Assalamualaikum..
Hati dan perasaan ini hanya pinjaman
Pabila sudah dipinjamkan kita haruslah menjaga sebaik yang mungkin
Mungkin bukan seperti yang diharapkan sempurna tetapi cukuplah sekadar amanah
Adakalanya terlepas pandang & etikanya
Satu tips dari Miss Meen seandainya berkecil hati dengan seseorang
Ambil tapak tangan tutuplah dada & pejamlah mata
Tarik nafas dan ucaplah " Hidup & hati ini hanyalah pinjaman"
Selepas itu hembuslah nafas sekuat yang mampu :))
Ya kadang-kadang kita terlupa
Sebab nafsu selalu mengawal akal
Takutkan... :))
Jom berubah menjadi baik..
Biar akal mengawal nafsu :))
Miss Meen pun kalau marah dengan orang main lepas je
Ada ketikanya lupa nak buat amalan ini :))
Manusia itu adalah sifatnya mereka sendiri
Tetapi mereka tetap kepunyaan Allah
Hidup & matinya mereka semuanya urusan Allah
Dan yang pasti Allah tidak suka membebankan hambaNya dalam berhutang..
Cuma kita manusia biasa yang selalu berhutang :))
Cuba berfikir sejenak...
Setiap perbuatan dan peristiwa yang berlaku
Pasti akan dapat balasannya
Tidak kiralah lewat cepat atau segera
Allah sentiasa membantu kita dalam mengelak dari berhutang sesama manusia :))
Tetapi kita yang manusia ini suka berhutang sesama manusia
Contoh terdekat adalah wang dsb :))
Haaa...sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam alpha :))
Nota kaki : Sentiasalah berdoa di dalam hati ingin menjadi yang lebih baik dari semalam..aminn...
Jom layari link ini..Miss Meen suka baca..kadang-kadang hati tersentuh...
0 Merepek:
Post a Comment