Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

05 June 2014

Sup Telur Biasa

Seperti biasa
Bila duduk rumah sewa baru
Barang keperluan rumah semuanya ala kadar
So perut sudah lapar
Jalan yang terbaik adalah...
Memasak menggunakan resepi mudah..

SUP TELUR

Bahan:
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diracik halus
3 biji telur
Garam secukup rasa
3/4 air

Cara:
1. Panaskan kuali dan letak minyak
2. Masukkan bawang yg dihiris dan diracik halus
3. Masak sampai naik bau dan bawang seakan layu
4. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa
5. Masukkan telur sambil kacau...sebelah tangan kacau sebelah tangan masukkan telur..
6. Kacau ikut arah jam..sehala sahaja...
7. Agak agak hancur halus tutup api
8. Hidangkan....

Siap selamat menjamu selera!!!!

**Gambar itu kurang menjadi akibat tinggalkan sup untuk membasuh pinggan hehehe**

Menu pertama
Hadiah house warming pertama
Hehee glad to use all the things..

01 June 2014

.Salam Ulangtahun Perkahwinan Pertama.

Salam Ulang Tahun Perkahwinan Pertama...Sayang
Sayang..
Semoga kita mampu menempuhi alam perkahwinan ini dengan sabar..
Semoga kita tabah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang..
Semoga kasih sayang kita berpanjangan dan berkekalan seiring dengan kasih kepadaNya...
Aminnnnn...
Moga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...
Amiiiinnñ...

09 May 2014

.Down.Low.Break.Lost.

Ya Allah
Berikanlah hatiku ini kekuatan
Dan ketabahan
Atas dugaan demi dugaan
Yang Engkau titipkan

Ya Allah
Sesungguhnya hatiku ini
Mudah terasa dan tersinggung
Tetapi apalah sangat yang dirasai
Oleh diriku ini
Berbanding denganMu
Kami sentiasa alpha bila kesenangan itu milik kami

Ya Allah
Hanyaku pinta berikanlah ketabahan hati yang sangat tegar
Berikanlah aku kekuatan
Demi kekuatan demi mengharungi hidup ini

Ya Allah
Maafkanku seandainya terlalu banyak dosa yang telah ku cipta..
Ampunkan diriku ini Ya Allah...