Assalamualaikum Semua
Ya Miss Meen sedang bersedih..
Pengubatnya Miss Meen harus menulis & berkata untuk diri
Mungkin ada sesetengah berfikir & berkata belakang
Andaikata bersedih mengadulah kepada Allah
Bukan di sini dan bukan dengan sesiapa pun
Ya...Miss Meen setuju sangat
Cuma ada ketikanya Miss Meen merasakan
Miss Meen harus menyimpan coretan ini
Untuk Miss Meen sendiri..
Untuk renungan Miss Meen sendiri..
Kuasa Allah itu besar
Miss Meen bersyukur kerana Allah adil terhadap hambaNya
Ramai manusia berfikir Allah itu tidak adil
Manusia itu TIDAK BERSYUKUR...
Jika hari ini ada orang menghina kita
Percayalah satu masa nanti manusia yang lain akan menghina mereka kembali
Terima kasih Allah...kerana Engkau tidak pernah pilih kasih terhadapa hambaMu
Jika hari ini kita dibuang keluarga sendiri
Percayalah suatu masa nanti dan tidak perlu ditunggu
Mereka mempunyai nasib yang sama
Cuma adakalanya lewat & cepat sahaja balasan itu
Jika hari ini manusia yang lain biadap terhadap kita
Segala perbuatan mereka PASTI akan mendapat habuannya
Allah tidak pernah memungikiri janjiNya
Kita manusia yang angkuh..jahil..tidak bersyukur
Selalu memungkiri & menaburi janji manis
Ya Allah tenangkanlah hatiku
Setenang gelora lautan di kala malam
Ya Allah teguhkanlah hatiku
Seteguh lingkaran orbit ciptaanMu
Ya Allah sedarkan aku..pimpinkan aku..
Jauhi aku dari manusia yang SOMBONG..
BONGKAK..LUPA DARATAN..TIDAK BERSYUKUR
dan BIADAP TERHADAP KEDUA IBU BAPANYA
Jauhi aku dari bergaul dengan mereka..
Sesungguhnya Engkaulah pencipta & Engkaulah yang berhaq..
0 Merepek:
Post a Comment