tangan pula tak menyambut hihihi ^_^

Minggu ini balik kampung halaman Ayahanda & Bonda..
Walaupun masakan nya ringkas
Tapi Intipati berbuka bersama orang tersayang
Haruslah dihargai setiap detik..
Penting tue!! Ingat...makanan di mana-mana boleh cari
Tapi A BIG MOMENT dengan family tue susah sangat nak dicari

*Stay CUN minggu puasa ini..hujung minggu berterawih bersama keluarga..Hari biasa..mengaji bersama-sama yer*

04 August 2011

ll Duhai Hati Amanlah Kamu ll

Amanlah Kamu !!!

Assalamualaikum Semua !!

Zupppp....
Sekejap saja dah nak masuk Ramadhan ke-4
Alhamdulillah ..
Miss Meen berjaya menunaikan misi

Huhuhu...
Dalam kesungguhan berpuasa..
Miss Meen dapat satu mesej dari Mr.S
Al-maklumlah Mr.S sekarang sudah berada di Kluang johor

Tit..tit..titttt...
Mesej masuk....dengan happynya Miss Meen open-up
Sekali baca.... huk huk huk
Mr.S kata dia tak dapat balik raya pertama dan kedua

Cuti Mr.S hanya akan lulus selepas raya
Nampaknya Miss Meen kena shopping sorang lah neyh
Huhu...baru nak ajak Mr.S ke Dataran Pahlawan & Taman Krubong
Angan angan tak menjadi kenyataan la pula

Tapi tak per .. ^_^
Setiap kesusahan pasti ada kemudahan..
Tahun ini Hari Raya seakan tak seronok
Tak tahu kenapa ...
Duhai hati tenanglah selalu

*Minggu pertama Ramadhan adalah minggu tanpa ke Bazar Ramdhan =P *

24 July 2011

ll J0m Kahwin Nak !! ll

Assalamualaikum Semua ..
Yeahh!!! Entry kali ini agak issued?
Memandangkan Sabtu & Ahad sentiasa ada jemputan
Maka isunya haruslah ini
Hihii ^_^

Bagi pendapat Miss Meen
Berkahwin awal seronok !!
Banyak benda yang kita boleh share & belajar bersama
Tetapi banyak juga kita nak kena jaga ..
Terutama sekali adalah EMOSI ..
Biasalah darah muda kan ^_^

Miss Meen tabik spring pada Ibu Bapa
Yang menggalakkan anak-anak mereka berkahwin AWAL
Pertama,sah-sah lah tanggungjawab dah bertukar tangan kan
Kedua,mengajar anak-anak untuk hidup lebih bertanggungjawab dengan diri sendiri
Ketiga,dapat membimbing apa yang kurang dan apa yang perlu ..

Jadinya Ibu Bapa di luar sana
Usahlah gusar & risau ..
Yang penting DOA untuk anak-anak yer ...
Supaya mereka sentiasa dekat dan beringat ..

Miss Meen agak kurang setuju
Bila berkahwin lewat ..
Bukan apa...
Manusia sentiasa berubah bahkan perubahan itu seiring sejalan dengan teknologi terkini
Hurm..lagi lah penuh cabaran..

Kebanyakkan Ibu Bapa
Yang Miss Meen sempat lihat lah ya ..
Even dalam drama pun Miss Meen hitung tau hihihi
Mereka lebih gemar anak-anak mereka
Menggapai & mencapai apa yang mereka perlu
Seperti kerjaya..ilmu..simpanan masa depan..perubahan diri...

Tidak salah..pun
Setiap Ibu Bapa anak-anak hidup senang & selesa
Sebab itu kebanyakkan mereka lebih menekan aspek ini
Miss Meen bukan mahu salahkan pihak Ibu Bapa yaa...
Cuma sekadar menconteng apa yang Miss Meen lihat saja...

Apabila seseorang sudah bersedia melangkah maju
Bermakna dia juga sudah bersedia
Dari segala segi ..bahpun dari segi EMOSI
EMOSI amat perlu dikawal..
Lebih-lebih lagi kita yang PEREMPUAN

KESABARAN dalam menduga & menerima sesuatu itu perlu kuat
Sebabnya hati perempuan ini macam tisu
Sebelum terluka baiklah kita berjaga-jaga kan ^_^
Miss Meen berharap sangat ..
Pabila Miss Meen maju selangkah mara
Miss Meen sentiasa akan menjaga EMOSI ..
Itulah KEKUATAN Miss Meen nanti ...



*Pabila Miss Meen susah hati & sedih ..Miss Meen akan luangkan masa yang BANYAK dengan membaca buku motivasi..Bila membaca EMOSI & FIKIRAN kita seiring seia..Makanya lebih banyak POSITIF yang akan muncul dalam jiwa...^_^ *

25 June 2011

ll Saat Terakhir ll

~ Highway LEKAS~

Assalamualaikum Semua
Alhamdulillah 
Miss Meen dikurniakan kesihatan yang semakin sihat
Sebab sebelum ini dilanda selsema
Untuk sihat cepat Miss Meen
Banyak berpantang makan ^_^

Owh hari ini tanggal minggu Miss Meen balik kampung
Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan
Dan hari ini juga balik bersama Mr.S
Yeay !! Alhamdulillah
Dia dah tamat kursus kenaikan selama 7 bulan

Dan selama tempoh itulah kami tidak bertemu
Hebat tak?? Haha macam tak cukup hebatkan.. hihi
Kami bertemu di Minlon
Sesudah punggah barang dari kereta kawan Mr.S
Kami bergerak pulang ke arah Highway Kajang Silk
Sebab nak lalu Highway LEKAS

Hal ini disebabkan Highway PLUS selalu jem
Tadi dengar di radio ada kemalangan di Nilai
Sah sah jem teruk tue...
Sebab Miss Meen pernah laluinya ..Tapi itulah takdirkan
Benda sudah hendak terjadi ..

Sampai di Kuala Pilah tepat jam 650 petang
Lepak di KFC Kuala Pilah sampai jam 730 ptg
Selepas itu,kami bergerak ke Masjid Jamek Kuala Pilah
Solat Maghrib dulu,sebab Mama & Adik Mr.S belum tiba
Tepat je kami bergerak keluar dari Masjid
Mama Mr.S tiba di Maybank Kuala Pilah

Jauh tue perjalanan mereka 
Dari Sg.Udang Melaka ke Kuala Pilah
Sebab Mr.S bawak pulang barang dia yang banyak kan
Nak Miss Meen hantar..
Miss Meen tak berani jauh malam dah
Lagipun Miss Meen kan penakut
Hihihi ^_^

Banyak hal yang kami bincangkan
Dan banyak hal jugak yang kami ingin perkatakan
Semuanya menjadi persoalan bila
Miss Meen tak bijak dalam menjawab
Tapi Mr.S sabar je tau 
Payah betul nak cari orang macam ney
Alhamdulillah..m0ga dilindungi oleh-Nya dalam perhubungan ini




*Miss Meen berada di Kuala Pilah..so dapatlah update..Jangan terkejut ya..Owh sambil update nie Miss Meen mendengar lagu ST12 Saat Terakhir*

31 May 2011

ll Takafur Sebentar ll

Assalamualaikum Semua !!

Miss Meen nak kongsi sesuatu 
Semasa Miss Meen bl0g walking
Miss Meen singgah di satu blog neyh
Kadang-kadang blog ney memberikan banyak cerita
Ada yang kelakar,lucu,sedih,motivasi,seram,fake dsb..

Miss Meen terjah lagi kali ney
Tapi kali neyh Miss Meen terbaca satu entry dia
Yang cukup buat hati Miss Meen sayu tiba-tiba
Bila Miss Meen baca dan lihat VT dalam bl0g dia
Miss Meen rasa rindu dengan suasana nyaman & tenang

J0m terjah bl0g neyh -----> The Other Khairul 

Dr.Asri a.k.a Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Miss Meen suka dengar talk dari dia
Sungguh penuh dengan motivasi
Kadang-kadang hati yang sedih pun menjadi tenang

Banyak VT Dr.Asri yang Miss Meen selalu terjah
Ia membuatkan Miss Meen berasa nyaman & tenang & berfikir
Kadang-kadang Miss Meen berasa sedih sangat
Kata-katanya ucapannya membuatkan Miss Meen berfikir

Terima Kasih Allah
Kerana Engkau mend0r0ngkan Miss Meen
Mencari ILMU yang tak pernah putus ..
Bila Miss Meen susah hati dan sedih
Miss Meen pasti dengar VT Dr.Asri banyak2 kali

Adakah Miss Meen poyo?
Hihi terpulang pada kam0 nak nilai..
Yang Miss Meen tahu..
Bila Miss Meen sedih Miss Meen
Akan buat sesuatu supaya hati Miss Meen neyh TETAP DGN-NYA

J0m baca buku beliau ---> Mengemudi Bahtera Perubahan Minda 



*Hati kembali sayu melihat diri yang belum pasti ada perubahan yang lebih baik..Semoga Tuhan akan sentiasa melindungi aku dan sentiasa mengingatkan aku akan perubahan..Amin..*

23 May 2011

ll NUR KASIH ll

Assalamualaikum Semua !!! 


Jang !!!! ^_^
Alhamdulilah pagi tadi perjalanan Miss Meen dipermudahkan
Walaupun mengalami kesukaran saat menunggu bas
Tetapi akhirnya RAPID KL T 407 datang 
(rasanyalah kot sbb xingat)
Dan Miss Meen lah penumpang pertamanya tepat jam 745 pagi


Alhamdulillah !!! Pertama kali Miss Meen naik bas 
Di kawasan perumahan Miss Meen
Sebenarnya Miss Meen ada IV pagi tue
Tapi mula jam 1030 pagi


Sampai saja di KTM SERDANG
Miss Meen xnak fikir panjang lagi
Miss Meen ambil TAXI terus untuk ke DAMANSARA HEIGHT
Disebabkan pemandu TAXI Miss Meen tue
Macam FAST 2 FURIOUS
Miss Meen berjaya sampai dalam jam 945 pagi


Miss Meen nak puji Pemandu TAXI tue
Dia seorang yang ramah
Ramah dia bukan lah sepanjang jalan dia bercerita
Tapi ramah dia kerana memberikan 
Banyak inf0masi untuk Miss Meen tahu
Terima Kasih Tuhan...kerana menemukan Miss Meen
Dengan Pemandu TAXI yang tidak s0mb0ng dan baik hati


Selesai IV dalam jam 1230ptg
Sebab mereka ada urgent meeting pagi tue 
s0 tertundalah cal0n yang lain
Then Miss Meen pecut terus g MIDVALLEY


Teka ahh apa Miss Meen buat katsana
Apalagi.... teng0k m0vie NUR KASIH
Se0rang diri pula tue hehehhe ^_^
Terukkan ...
Sebenarnya sempat je Miss Meen lari terus ke ofis
Boleh laa buat TIME OFF ... 


Kerana NUR KASIH ..
Miss Meen tersalah arah hehehhe =P
0key ...SERIUS MISS MEEN NANGIS 
Masa tgk m0vie ney
B0leh kata banyak m0tivasi dan semangat yang kuat
Dalam cerita neyh


Seorang Isteri bersungguh mencari suaminya
Seorang Isteri tabah dalam menjaga sakit suaminya
Seorang Isteri kuat menerima dugaan dari Allah
Seorang Isteri yang selalu memberikan kata semangat untuk suaminya


Sebenarnya m0vie ney lebih sesuai
Dit0nt0n 0leh para isteri dan Ibu ..
Em0si pasti akan menyerap dalam
Kalu yang bukan Ibu dan Isteri ...
Susah nak masukkan em0si tuh 
Hehheheheheheh ^_^


Klik di sini untuk mendengar OST Nur Kasih


* Ya Allah Ya Tuhanku ..Berikanlah aku kekuatan seperti watak Nur Amina dalam NUR KASIH ini...Indahnya cinta bila dikelilingi orang yang merestui bersama-sama*

22 May 2011

ll Siapa Kata Kita Tidak Boleh ll

Siapa Kata Kita Tidak Boleh !!
Assalamualaikum Semua !!!


J0m Miss Meen nak k0ngsikan sesuatu bersama
Miss Meen rindu sangat 
Hendak dengar lagu ney
Bila dengar lagu ney 
Rasa mem0ri lama menjelma depan mata
Miss Meen amat suka ch0rusnya ...


Memberikan Miss Meen 
Satu suntikan semangat
Dalam diri Miss Meen
^_^
J0m yaa dengar sama....


Kalu nak d0wnl0ad klik di sini 


UNIQ - Menuju Wawasan.

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

21 May 2011

ll Sekali Lagi Diselamatkan ll

Tesc0 Kajang -Laluan Saujana Impian
Assalamualaikum Semua !!


Hari ini..pagi Sabtu Miss Meen ada planning
Planning Miss Meen adalah untuk memberanikan diri
Miss Meen ditemani h0usemate Miss Meen
Untuk menggerakkan misi Miss Meen


Alhamdulillah h0usemate Miss Meen 
Mahu j0in venture bersama Miss Meen
Bagi Miss Meen cukuplah ada orang di sebelah Miss Meen
Apa planning Miss Meen erk agaknya??


Miss Meen mahu ke Tesc0 Kajang 
H0h0h0 sebab kat Seri Kembangan neyh tak da Tesco??
Miss Meen suka shopping barang rumah di Tesco
Tak tahu kenapa tapi tahu tahu sudah SUKA ^_^


Miss Meen bertanya kepada officemate Miss Meen
Yang sememangnya orang Kajang
Dia melukis pelan ke Tesc0 Kajang
Dalam lukisan peta itu nampaknya mudah sangat !!
Miss Meen teruja dan bersyukur kerana 
Mempunyai inf0masi yang terdekat


Miss Meen dan h0usemate mencuba jalan dalam peta itu
Miss Meen sebenarnya gigil memandu di jalan raya
Itulah misi Miss Meen 
Membuka hati dan minda Miss Meen 
Supaya BERANI MEMANDU dalam kesesakkan di jalan raya


Alhamdulillah Miss Meen berjaya
Walaupun ada sedikit kesukaran dalam perjalanan
Patutlah mata kiri Miss Meen 
Asyik berkedipan laju je semalaman
Puas hati kecil Miss Meen ney berd0a supaya diberi perlindungan-Nya


Miss Meen sesat 2 kali menuju ke Tesc0 Kajang
Alih2 kami lalu ke arah Cheras Jaya
Balak0ng.. Sungai Long ... 
Tetapi kami tak berputus dan terus mencuba
Buat U-Turn di highway 


Akhirnya Miss Meen bertanya kepada inf0rmer di Plaza Tol
Alhamdulillah kami faham arahan yang dia berikan
Dan akhirnya sampai lah kami ke Tesc0 Kajang
Kepala Miss Meen mula lah sakit sebab perut k0s0ng
^_^ Nak dijadikan cerita Medan Selera dalam pembaikipulih
Alih2 sarapan + Tengahari di KFC 
Sebab di sana memang tak banyak pilihan 


Tujuan utama Miss Meen adalah
Pergi ke bahagian perkakasan atau aksesori kereta
Sebab beli 'selimut' kereta 
Hahhaaa =P kereta Miss Meen dah kena getah mangga
Nak bagi c0ver supaya tak lebih teruk


Kami sampai rumah dalam 330 petang
Balik pun sesat lagi
Kami pusing jalan jauh ....penat betul bawak kereta huhu
Tapi jauh jauh pun Alhamdulillah sampai juga ke rumah
Cuma Miss Meen tak dapat laa nak survey jalan yang dekat
Mungkin lain kali kan ^_^






*Ya Allah terima kasih kerana mendengar rintihan hamba-Mu ini semasa susah dan senangnya....Dan terima kasih kerana melindungi kami sepanjang perjalanan jauh kami..Mungkin ada hikmah yang tak pernah kami tahu..Hanya Engkau yang Maha Mengetahui..... Alhamdulillah *

19 May 2011

ll Dan Bila Esok ll

NORA ELENA
Assalamualaikum Semua !!


M0h ..Marilah kita mendengar lagu ney
0st dari slot drama Akasia : Nora Elena
Best !! Sebab drama neyh juga adaptasi dari novel
Tajuk novel : Kasih Yang Suci
Nukilan : Meen Zulaikha


Ditambahkan dengan lagu dari 
kumpulan SOFAZ
"Dan Bila Esok"
Lagi lah bersemarak dunia 
Dan jalan cerita drama tue
Miss Meen sambil men0nt0n drama pun 
Menyanyi laa juga ^_^ hihi
^_^ Sebab jalan cerita 
Dengan lagu ney memang kena


Jom hayati lirik ney
Dan Miss Meen ucapkan terima kasih kepada bl0g ney juga
Kerana memudahkan pencarian lirik lagu SOFAZ


Dan Bila Esok


Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya




*Hargailah seseorang yang menyayangi kita sepenuh hati.... kerana mungkin orang yang kita sayangi sepenuh hati tidak semestinya menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi mereka*

12 May 2011

ll Tabahkan Hati ll

Bila Manusia Fikir Dia Sempurna !!
Assalamualaikum Semua !!!


Malam yang serdahana sep0i ney
Miss Meen nak meluahkan rasa hati
Mungkin perjalanan hidup Miss Meen terlalu jauh lagi
Untuk berkecil hati dengan semua orang di sekeliling Miss Meen


Hurm...Biarlah hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya
Bila kita sakit hati dan berkecil hati
Miss Meen selalu ingatkan diri Miss Meen
Supaya sentiasa tersenyum dan cuba buatkan orang lain gembira


Bila Miss Meen buat orang lain ketawa
Perasaan rasa sakit hati dan berkecil hati itu
Secara automatik terubat dan sembuh
Serta merta hendak-Nya


Benarlah kata orang
Bila hati sakit dan berkecil hati
Cubalah membuatkan orang lain gembira dan ketawa
Dengan kita ...Nescaya hati kita akan terubat


Bila Miss Meen fikir kembali
Ada benarnya
Sebab itulah yang dikatakan 
Satu pertukaran angin dan em0si dua hala


Miss Meen berharap em0si Miss Meen masih terbatas
Dan mampu mengawal perasaan diri sendiri
Biarlah orang katakan Miss Meen 
Penting diri..s0mb0ng..eg0..berlagak..tak pandai berterima kasih..tak sedar diri
Tapi YANG PASTI HANYA DIA yang maha MENGETAHUI keadaan Miss Meen






*Ya Allah m0ga malam-malam ku ditemani seribu satu rahmat terindah dari-Mu..Sesungguhnya aku datang daripada-Mu..Dan kembali kepada-Mu juga..Ampunkan aku Ya Tuhan*

03 May 2011

Anything !!!

Mimpi Ngeri


Assalamualaikum Semua !!!
Terima kasih Kepada Cik Manis Jepun
Atas kata nasihat kam0 temp0h hari ^_^


Miss Meen nak cerita satu benda
Nak tahu baca laa
Tak nak tahu main jauh jauh


Huhuhu
Miss Meen tak dapat tido tadi malam
Setiap jam asyik terjaga je
Huhu sebenarnya mimpi sesuatu
Nak dikatakan menjerit 
Rupanya Miss Meen memang menjerit dalam realiti dan mimpi 


Kasihan akak tue, teman sebilik Miss Meen 
Dia terkejut pastue dia kejutkan Miss Meen
Dia tanya "Ngigau ye tadi"
Huhuh mimpi tue tahlaa ngeri pulak bila fikirkan lagi


Miss Meen  dan dan je kata tempat baru kot kak
Tak lena tido 
Huhuhu
Tapi mmg betul pun huhu ...Tak selesa ..


-------------------------------
Pagi neyh ....
Alhamdulillah diberi kekuatan
Untuk mengemudi hari-Mu
Bila diberi kemudahan pasti akan diuji dengan kesukaran
Mudah-mudahan ujian itu setimpal dengan kemampuan hati


Miss Meen sampai awal dari seperti biasa
Tak perlaa amek port parking jap 
Huhu Miss Meen
Tak pandai agak masa lagi
Tapi bagus juga elakkan hujan
Kalu hujan kan jem jalan raya


Huaarghhhh ....
Mengantuknya di opis
Huhu tersengguk sengguk dibuatnya
Erm apa laa nasib anak mu
Hihihi
Chay0k!!! Bukakan mata dan minda


Treng!!!
Got message from Cik Siti
"Salaam k long, selamat bekerja!
Semoga menjadi pekerja cemerlang dan contoh 
kepada yang lain..ameen"
A big wishes for me
Huhuhukk terharu seh
Thanks Acik!!!

30 April 2011

ll M0de: 0ff ll

mode 0ff !!
Miss Meen 
Hilang mood 
Untuk 
meng 'update' 
sebentar.....



m0de : 0ff !!!

29 April 2011

ll Bila Bersedih ll

Assalamualaikum Semua !!!!


Hari ney Miss Meen nak k0ngsikan bersama dgn kamo kamo semua
Bila terasa sedih ke susah hati ke risau ke
Marilah kita dendangkan sesuatu ke dalam hati dan minda kita
Sebab apa yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya
Mungkin ia satu petanda yang kita harus ambil pandang
Mungkin juga ia sesuatu perhatian yang kita harus ambil berat


J0m kita tinjau apa yang Miss Meen 
Nak kongsikan ney





Petikan dari ANIQAH Mei 2011


Surah Al-Kausar Jadi Penawar
Al-Kausar = Sungai yang mengalir di syurga

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan
ketika Baginda bersedih atas kawafatan dua orang
yang sangat dikasihinya iaitu isterinya Siti Khadijah
dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kita boleh amalkan sebagai penawar. Antaranya :
1- Jika dibaca ketika hujan turun sambil berdoa
mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita
2- Jika kita kehausan dan ketiadaan air,gosoklah di bahagian leher.
Insyallah akan hilang dahaga.
3- Jika mengalami sakit mata, sapukan air mawar
yang sudah dibacakan surah ini 10 kali pada mata
4- Jika rumah kita terkena sihir bacakan surah ini
10 kali,mudah-mudahan Allah memberikan ilham
kepada kita di mana letaknya sihir itu

5- Jika membaca surah ini sebanyak 1000 kali
Insyallah rezeki bertambah
6- Jika kita rajin membaca surah ini
Insya Allah hati kita akan lembut dan khusyuk
dalam menunaikan solat
7- Sekiranya seseorang itu difitnah sehingga
masuk penjara..bacalah surah ini sebanyak 71 kali
Mudah-mudahan Allah akan membantunya
Kerana ia tergolong dalam org yg teraniya dan dizalimi

*MIss Meen doakan selalu sahabat Miss Meen *