Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

27 December 2012

.Itu Tidak Mengapa.

Assalamualaikum..

Ya inilah lumrah kehidupan..
Hari ini hari kita esok hari kita 
Dan mungkin boleh jadi tidak pernah menjadi hari kita
Semuanya adalah ketentuan dariNya
Bumi sentiasa bergerak perlahan atas paksinya
Begitu jugalah manusia sentiasa bergerak
Mencari cari sesuatu yang tidak pasti
Tidak puas dalam menikmati kehidupan

Pabila seseorang memperlakukan kita sebegitu
Janganlah berkecil hati tetapi berbanggalah hati
Kerana kita mampu tersenyum lagi walaupun diperlakukan sebegitu
Anggap sahajalah mereka itu tidak pernah dewasa akan akal dan pemikirannya
Yang sentiasa memandang lemah dan sengkek terhadap manusia lain
Yang pasti setiap pemberian itu pasti ada balasannya
Itulah janji  :)

Sesungguhnya
Manusia itu mempunyai hati yang tidak tenang
Terhadap kita kerana sering kali 
Melihat ketenangan dalam diri kita yang
Sentiasa tersenyum bila dipersenda
Sentiasa tenang bila disisihkan
Sentiasa tabah bila diperlekehkan
Sentiasa berjaya mengawal emosi
Sentiasa selesa bergaul sapa

Sesungguhnya
Kehadiran mereka itu sebenarnya mendatangkan 
Pelbagai suasana dan persekitaran
Kerenah mereka juga memberikan seribu satu
Keyakinan
Ketabahan
Ketenangan
Kejujuran
Keberanian
Kesabaran
Dalam diri ini..
TERIMA KASIH!!!!!
Bersabarlah Duhai Hati



0 Merepek: