Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words
Showing posts with label Kamu. Show all posts
Showing posts with label Kamu. Show all posts

19 May 2012

.Sedap Tapi Biasa.

Assalamualaikum..

Ya..minggu minggu lalu keluar bersama Mr.S
Baru perasan sebenarnya kami berdua kerap keluar 1 kali sebulan
Hihii kami ingat kerap setiap minggu kami berjumpa...
Wah!!!!! Hihii itu pun Mr.S yang tegur Miss Meen

Mr.S : Kita nie nak jumpa bagailah payah..
Miss Meen : Haaa...payah? Napalak?..Okey jee..
Mr.S : Hahaa..0key erk? Sebulan sekali laa rupanya kita keluar sesama..
Miss Meen : ~Baru terpikiq sat~ Hahahaa...aah laa.. :P

Bagi Miss Meen baguslah kan :)
Keluar sebulan sekali... tak bosan sangat hehehe
Yummmyyy!!!!
Ramai orang kata Miss Meen akan bosan...
Oh!!! tidak bagi Miss Meen :)
Miss Meen akan keluar bila perlu je
Jika ada hal nak bincang..
Jika ada hal nak membeli belah
Jika ada hari-hari keraian

Sebab kami pernah berjumpa tanpa ada tujuan
Hasilnya kami bergaduh
Hihii..lucu kan!!!
Sebab masing masing penat k0t keje
Tapi Mr.S lagi penat..
Harus ulang alik ambil Miss Meen
Sebab Miss Meen mengada-ngada :)

Terima kasih Mr.S :)
Kerana belanja saya tempoh tempoh hari :)
Yummmyy!!!!

03 May 2012

.Emosi Manusia.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah :)
Apabila kita sering dilanda gundah dan gelana
Kita sering resah dan susah hati
Apabila kita gembira dan suka ria
Kita sering gelak dan ketawa hingga leka
Apabila kita sering diuji
Kita sering kali kalah dan menyalah

Manusia tetap manusia
Yang ada salah dan baiknya
Tidak salah manusia itu
Andaikata berkecil hati sesama mereka
Sebab hanya inilah satu satu caranya
Ingin menarik perhatian
Ingin mendidik hati
Ingin menjana minda

Tidak salah manusia itu
Andaikata mementingkan diri dari manusia lain
Sebab hanya inilah satu satu jalannya
Ingin mengenali diri
Ingin memahami rentak dan irama manusia lain
Ingin membuka ruang

Manusia tetap manusia
Yang sentiasa ada keluh dan resahnya
Yang selalu dekat dengan kerisauannya
Yang sentiasa megah dengan kesombongannya
Yang anjal kepada kealpaannya


*Andaikata ada kegusaran dan ketidakpastian dalam sesuatu perhubungan...bertanyalah..berkomunikasilah..berbincanglah..untuk menjana satu kata hati & akal yang mutlak*

28 January 2012

ll Akhirnya ll

~Before The E-Day~
Assalamualaikum Semua

Akhirnya Miss Meen...
Alhamdulillah....
Cukuplah apa yang ada ini...
Semoga perjalanan kami dipermudahankan hendakNya

"Ya Allah.....lindungilah kami"
"Jauhilah kami dari segala perkara yang Engkau mungkar"
"Ya Allah berikanlah kami kekuatan jauh di sudut hati kecil kami"
"Berikanlah kami ketenangan dalam merancang sesuatu"
"Engkaulah yang layak memperkenan segalanya tiada yang lain"
"Lindungilah kami Ya Allah"
"Tetapkanlah hati kami bersamaMU Ya Allah"
"Sesungguhnya kami takut akan leka & lalai dengan tipu daya hasutan syaitan"


* I'm Yours - Jason Mars *

23 January 2012

ll Telah Ditegur ll

Assalamualaikum Semua..
Miss Meen nak kongsi sesuatu
Miss Meen ada menulis coretan melalui blogger-droid
Ya...coretan itu amat kurang bagus & teruk sangat
Sehinggakan member Miss Meen baca pun terkejut dia

Hihii siap tegur lagi..
Sila rujuk di bawah :)








Nampaknya
Miss Meen harus kurangkan coretan
Yang sebegitu rupa :)
Hihii terima kasih kerana bertanya...
Begitu juga dengan seorang sahabat lama Miss Meen ini
Dia kata Miss Meen marah sangat ini
Harus bersabar :)













Terima kasih sangat pada dia..
Siap nak tiupkan lagi semangat sabar itu
So sweet sayang :)

*Count On Me - Bruno Mars *

16 January 2012

ll Di Atas Satu Cinta ll

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Sepirhan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk Timur hingga ke Barat
Selalu di hatiku

15 January 2012

ll Cinta Itu Buta ll

Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu
Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Kuterima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia

12 January 2012

ll So PHILOSOPHY ll

Assalamualaikum Semua

Yup!! Lagi minggu seterusnya Insyallah ya
Miss Meen ada bertemu & mendengar
Manusia manusia yang akan mengungkit & mengomen itu & ini
Manusia yang mengungkit itu sudah pasti bahan itu
Sesedap rasa & selera dia kan :)
Jadi tugas Miss Meen di sini adalah...

Sentiasa tenang bila berhadapan dengan manusia ini
Sentiasa mengambil langkah senyum daripada bercakap banyak
Sentiasa mengiakan jawapan dari berbalah
Sentiasa buat buat tidak wujud kewujudan mereka
Sentiasa mencari kelibat Mama Miss Meen sahaja

Bila manusia itu mengungkit dan ungkit
Demi ALLAH dia tiada HAK
Berbuat demikian..
Sebab yang BAIK itu hanya datang dari ALLAH
Yang BURUK & TOMAHAK itu datang dari manusia itu

Rezeki itu hanya datang dari ALLAH
Bukan manusia sebagai PEMBERI REZEKI
Cuma kaedah & philosophy eh dari kamu lah manusia
Sebab itu kamu angkuh dalam setiap pemberian ALLAH
Selalu fikir kamu yang mencipta rezeki itu bukan ALLAH

Andaikata Miss Meen terjumpa manusia ini
Gelapkanlah pandangan Miss Meen terhadap manusia ini
Sesungguhnya Allah is always by our sides !!!

Balasan & ketentuan itu
Biarlah Allah yang membalasnya
Kita sebagai mangsa (: chewahh..
Hanya perlu berdoa supaya ditenangkan hati & disejukkan rohani


*Manusia itu mula mencipta langkah..hutang manusia perlu dilangsai dengan manusia..Ingat itu..sungguhpun dalam pertalian darah juga hukum karma tetap  hukum karma*

09 January 2012

ll Buat Mayu Desu ll

Assalamualaikum Mayu Desu ...
Terima kasih kerana add friend Miss Meen..
Kalau semua nak tahu Mayu Desu
Sahabat sekolah menengah Miss Meen
Ya...dulu dia ada blog juga..
Sekarang dia ada dua blog..Saja ubah angin kot..

Miss Meen sudah add kamu ya Mayu Desu :)
Sambil add Miss Meen buat explorace kat bl0g kamu sebentar
Ya...entry Mayu Desu kali ini memikat hati
Miss Meen untuk memberikan komentar hihii (:
Sungguh menarik betul emotion yang kamu berikan semasa menulis entry itu
Siap emotion ada gambar..dan gambar itu sungguh comey :)

Nasihat/pandangan dari Miss Meen buat Mayu Desu ya :
1) Miss Meen doakan Mayu Desu akan mencapai semua impian kamu yer
2) Miss Meen pernah merasai perasaan itu.. (Dialog Mayu Desu bersama parents)
3) Bertemu & Berpisah itu adat hidup sesama manusia :)
4) Semoga fobia Mayu Desu berkurangan ya..dan lebih berhati-hati bukan fobia ya :)
    Kerana hidup ini tidak indah seandainya tiada cabaran yang mewarna-warni kehidupan kita kan :)
5) Berterus-teranglah dengan perasaan yang kita sendiri tidak pasti..supaya di sebelah pihak sana
    tidak berfikir yang bukan bukan :)
6) Ya..berkawanlah dulu ya Mayu Desu..cuma bila berkawan berdoalah di dalam hati
    "Ya Allah..seandainya Engkau titipkan sang putera ini untuk diriku..kekalkan hubungan kami ke jalan yang
      Enkau redhai..Seandainya sang putera ini bukan untuk diriku...perbataskanlah hubungan di antara kami."
7) Senyum adalah pengubat segala kemungkinan yang datang..Ingatlah rezeki ada di mana mana ya :)
    (Miss Meen pernah merasai situasi itu) One more thing YOU ARE MASTER HOLDER :) ...
8) Sekarang buatlah perkara yang kita suka..semoga ada sinar bahagia buat Mayu Desu satu masa nanti :)

Okey...Miss Meen dah bebel banyak kat atas sana... :)
Bukan apa Miss Meen pernah rasa apa yang sahabat Miss Meen ini rasa..
Yang penting Allah is always by our sides eh sayang (:
Tak salah perasaan terkejut itu ada bila someone confess to you hihi
Have a nice moment in relationship with him yach :)

*Bila hati mula gelisah di saat mereka menggapai apa yang mereka impikan sedangkan kita tidak..bacalah buku..kerana buku adalah teman yang terbaik di kalangan terbaik*

07 January 2012

ll Debaran Masih Ada ll

Assalamualaikum Semua

Seawal pagi ini Mr.S singgah sebentar ke rumah Miss Meen
Atas permintaan Ayah Miss Meen
Ingin berbual & bertanya itu dan ini
Sebelum harinya :)

Kasihan Mr.S ...
Wajah sembab masih kelihatan..
Heh...begitu juga kami tau...Jgn Mr.S aja
Orang tua memang bangun awal kan..
Cuma Miss Meen je bangun 730 pagi..
Hikhik..pelik??
Biarkan anda semua pelik dulu (:

Bincang punya bincang..
Dua pihak mencapai sepakat...
Cehhh macam nak ada football match laa pulak XD
Al kisahnya berbunyi begini..
Mr.S akan terbang ke Lumut Perak
Mulai esok sehingga 31 Januari 2012
Atas arahan bekerja...
Sedihkan...huhu tapi tidak mengapa
Asalkan BEKERJA OKEY :)

Kepada yang membantu kami...
Kami ucapkan terima kasih & maaf
Andaikata keputusan kami ini
Sering membuatkan manusia yang lain salah anggap
Dan tidak seiring apa yang manusia lain mahu :)

*Semoga Mr.S baik baik saja perjalanan pada esok petang ya :) *

05 November 2011

ll Manusia Tidak Pernah Berpuas Hati ll

Assalamualaikum Semua ....

Hurmm...malam yang sepi...
Miss Meen agak terasa hati dengan seorang hamba Allah ini
Ya...benarlah manusia tidak akan pernah berasa puas hati
Sentiasa tidak senang atas kesenangan manusia yang lain 
Sentiasa mempunyai niat yang terpes0ng dari yang asal

Miss Meen sungguh pelik pabila manusia sebegini
Semakin tidak sedar diri dan matang
Kelakuan yang ditayangkan seolah-olah 
Mengetahui dan memahami setiap pergerakan dunia

Miss Meen tidak arif adakah ini disebabkan perkembangan dalam persekitaraan
Atau sebenarnya itulah sikap dan sifat manusia itu...
Gelojoh...Tidak sabar...Kecoh..Kepoh..Cemburu...Iri Hati...
Tidak senang hati...Tidak puas hati...Sakit hati....
Miss Meen cukup tidak arif tentang manusia ini...

Adalah normal seandainya kita mempunyai sikap sebegini
Tetapi adalah lebih normal sekiranya kita mengawalnya
Dalam keadaan sedar dan yakin
Bukan dalam keadaan kita tidak sedar siapa dan apa
Yang kita lakukan.....

Miss Meen pun bukan manusia sempurna
Tetapi....Miss Meen akan cuba perbaiki dari masa ke masa
Miss Meen pun akan berusaha untuk menjadi manusia yang ada perubahan positif
Miss Meen akan beruusaha mengawal diri dalam keadaan Miss Meen sedar
Hurmm...jauhkanlah Miss Meen dari terpengaruh sikap hamba Allah ini

Ya Tuhan ampunkan aku !
Aku marah hari ini ...
Aku betul-betul nak lempang hamba-Mu itu !
Untuk sekian kalinya !!!!!

17 October 2011

ll Ada Lagi Manusia Itu ll

Assalamualaikum ...

Hurm ya tadi sedang Miss Meen berborak dengan Mama Miss Meen
Kami dikejutkan satu berita utama di TV3
Fuhh !!!! Budak 2 tahun digilis???
Aduiiii di negara China ...Seramlaaa pulak

Yang paling Miss Meen ngeri tue pemandu van tue
Dah terasa terlanggar sesuatu bukan nak berhenti
Dia boleh gilis budak tuh untuk kali yang keduanya???
Aduiii lagi pun siang lagi k0t matahari terpacak apa!!
Kalu malam Miss Meen pun boleh faham lahh...

Sungguh tak sangka wehhh...
Ada lagi penunggang motosikal & pejalan kaki
Boleh buat tak endah????
Nanti Miss Meen keluarkan penyataan itu semua orang akan marah
Tapi Itulah kenyataannya kan?

K0t ya miskin & tak nak terlibat dengan polis
Ketepikanlah budak yang 2 tahun tue
Apa nak jadi neyh weiii
Seram betul kejadian macam neyh

Huhuhu kan dah terkasar bahasa jiwa bangsa MIss Meen neyh
Baru plan tahun neyh nak cakap sesopan 
Huhuhuu...

Tapi Miss Meen memang tak dapat lupakan gaya pemandu van tue
Itulah suka sangat memandu sambil makan minum berbual
Langgar orang pun dianggap seperti langgar b0nggol atau bendul
Insaf betul teng0k VT tadi huhuhu seram !!!!



*Kepada Ibu Bapa di luar sana..sayangilah anak kita walau di mana pun...Pendek kata Jangan leka lah!!!...Manusia kat luar sini sememangnya pandang tak endah sebab kurang kesedaran sivik & akal..*

10 October 2011

ll Ku Titipkan Untuk Diri Ini ll

Assalamualaikum ...

Hampir berkurun lamanya Miss Meen tak meng'update' neyh
Sehinggakan idea kadang-kadang ada pun boleh lupa & hilang
Ya... banyak yang ingin Miss Meen kongsikan
Tapi... itulah dia masa & idea susunan ayat belum ala 'feel' lagi
^_^ hihihihi

Cuma apa yang ingin Miss Meen coretkan di sini
Adalah .... chewah macam beri wasiat pula
Padahal blog ney saja saja jee
Syok sendiri katakan lah
Hihihii
Blog orang lain ada misi...visi...
Blog Miss Meen santai mill0w jee ^_^

Alamak !!! Apa tadi yer nasihat nak coretkan
Lupa sudah hehhe
Apa-apa pun doakan Miss Meen semoga perjalanan hidup
Miss Meen dipermudahkan
Lorongkan kebaikan apa yang patut pada bulan yang patut
Huhuu....

Aminnn...
Permudahkan Ya Allah
Perkenankan Ya Allah

* Thanks Kam0 kam0...jalan jalan singgah sini*

30 August 2011

ll Selamat Hari Raya ll
















Assalamualaikum Semua !!

Di kesempatan yang ada ini
Miss Meen ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti
Alhamdulillah selesai sudah 30 hari
Kita Berpuasa di bulan Ramadhan

Andaikata Miss Meen ada
Tersalah kata
Tersinggung jiwa
Terlepas pandang
Terusik hati
Termakan & Terminum
Minta dimaafkan & dihalalkan semuanya yer!!

Sem0ga Aidilfitri 1432m ini
Di sambut dengan penuh keberkatan & kerendahan diri pada-Nya
Sem0ga akan adanya perubahan yang lebih baik
Dalam diri kita masing-masing
Aminnn.....

J0m!!! Dengar & Takbir bersama-sama
M0ga menghayati apa yang dilaungkan
^_^

: Selamat Memandu..Dan berhati-hati di Jalan Raya..Bertolak ansur antara satu dengan lain..Senyum !! :

24 August 2011

ll Uh!! Tensinya Nak Menjawab ll

Tenangkan Aku !!
Assalamualaikum Semua !!

Huh...baru dapat menulis entry baru...
Ramai survey bl0g 0rg lain
Semuanya menceritakan
Indahnya Ramadhan Tibanya Syawal
Miss Meen??? ^_^ Banyak persoalan di kepala

Sebenarnya Miss Meen ada tersalah faham dengan Mama Miss Meen
Huhuu isu nya???
Pikirlaa Sendiri ^_^
Hahahaa ....
Miss Meen pening tak pandai mengatur kata k0t

Upssss...Miss Meen sudah tercakap hal peribadi
Hahaaa... 0key full st0p !!
Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini
Miss Meen m0h0n kepada-Nya
M0ga dipermudahkan segala urusan....
Dilembutkan hati Mama Miss Meen
Ditenangkan hati Mama Miss Meen
Dilapangkan fikiran Mama Miss Meen

Mungkin kini hati & minda Miss Meen tak lapang
Diasak pelbagai soalan & persediaan dari Mama Miss Meen
Insyallah minta hati gusar Mama Miss Meen itu berkurang
Huhhu Miss Meen terasa bersalah mengemukakan isu ini
Banyaknya Mama Miss Meen tanya !!! huhu tensi !!!

RAMADHAN .......tenangkan hati aku!!!


15 August 2011

ll Cupcakes Kami ll

CUPCAKE KAMI
Assalamualaikum Semua !!!

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga mencuba
Melaksanakan pembuatan cup cake a.k.a kek cawan
Walaupun ready made punya bahan
Tapi cukup melatih kami untuk tahu cara membuatnya
Hihihii ^_^

Kami gagal untuk membuat ising kek
Ising kami kurang manis dan gula tak hancur...
Huhuhuu..sakah teknik kot..
Tapi xpe..es0k es0k kami mencuba lagi
Sekali buat bukan bermakna terus cantik dan lawa dan sedap kan hihihi

Hari ini di sekolah ...
Macam biasa Miss Meen menjaga budak Ting.5
Peperiksaan Percubaan SPM 2011
Oh lupa!! Miss Meen dapat meyambung jawatan semula
Tetapi di sekolah baru  di SMK Datuk Undang Abd Manap (DUAM)

Alhamdulillah setakat ini guru dan rakan seperjuangan
Menyambut baik kedatangan kami..
Cuma pelajarnya Miss Meen belum kenal lagi
Hal ini kerana MIss Meen belum lagi diberikan opsyen untuk mengajar apa
Tapi yang penting Pend.Seni sudah pasti untuk Miss Meen

Huhuu..masuk masuk saja..Awak ambil Pend.Seni
Nanti saya susunkan jadual baru kata PK SMK DUAM
PK SMK DUAM amat ramah orangnya..
Begitu juga PK HEM SMK DUAM
Amat ramah orangnya
Walaupun luaran nampak garang ^_^

Doakan Miss Meen dalam keadaan baik
Dan boleh mengajar lagi dengan teknik yang lebih baik
Dari tahun sebelumnya ya..Aminnn.....

13 August 2011

ll Oh! Bersih..Bersih.. ll

AKU PEMALAS !!!
Assalamualaikum Semua !!!

Alhamdulillah Miss Meen kini sudah berada
Di halaman kampung Ayahanda & Bonda
Miss Meen akan menereuskan perjuangan Miss Meen di sini
Semoga diberikan ketabahan & kayakinan hendaknya
BERANI SIKIT MISS MEEN YEAH !!!!

Hari ini Miss Meen memunggah barangan Miss Meen
Yang ada di Taman Sri Serdang, Selangor
Alhamdulillah ...ada separuh lagi yang mahu diselesaikan
Sebab 15hb Ogos 2011
Miss Meen sudah mempunyai misi & visi baru

Bercakap tentang BERSIH ..
Sebenarnya Miss Meen pun bukan PEMBERSIH SANGAT orangnya
Tetapi andaikata dah ada kotor itu
Miss Meen BERSIH kan juga

Dari dulu hingga kini Miss Meen cukup tak faham
Mengapa manusia ini suka ambil lepas tangan ..endah tak endah
Bila kita BERSAMA-SAMA menghuni sesuatu kawasan
KERBERSIHAN haruslah dijaga bersama

Tiada istilah PENAT??LETIH??MALAS??
Miss Meen pun ada juga em0si itu
Tapi takkan nak menghuni di sesuatu kawasan dalam keadaan KOTOR
Berpada-padalah duhai Manusia
Kita sama-sama Manusia kan..bukan binatang peliharaan
Yang di tambat dan di rotan setiap kali di suruh bergerak...
Kita Manusia yang mempunyai akal & hati
Itulah yang membezakan kita dari semua

Kita pakai nak LAWA
Kita pakai nak WANGI
Kita pakai nak CANTIK
Kita makan nak SEDAP
Kita mandi nak HARUM
Itu pun sudah menjadi salah satu sikap BERSIH tau!!

Jadinya USAHLAH BERKIRA
Dalam MENJAGA KEBERSIHAN
Sama-samalah kita menjaganya...
Tiada istilah MALAS!! LETIH!! PENAT!!
Istilah itu membuatkan kita LUMPUH pada BATINnya..
Ingat tue !!! ^_^


*Jom kita berubah bersama-sama menjaga KEBERSIHAN..walaupun tak TOP TEN tapi indah di mata semua*

24 July 2011

ll J0m Kahwin Nak !! ll

Assalamualaikum Semua ..
Yeahh!!! Entry kali ini agak issued?
Memandangkan Sabtu & Ahad sentiasa ada jemputan
Maka isunya haruslah ini
Hihii ^_^

Bagi pendapat Miss Meen
Berkahwin awal seronok !!
Banyak benda yang kita boleh share & belajar bersama
Tetapi banyak juga kita nak kena jaga ..
Terutama sekali adalah EMOSI ..
Biasalah darah muda kan ^_^

Miss Meen tabik spring pada Ibu Bapa
Yang menggalakkan anak-anak mereka berkahwin AWAL
Pertama,sah-sah lah tanggungjawab dah bertukar tangan kan
Kedua,mengajar anak-anak untuk hidup lebih bertanggungjawab dengan diri sendiri
Ketiga,dapat membimbing apa yang kurang dan apa yang perlu ..

Jadinya Ibu Bapa di luar sana
Usahlah gusar & risau ..
Yang penting DOA untuk anak-anak yer ...
Supaya mereka sentiasa dekat dan beringat ..

Miss Meen agak kurang setuju
Bila berkahwin lewat ..
Bukan apa...
Manusia sentiasa berubah bahkan perubahan itu seiring sejalan dengan teknologi terkini
Hurm..lagi lah penuh cabaran..

Kebanyakkan Ibu Bapa
Yang Miss Meen sempat lihat lah ya ..
Even dalam drama pun Miss Meen hitung tau hihihi
Mereka lebih gemar anak-anak mereka
Menggapai & mencapai apa yang mereka perlu
Seperti kerjaya..ilmu..simpanan masa depan..perubahan diri...

Tidak salah..pun
Setiap Ibu Bapa anak-anak hidup senang & selesa
Sebab itu kebanyakkan mereka lebih menekan aspek ini
Miss Meen bukan mahu salahkan pihak Ibu Bapa yaa...
Cuma sekadar menconteng apa yang Miss Meen lihat saja...

Apabila seseorang sudah bersedia melangkah maju
Bermakna dia juga sudah bersedia
Dari segala segi ..bahpun dari segi EMOSI
EMOSI amat perlu dikawal..
Lebih-lebih lagi kita yang PEREMPUAN

KESABARAN dalam menduga & menerima sesuatu itu perlu kuat
Sebabnya hati perempuan ini macam tisu
Sebelum terluka baiklah kita berjaga-jaga kan ^_^
Miss Meen berharap sangat ..
Pabila Miss Meen maju selangkah mara
Miss Meen sentiasa akan menjaga EMOSI ..
Itulah KEKUATAN Miss Meen nanti ...



*Pabila Miss Meen susah hati & sedih ..Miss Meen akan luangkan masa yang BANYAK dengan membaca buku motivasi..Bila membaca EMOSI & FIKIRAN kita seiring seia..Makanya lebih banyak POSITIF yang akan muncul dalam jiwa...^_^ *

02 June 2011

ll Bila Itu ll


Assalamualaikum Semua !!


Khamis malam Jumaat
Pasti ada yang ternanti-nanti drama TV3 tue kan
YOU SAKA 
^_^ Adui ...macam-macam kan

Yup sejak akhir-akhir ney kan
Miss Meen semakin ser0n0k 
Dalam mendengar kata-kata m0tivasi 0rang ramai
Banyak dan ser0n0k sangat mendengar

Bila banyak mendengar ..
Miss Meen pun banyak juga berfikir
Lain 0rang lain caranya
Adakala orang b0leh terima cara kita
Adakala 0rang tak b0leh terima cara kita

Bila banyak mendengar m0tivasi p0sitif
Minda dan hati Miss Meen pun positif
Tak perlu mendengar kata-kata negatif manusia itu
Kadang2 ia b0leh buat kita bertambah TUA
Hihii ^_^

Yeay !!! Miss Meen banyak baca dan mendengar m0tivasi
Sejak akhir-akhir neyh
Sem0ga hati Miss Meen akan bertambah ceria
Jangan bertambah berat badan
Sudah laaa =P



*Bila kita positif...hati pun positif..walaupun banyak sangat negatif depan mata...Orang kata kita SOMBONG..Tapi kita kata kita TAK SOMBONG...Sebenarnya manusia tak pernah menipu dalam pandangan PERTAMAnya...*

31 May 2011

ll Takafur Sebentar ll

Assalamualaikum Semua !!

Miss Meen nak kongsi sesuatu 
Semasa Miss Meen bl0g walking
Miss Meen singgah di satu blog neyh
Kadang-kadang blog ney memberikan banyak cerita
Ada yang kelakar,lucu,sedih,motivasi,seram,fake dsb..

Miss Meen terjah lagi kali ney
Tapi kali neyh Miss Meen terbaca satu entry dia
Yang cukup buat hati Miss Meen sayu tiba-tiba
Bila Miss Meen baca dan lihat VT dalam bl0g dia
Miss Meen rasa rindu dengan suasana nyaman & tenang

J0m terjah bl0g neyh -----> The Other Khairul 

Dr.Asri a.k.a Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Miss Meen suka dengar talk dari dia
Sungguh penuh dengan motivasi
Kadang-kadang hati yang sedih pun menjadi tenang

Banyak VT Dr.Asri yang Miss Meen selalu terjah
Ia membuatkan Miss Meen berasa nyaman & tenang & berfikir
Kadang-kadang Miss Meen berasa sedih sangat
Kata-katanya ucapannya membuatkan Miss Meen berfikir

Terima Kasih Allah
Kerana Engkau mend0r0ngkan Miss Meen
Mencari ILMU yang tak pernah putus ..
Bila Miss Meen susah hati dan sedih
Miss Meen pasti dengar VT Dr.Asri banyak2 kali

Adakah Miss Meen poyo?
Hihi terpulang pada kam0 nak nilai..
Yang Miss Meen tahu..
Bila Miss Meen sedih Miss Meen
Akan buat sesuatu supaya hati Miss Meen neyh TETAP DGN-NYA

J0m baca buku beliau ---> Mengemudi Bahtera Perubahan Minda 



*Hati kembali sayu melihat diri yang belum pasti ada perubahan yang lebih baik..Semoga Tuhan akan sentiasa melindungi aku dan sentiasa mengingatkan aku akan perubahan..Amin..*

23 May 2011

ll NUR KASIH ll

Assalamualaikum Semua !!! 


Jang !!!! ^_^
Alhamdulilah pagi tadi perjalanan Miss Meen dipermudahkan
Walaupun mengalami kesukaran saat menunggu bas
Tetapi akhirnya RAPID KL T 407 datang 
(rasanyalah kot sbb xingat)
Dan Miss Meen lah penumpang pertamanya tepat jam 745 pagi


Alhamdulillah !!! Pertama kali Miss Meen naik bas 
Di kawasan perumahan Miss Meen
Sebenarnya Miss Meen ada IV pagi tue
Tapi mula jam 1030 pagi


Sampai saja di KTM SERDANG
Miss Meen xnak fikir panjang lagi
Miss Meen ambil TAXI terus untuk ke DAMANSARA HEIGHT
Disebabkan pemandu TAXI Miss Meen tue
Macam FAST 2 FURIOUS
Miss Meen berjaya sampai dalam jam 945 pagi


Miss Meen nak puji Pemandu TAXI tue
Dia seorang yang ramah
Ramah dia bukan lah sepanjang jalan dia bercerita
Tapi ramah dia kerana memberikan 
Banyak inf0masi untuk Miss Meen tahu
Terima Kasih Tuhan...kerana menemukan Miss Meen
Dengan Pemandu TAXI yang tidak s0mb0ng dan baik hati


Selesai IV dalam jam 1230ptg
Sebab mereka ada urgent meeting pagi tue 
s0 tertundalah cal0n yang lain
Then Miss Meen pecut terus g MIDVALLEY


Teka ahh apa Miss Meen buat katsana
Apalagi.... teng0k m0vie NUR KASIH
Se0rang diri pula tue hehehhe ^_^
Terukkan ...
Sebenarnya sempat je Miss Meen lari terus ke ofis
Boleh laa buat TIME OFF ... 


Kerana NUR KASIH ..
Miss Meen tersalah arah hehehhe =P
0key ...SERIUS MISS MEEN NANGIS 
Masa tgk m0vie ney
B0leh kata banyak m0tivasi dan semangat yang kuat
Dalam cerita neyh


Seorang Isteri bersungguh mencari suaminya
Seorang Isteri tabah dalam menjaga sakit suaminya
Seorang Isteri kuat menerima dugaan dari Allah
Seorang Isteri yang selalu memberikan kata semangat untuk suaminya


Sebenarnya m0vie ney lebih sesuai
Dit0nt0n 0leh para isteri dan Ibu ..
Em0si pasti akan menyerap dalam
Kalu yang bukan Ibu dan Isteri ...
Susah nak masukkan em0si tuh 
Hehheheheheheh ^_^


Klik di sini untuk mendengar OST Nur Kasih


* Ya Allah Ya Tuhanku ..Berikanlah aku kekuatan seperti watak Nur Amina dalam NUR KASIH ini...Indahnya cinta bila dikelilingi orang yang merestui bersama-sama*