Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words
Showing posts with label SMKSimpanganPaitanBeluran. Show all posts
Showing posts with label SMKSimpanganPaitanBeluran. Show all posts

03 September 2015

Smk Simpangan 2015

Bila mencari rumah sewa atau bilik sewa
Perkara yang dijangkakan...
Orang kampung menekan harga dengan kadar yang tinggi...
Kalah kadar dengan negeri
KUALA LUMPUR JOHOR BAHARU PENANG
Terkejut Miss Anne!!!
Sewa rumah sebulan RM 3000.00
Bagi yang mempunyai 6 buah bilik
Sewa bilik sebulan RM 500.00
Berkongsi bilik air dan ruang tamu..
Itu belum ada kelengkapan penuh ya..
Orang kampung di sana hanya mempunyai saluran air paip sahaja..belum lagi dibekalkan sumber tenaga eletrik...
Hanya sewa sudah sebegini rupa..
Bayangkan
Seandainya lengkap kesemuanya ini
Fikir..
Fikir..
Bagaimana keadaan dan pandangan mendidik hati dan minda kita semua...
Adanya rumah pekerja FORTUNA
Sewanya sebulan RM650.00
Lengkap kesemuanya 24 jam
2 Bilik, 1 Bilik Air, Dapur dan Ruang Tamu serta 1 Kipas Siling
Walaupun keadaan rumah kelihatan buruk tetapi alhamdulillah bagi sesiapa yang pernah mendudukinya...
Tatkala
1 Malaysia belum dikenakan GST
Tempat kami mencari rezeki ini sudah mengamalkan konsep itu...
Tetapi bukan pergi ke tabungan KERAJAAN sebaliknya POKET SENDIRI
Ada orang kisahkan nasib terpencil kami?
Tidak
Tidak sama sekali...
Bagi mereka cukuplah dengan elaun yang diberikan..
Sedih
Bila tiada kajian dibuat di tempat kami...
Marilah
Marilah
Singgah Sebentar
Di peninggalan jejak kami
SMK SIMPANGAN PAITAN BELURAN SABAH

22 June 2014

Menangis Lagi

Ya hari ini diri ini
Menangis lagi
Tidak mampu diucapkan
Dengan kata kata

Air mata ini dengan sendirinya
Mengalir deras
Tersedu dalam tidur
Tersedar dalam tidur
Sungguh hati ini rapuh

Alangkah tenangnya
Dipeluk dan ditenangkan
Dari insan disayangi
Sesungguhnya Allah itu peneman setia

Ternyata tidak pernah
Sesekali walau sesekali
Menghampakan hambaNya
Dialah tempat pengadu
Dialah tempat menangis
Dialah tempat bercerita
Hanya Allah peneman hati yang setia

Sesungguhnya hati ini rapuh
Terlalu rapuh
Terlalu sedu....

Ya Allah
Bantuilah aku menjaga hatiku
Bantuilah aku menjaga kekuatanku
Bantuilah aku mengurus kehidupanku
Bantuilah aku menjaga hubungan denganMu.....

*Hati ini terlalu sebak...
*Biar apa org nak kata..mulutnya hatinya hanya pinjaman...
*Hari Perkhemahan Perdana SMK Simpangan 2014
*AJK Masakan

25 January 2014

.Pengalaman Part 3.

Khamis 23 Januari 2014

Perjalanan kami amat jauh dan berbeza
Sungguh berbeza dari mereka di Semenanjung
Selepas check out dari hotel King Park kami singgah menjamu selera di Ayam Penyet
Tepat jam 1200 tengahari kami bergerak dari Sandakan terus ke Simpangan Beluran

Perjalanan sungguh mencabar
Kena naik 4wheeldrive di sepanjang jalan
Kerana kenderaan inilah yang paling selamat dan tahan lasak
Perjalanan kami memakan masa dalam anggaran 6 jam....
Akhirnya kami tiba di tempat yang dijanjikan
Sungguh kami terkejut

Pengetua kata kampung ini baru sahaja lepas dilanda banjir
Tarikh banjir itu pada tarikh kami diorientasikan di Kuala Lumpur pada 20 Jan 2014
Barang kami telah diangkat oleh pelajar di sana
Perghh banyak sungguh barang kami
Bak kata JPN Sabah seperti tidak mahu pulang ke Semenanjung lagi
Hahaa...tersentap mak ko nyah...

Usai dari itu kami meniti jambatan goyang merentas padang berlumpur sehinggakan kami terpaksa tanggalkan kasut lagi tu takut terkena lumpur
Tibanya di tumah guru kami di sambut oleh Cikgu Rus
Dan kami berkongsi bilik bersama Cikgu Mas

Alhamdulillah rumah guru yang baru dibina pada tahun 2010 ini baik dan kemas
Selesa seperti rumah di Semenanjung walaupun kami di sini menggunakan elektrik genarator dan air hujan sebagai keperluan harian mengikut catuan yang ditentukan

Setelah usai mengemas keperluan diri yang patut kami berbual dan menemuramah cikgu ini tentang keadaaan di sana...
Waktu solat di sini juga awal 1 jam..
Kami cuba membiasakan diri...
Tepat jam 1200 tengah malam eletrik genator kami terpadam dgn automatiknya
Kami tidur sebelum jam 1200...dalam anggaran jam 1000 malam mungkin..

Note: Miss Meen menangis ketika menelefon suami...Miss Meen rindu huhuuu

.Pengalaman Part 4.

25 Januari Sabtu

Hari ini adalah hari sekolah ganti bagi cuti CNY
Pihak sekolah sebulat suara melaksanakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah
Pelbagai ragam dan aktiviti yang kami lihat tadi
Sebagai guru baru walaupun pernah berkhidmat lain kawasannya lain caranya

Kami berdua telah ditugaskan di bahagian bantuan kecemasan pelajar tetapi kami juga tergapai gapai
Sebab apa...hehee jauh tuh nak jadi excort kecemasan kami tidak tahu memandu 4wd
Hehehe dasyat kan kami hehe mencabar betul merentas desa sekolah kami.

Selepas tamat merentas desa..penyampaian hadiah pula dan pengumuman rumah terbaik dan terbanyak mengutip markah
Selepas itu diadakan jamuan guru..
So makan freee lagi kami..
Kami berdua siap tapau lagi bawa ke rumah
Atas sebab kami belum ada bahan masak memasak
Alhamdulilah semua urusan dan guru di sini baik baik belaka
Dan urusan pun tamat pada waktu yang dijanjikan hehee baguss!!!!

Kami balik mandi membasuh baju dan tidur
Kepenatan mungkin hehee


Note: Miss Meen tunjukkan gambar pada suami aktiviti sekolah dan menelefon mama Miss Meen

23 January 2014

.Pengalaman Part 2.

Alhamdulillah semalam 22 Jan 2014
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Sandakan pada jam 130 petang
Syukur yang teramat sangat
Kami bertemu PPD Beluran En.Airudin di sana
Dan di sana juga Pengetua kami datang menjemput kami
Di sana pelbagai andaian dan gambaran diberikan oleh mereka
Debaran di hati mula terasa
Takut usah dipersoalkan semestinya..
Beruntung diri Miss Meen kerana mempunyai sahabat susah dan senang bersama.. Kak Azizah a.k.a Kak Zie

Setelah itu pengetua membawa kami meronda Bandar Sandakan
Sungguh sungguh bandar itu luas dari Semenanjung
Dan boleh dikatakan juga Sandakan ini penuh dengan pelbagai bandar
Pendek kata maju seiring dengan negeri negeri pelancongan...
Udara semulajadi...sejuk..nyaman..selesa
Alhamdulillah...

Selepas itu pengetua kami membawa kami berteduh di King Hotel Sandakan
Katanya sudah lewat untuk ke Simpangan
Takut gelap nanti...
Akhirnya kami akan pergi ke sekolah esok pada 23 Jan 2014, Khamis pada jam 730 inshallah
Pengetua kami kata..kami akan pergi ke sekolah itu dengan b0t
Kerisauan pada diri kami menjelma
Bolehkah beg galas..beg hiking kami menampung dalam perjalanan...

Apa apa pun Pengetua kata...
Boleh boleh dan boleh
Hehe sungguh kami risau okey..
Usai dari itu Pengetua pulang ke rumahnya
Kami juga merehatkan diri
Sebabnya kami bangun seawal jam 430 pagi
Untuk ke KLIA hehee

Pada sebelah petang nak ke senja
Kak Zie bertemu dengan Kak Zura sahabatnya di Sandakan semasa di UUM
Berborak sakanlah mereka
Dan kami makan roti canai di kedai berdekatan dengan GIANT pada jam 430 petang..
Alhamdulillah....kenyang sebentar
Sebab di penerbangan itu Miss Meen makan nasi lemak sotong jam 1130 pagi

Pada sebelah malamnya pula
Kami makan bekalan yang disediakan oleh ibu Miss Meen
Rendang dan nasi impit
Pedasnyalah rendangnya ibu hehee
Usai makan kami berehat
Dan terus menanti hari esoknya...
Dengan penuh debaran dan persoalan..

Note: Hati ini mula rindukan Suami...

21 January 2014

.Perkenalan Diri.

Saat ini pelbagai motivasi diberikan kepada kami...
Mengenali diri dan juga masyarakat di sana
Suatu keperluan untuk meneruskan kehidupan
Taburan Suku Kaum bagu
Sandakan..Beluran..Telupid:
Adalah Suluk, Sungai, China, Kadazandusun...

Miss Meen mengetahui ini semasa diberikan taklimat oleh :
En.Madaile Hj Basri
JPN Sabah
Semasa perkongsian beliau..
Beliau trlah menyediakan sebuah lagu bertajuk WARISAN yang dinyanyikan oleh Sudirman
Sungguh sungguh lagu ini sungguh menghayat hati Miss Meen...

Percaya atau tidak Miss Meen menangis tatkala menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat...
Sila google lirik lagu itu bah..
Setelah diberikan surat penempatan
Kami telah diberikan taklimat
Tentang jadual perjalanan ke KLIA
Miss Meen akan berkumpul pada jam530pagi
Bas akan bergerak dalam jam630pagi
Manakala flight kami pada jam 1030pagi

Inilah kali pertama kaki ini menjejakkan di bumi Borneo
Terima kasih Allah kerana mengizinkan diri ini berhijrah
Semoga penghijrahan ini membawa seribu satu rasa kesyukuran dan keinsafan
Berjauhan dengan suami inshallah akan menerbitkan seribu satu rasa kecintaan dan kebahagiaan selalu

Tetima kasih sayang kerana redha atas penghijrahan ini
Nanti marilah ke Sabah terutama di SMK Simpangan ya
Kita berkenalan dengan mereka di sana...

Note: Terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat..kawan..cinta..kekasih..sifu..pengubat duka..penjaga..iaitu Suamiku tercinta��������

.Pengalaman Part 1.

Alhamdulillah
Miss Meen sudah tiba di Pearl International Hotel di Jln Kelang Lama...
Dari 20 Jan sehingga 22 Jan 2014..
Inilah perjalanan kami sebelum di hantar ke sekolah di Sabah mahupun Sarawak..
Kami mendengar motivasi..taklimat guru dsb sebagai peringatan dan persediaan kami...
Tanggal 20 Jan 2014 ini kami menerima tawaran penuh untuk berkhidmat di Sabah mahupun Sarawak..
Selesai check in dan mendengar taklimat
Pada sebelah malamnya kami diberikan rehat dan lapangan peribadi sendiri
Thank you so much...

Dan malam itu Miss Meen menemani Suami Mr.S makan malam
Kasihan dia lewat makan
Beliau ajak pergi Uptown Cheras tapi Miss Meen letih sebab otak dan telinga asyik mendengar dan melihat
Jadi Miss Meen ambil keputusan untuk tidak pergi selepas makan malam bersama di Taman OUG
Suami pergi bersama adik lelakinya Iwan dan seorang kenalannya Khairol semasa sekolah menengah...

Dan hari ini bermula episod satu satu nya
Hari Miss Meen yang jauh berbeza dari semua orang...

Welcome us...Treat us...Love us...
For being I am...

18 January 2014

.SMK Simpangan Beluran Sabah.


Alhamdulillah...
Walaupun kerisauan melanda...
Hati ini terima dengan redha...
Tidak pernah mengambil tahu perihal daerah ini...
Kini tibalah masanya diri ini mencari dan terus mencari...
Inshallah diri ini akan serasa selesa pabila tiba di sana...
Mudah mudahan masyarakat di sana turut mengalu alu kan kedatangan kami...
Tanggal 22 Jan 2014 kami berlepas ke sana...

Kepada mama mama ku...
Usah risau anakmu menimba ilmu dan pengalaman di sana...

Kepada suamiku yang tercinta..
Terima kasih kerana redha atas pemilihan penempatan yang diagihkan...
Pemergiaan isterimu ini hanyalah sementara...
Doakan isterimu sentiasa dilindungi dan dibantui sentiasa...
Sayang love you!!!

P/s: Org kata Beluran terkenal dengan makanan laut...w000ow bestkan...Selamat Datang Amina...