Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

22 June 2014

Menangis Lagi

Ya hari ini diri ini
Menangis lagi
Tidak mampu diucapkan
Dengan kata kata

Air mata ini dengan sendirinya
Mengalir deras
Tersedu dalam tidur
Tersedar dalam tidur
Sungguh hati ini rapuh

Alangkah tenangnya
Dipeluk dan ditenangkan
Dari insan disayangi
Sesungguhnya Allah itu peneman setia

Ternyata tidak pernah
Sesekali walau sesekali
Menghampakan hambaNya
Dialah tempat pengadu
Dialah tempat menangis
Dialah tempat bercerita
Hanya Allah peneman hati yang setia

Sesungguhnya hati ini rapuh
Terlalu rapuh
Terlalu sedu....

Ya Allah
Bantuilah aku menjaga hatiku
Bantuilah aku menjaga kekuatanku
Bantuilah aku mengurus kehidupanku
Bantuilah aku menjaga hubungan denganMu.....

*Hati ini terlalu sebak...
*Biar apa org nak kata..mulutnya hatinya hanya pinjaman...
*Hari Perkhemahan Perdana SMK Simpangan 2014
*AJK Masakan

10 June 2014

Pilihan kalbu

Kerja dulu ke
Tunang dulu ke
Tunang dulu baru kerja ke
Kerja dulu baru tunang ke
Mana satu pilihan kalbu?

Tunang dulu ke
Kahwin terus ke
Mana satu pilihan kalbu?

Duit sendiri ke
Duit famili ke
Atau duit kedua duanya?
Mana satu pilihan kalbu?

Serius ke
Nafsu ke
Teringin ke
Tercabar ke
Tak sabar ke
Suka suka ke
Tunjuk tunjuk ke
Mana satu pilihan kalbu?

Sedia ke
Mampu ke
Tabah ke
Sabar ke
Terima ke
Mana satu pilihan kalbu?

*Renung renungkan sedalam yang mungkin..
Kelak tidak memberi beban kepada masyarakat sekeliling..
Peace no war!!!

05 June 2014

Alhamdulillah

Welcome Home
House Warming
Alhamdulillah...
Tanggal 30 Mei 2014..
Walaupun pelbagai cabaran ada

Our location is...
Taman Kasturi Simpang Bekoh Melaka..
Sempadan dengan Johor..yang mana Tangkak dan Muar...
Berhampiran dengan Gunung Ledang..
Pekan kecil tapi alhamdulillah
Semoga kami tabah membina keluarga kecil kami...

Doakan kami...
Semoga dipermudahkan segala urusan...
Amiiinnnn....