Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

09 March 2018

Bila Hati Berkata Sayang

Tanggal 4 Mac 2018
Detik kelahiran cahaya mata kedua
Kesakitan berpanjangan
Di akhiri dengan pembedahan dan keluarlah
Seorang putera yang comel
Pada 0041 pagi bersamaan 5 Mac 2018
Di Hospital Tuanku Ampuan Najihan (HTAN) Kuala Pilah...
Alhamdulillah... kurniaan dari Allah
Terima kasih buat Suami yang tersayang
Sudi menunggu Isteri dari petang hingga keesokkan paginya..
Terima kasih sangat sangat...

Tanggal 5 Mac 2018
Nama diberi Muhammad Uzair
Alhamdulillah dengan berat 3.73kg anak Ummi ni...
Ummi memohon maaf...
Atas asbab kesihatan dan rekod perubatan Ummi..
Awak ditahan di wad hospital selama 5 hari..
Buat kesayangan Ummi awak sangat kuat!
Terima kasih sayang...
Terima kasih Allah...
Muhammad Uzair bin Mohd Sahadirllah (MUMS)

0 Merepek: