Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

21 February 2012

ll Berubahlah ll

Assalamualaikum...

Meningkat kepada umur kita ini
Terasa diri ini perlu berubah dan sentiasa memajukan diri
Andaikata dahulu malas
Kini mestilah rajin
Andaikata dahulu suka membuat sampah
Kini haruslah rajin membuang sampah
(Org yang suka rumah kotor je sukakan sampah!!)
Andaikata dahulu penakut
Kini haruslah berani
Andaikata dahulunya bercakap main lepas
Kini wajiblah bersopan

Perlu diingatkan dalam diri
Manusia yang lain mempunyai kuasa untuk memanipulasi minda dan hati kita
Persetankan perangai mereka itu
Anggaplah mereka tidak sedar yang mereka sendiri 'sakit'
Kasihan sungguh mereka..tiada ubat yang boleh menyembuhkan 'sakit' mereka

Sematkan dalam diri
Biarlah manusia lain itu psiko emosi dan fikiran kita
Jangan di layan dan jangan dikisahkan
Kita adalah kita
Pemikiran orang yang waras..
Selalu bijak membahagikan antara gurauan dan fakta!
Andaikata tidak mampu anda 'sakit' :)

Biarlah manusia lain nak buat apa pada kita
Tetapi beringatlah KUASA ALLAH itu MAHA ADIL & BESAR
Bersabarlah dengan mereka..
Ujian bagi setiap hambaNya berlainan corak dan kata
Tetapi mempunyai maksud yang sama
Untuk menjadi insan yag berwasatiah :)

*Gelombang hidup adakalanya memberikan kita idea dan ujian yang tinggi kesabarannya..Praktikkannya..Semoga menjadi Ibu yang tabah dan kuat suatu masa nanti :)*

0 Merepek: