Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words
Showing posts with label Beluran. Show all posts
Showing posts with label Beluran. Show all posts

03 September 2015

Smk Simpangan 2015

Bila mencari rumah sewa atau bilik sewa
Perkara yang dijangkakan...
Orang kampung menekan harga dengan kadar yang tinggi...
Kalah kadar dengan negeri
KUALA LUMPUR JOHOR BAHARU PENANG
Terkejut Miss Anne!!!
Sewa rumah sebulan RM 3000.00
Bagi yang mempunyai 6 buah bilik
Sewa bilik sebulan RM 500.00
Berkongsi bilik air dan ruang tamu..
Itu belum ada kelengkapan penuh ya..
Orang kampung di sana hanya mempunyai saluran air paip sahaja..belum lagi dibekalkan sumber tenaga eletrik...
Hanya sewa sudah sebegini rupa..
Bayangkan
Seandainya lengkap kesemuanya ini
Fikir..
Fikir..
Bagaimana keadaan dan pandangan mendidik hati dan minda kita semua...
Adanya rumah pekerja FORTUNA
Sewanya sebulan RM650.00
Lengkap kesemuanya 24 jam
2 Bilik, 1 Bilik Air, Dapur dan Ruang Tamu serta 1 Kipas Siling
Walaupun keadaan rumah kelihatan buruk tetapi alhamdulillah bagi sesiapa yang pernah mendudukinya...
Tatkala
1 Malaysia belum dikenakan GST
Tempat kami mencari rezeki ini sudah mengamalkan konsep itu...
Tetapi bukan pergi ke tabungan KERAJAAN sebaliknya POKET SENDIRI
Ada orang kisahkan nasib terpencil kami?
Tidak
Tidak sama sekali...
Bagi mereka cukuplah dengan elaun yang diberikan..
Sedih
Bila tiada kajian dibuat di tempat kami...
Marilah
Marilah
Singgah Sebentar
Di peninggalan jejak kami
SMK SIMPANGAN PAITAN BELURAN SABAH

23 January 2014

.Pengalaman Part 2.

Alhamdulillah semalam 22 Jan 2014
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Sandakan pada jam 130 petang
Syukur yang teramat sangat
Kami bertemu PPD Beluran En.Airudin di sana
Dan di sana juga Pengetua kami datang menjemput kami
Di sana pelbagai andaian dan gambaran diberikan oleh mereka
Debaran di hati mula terasa
Takut usah dipersoalkan semestinya..
Beruntung diri Miss Meen kerana mempunyai sahabat susah dan senang bersama.. Kak Azizah a.k.a Kak Zie

Setelah itu pengetua membawa kami meronda Bandar Sandakan
Sungguh sungguh bandar itu luas dari Semenanjung
Dan boleh dikatakan juga Sandakan ini penuh dengan pelbagai bandar
Pendek kata maju seiring dengan negeri negeri pelancongan...
Udara semulajadi...sejuk..nyaman..selesa
Alhamdulillah...

Selepas itu pengetua kami membawa kami berteduh di King Hotel Sandakan
Katanya sudah lewat untuk ke Simpangan
Takut gelap nanti...
Akhirnya kami akan pergi ke sekolah esok pada 23 Jan 2014, Khamis pada jam 730 inshallah
Pengetua kami kata..kami akan pergi ke sekolah itu dengan b0t
Kerisauan pada diri kami menjelma
Bolehkah beg galas..beg hiking kami menampung dalam perjalanan...

Apa apa pun Pengetua kata...
Boleh boleh dan boleh
Hehe sungguh kami risau okey..
Usai dari itu Pengetua pulang ke rumahnya
Kami juga merehatkan diri
Sebabnya kami bangun seawal jam 430 pagi
Untuk ke KLIA hehee

Pada sebelah petang nak ke senja
Kak Zie bertemu dengan Kak Zura sahabatnya di Sandakan semasa di UUM
Berborak sakanlah mereka
Dan kami makan roti canai di kedai berdekatan dengan GIANT pada jam 430 petang..
Alhamdulillah....kenyang sebentar
Sebab di penerbangan itu Miss Meen makan nasi lemak sotong jam 1130 pagi

Pada sebelah malamnya pula
Kami makan bekalan yang disediakan oleh ibu Miss Meen
Rendang dan nasi impit
Pedasnyalah rendangnya ibu hehee
Usai makan kami berehat
Dan terus menanti hari esoknya...
Dengan penuh debaran dan persoalan..

Note: Hati ini mula rindukan Suami...