Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

04 December 2015

Rezeki

Ya rezeki
Setiap manusia
Mempunyai rezeki
Yang berbeda beda

Ya rezeki
Setiap manusia
Mempunyai bahagian
Yang tersendiri

Ya rezeki
Setiap manusia
Mempunyai perancangan
Yang tidak pernah
Mereka tahu

Nota hati: Jangan pernah berasa sedih hati tetapi sebaliknya berbesar hatilah dan tumpanglah kebahagian orang lain....

Jangan pernah putus asa

Tanggal 4 Disember 2015
Keputusan rayuan gagal
Bertabahlah duhai hati
Perancangan Allah itu indah
Sesungguhnya kita lupa
Apa yang kita janji
Apa yang kita akan beri
Semoga apa yang ditakdirkan ini
Memberikan seribu satu
Kekuatan pada diri
Pengajaran pada diri
Keyakinan dalam diri

Nota hati:  Semoga ada sinar kembali tahun 2016..Yakin boleh!!!!!!!

14 November 2015

Galaxy Note 3

Salam Dunia
Tanggal 13 November 2015,930 pagi, Pantai Klebang Melaka
Yaaa...
Di pagi hari..
Dia meninggalkan kami
Dia pergi tanpa kerelaannya
Atas kecuaian kami

Sedang enak dan gembira
Berjogging bersama
Kami hilang dia
Tanpa kami sendiri sedari

Terkejut
Sedih
Marah
Terkedu
Speechless
Pelbagai perkara bermain di minda
Yes! Inilah dia
Benar dia meninggalkan kami
Jauh jauh jauh
Tanpa dapat dikesan...


.............................................................................................

Untuk menjejaki handphone yang telah hilang atau tercicir dimana mana

Samsung ada caranya
1. Google -find my mobile
2. Log in account samsung
3. Boleh lihat kepada find my mobile
    a) Locate my device
    b) Ring my device
4. Atau boleh lihat kepada protect my device
    a) Lock my screen
    b) Wipe my device

Di sini kita boleh mengesan di mana handphone kita berada dengan syarat handphone kita mestilah ada internet connection atau sambungan internet
Barulah kita dapat mengesan di mana handphone kita berada
Seandainya gagal dan tiada sambungan internet maka tidak boleh diketahui di mana ia berada

Dalam masa yang sama juga,
Kita dapat memadam semua data kita yang terdapat dalam handphone tersebut..
Tetapi kalau kita padamkan semua data maklumat
Kita tidak akan dapat lagi menjejaki handphone itu..

Pendek kata
Daftarlah account untuk memiliki device yang baru

..........................................................................................

Miss Meen
Rindu dengan Samsung Galaxy Note 3
Itu adalah hadiah yang pertama dari Suami Miss Meen
Hadiah setelah sah kami menjadi suami isteri
A bit emotional..
Sekarang season Galaxy Note 5




03 November 2015

Dear Hati

Semoga tabah selalu..
Peluang itu akan ada...
Bila tiba masanya...
Bila kena waktunya...
Pertama sekali
Kerja jangan bertangguh
Buat sehabis mungkin
Berubahlah
Menjadi lebih baik dari dahulu...
Cintai hati
Cintai diri
Cintai bahasa
Cintai tutur kata
*Would you still love me the same?

28 September 2015

Hati Org Milik Dia

Sungguh Miss Meen tidak faham
Dengan kerenah manusia di muka bumi ini
Betullah kata orang
Hati itu milik sendiri
Walaupun jatuh hati pada orang lain..

Miss Meen jenis sikap
Mudah kecil hati
Mudah sentap
Mudah naik marah
Tetapi Alhamdulillah
Miss Meen dikurniakan sikap yang
Cepat reda
Cepat sejuk
Cepat tenang

Tidaklah sampai mengambil masa
Berhari hari
Berminggu minggu
Berbulan bulan
Bertahun tahun

Sesungguhnyaa rugi
Seandainyaa masih mempunyai sikap yang sebegitu
Entahlah manusia zaman ini
Duit harta pangkat mengatasi segalanya

Nota kaki: Seandainya dia tak puas hati dan tidak mahu menegur biarlah dia dengan dunianyaa sendiri...
Miss Meen da minta maaf...tapi seandainyaa dia tak suka cara Miss Meen minta maaf nak buat macamana kan?
We do our part and let's they do thier part!!!

Allahuakhbar!!!!

03 September 2015

Smk Simpangan 2015

Bila mencari rumah sewa atau bilik sewa
Perkara yang dijangkakan...
Orang kampung menekan harga dengan kadar yang tinggi...
Kalah kadar dengan negeri
KUALA LUMPUR JOHOR BAHARU PENANG
Terkejut Miss Anne!!!
Sewa rumah sebulan RM 3000.00
Bagi yang mempunyai 6 buah bilik
Sewa bilik sebulan RM 500.00
Berkongsi bilik air dan ruang tamu..
Itu belum ada kelengkapan penuh ya..
Orang kampung di sana hanya mempunyai saluran air paip sahaja..belum lagi dibekalkan sumber tenaga eletrik...
Hanya sewa sudah sebegini rupa..
Bayangkan
Seandainya lengkap kesemuanya ini
Fikir..
Fikir..
Bagaimana keadaan dan pandangan mendidik hati dan minda kita semua...
Adanya rumah pekerja FORTUNA
Sewanya sebulan RM650.00
Lengkap kesemuanya 24 jam
2 Bilik, 1 Bilik Air, Dapur dan Ruang Tamu serta 1 Kipas Siling
Walaupun keadaan rumah kelihatan buruk tetapi alhamdulillah bagi sesiapa yang pernah mendudukinya...
Tatkala
1 Malaysia belum dikenakan GST
Tempat kami mencari rezeki ini sudah mengamalkan konsep itu...
Tetapi bukan pergi ke tabungan KERAJAAN sebaliknya POKET SENDIRI
Ada orang kisahkan nasib terpencil kami?
Tidak
Tidak sama sekali...
Bagi mereka cukuplah dengan elaun yang diberikan..
Sedih
Bila tiada kajian dibuat di tempat kami...
Marilah
Marilah
Singgah Sebentar
Di peninggalan jejak kami
SMK SIMPANGAN PAITAN BELURAN SABAH

27 June 2015

Hati Jernihlah Dikau

Entahlah...
Hati ini seakan tidak berapa gemar dgn manusia itu...
Tidak tahu mengapa..
Sakit hati ini bila berkata kata dengannya
Walhal manusia itu tidak membuat onat dengan ku...
Caranya gayanya
Membuatkan diri ini seakan
Meluat
Menyampah
Mengendi
Memberontak
Menghentak

Entahlah...
Adakah hati ini
Sakit atau cemburu atau kerut mukanya
Atau terkenang dosanya kepadaku
Sesungguhnya...
Apa jua perbuatan dan perkataan
Darinya membuatkan diri ini
Tidak selesa dan rimas
Untuk bersama sama dengannya...

Entahlah....
Hati ini seakan tidak boleh menerimanya
Walhal manusia itu biasa biasa saja
Duhai hati jernihkanlah
Persepsimu terhadapnya..
Dia insan biasa...

Nota rimba:
Hati...semoga dirimu husnuzon terhadapnya...saja..
Berubahlah hati...
Hati mu perlu dirawat dengan kasih sayang

17 June 2015

Sedih..sebak...

Perpindahan dan pertukaran Jun 2015
Aku gagal...
Ya Allah..
Aku redha..
Tp hati ini sebak...
Jauhilah aku dr manusia yang negatif...
Jauhilah manusia
Dari bertanyakan hal itu kepada ku..
Hindarilah manusia itu
Ya Allah...
Lindungilah hati dan mulut ku ini...
Takutnyaa aku...
Ya Allah...
Aku ingin merubah diri ini..
Menjadi lebih baik..
Dari masa ke masa...

Ramadan 1436H.... Ramadan Pertama 2015

Alhamdulillah...
Malam ini adalah solat terawih...
Bagi Ramadan tahun 2015..

Ya Allah...
Aku tak tahu..
Kenapa hati ini sebak sangat..
Terasa ingin menangis...

Ya Allah..
Aku tidak pasti..
Adakah sebak dan sedih ini
Tentang apa...
Mengenai apa..

Ya Allah....
Lindungilah hambaMu ini...

Nota Rimba: Puasa Pertama di Paitan 2015

24 May 2015

Rindu Serindunya

Hampir 1 bulan lebih
Encik Suami pergi Operasi
Ermm...
Rasa sunyi pun ada
Ermmm...
Hilang teman gaduh
Kalau dulu
Asyik nak bergaduh manja je..
Walaupun kami jauh..
Sempat lagi gaduh dalam telefon..
Alasan gaduh pun tak kukuh
Merajuk sendiri
Terasa sendiri
Kecik hati sendiri
He he he he
Lucu!!!
Tapi rindu...

Nota hati: Puan Isteri rindu Encik Suami lah :)

10 May 2015

Selamat Hari Ibu Tahun 2015 Mama

Selamat Hari Ibu Mama
Miss Meen sayang Mama
Terima kasih selalu hadir untuk kami
Terima kasih mendidik kami
Terima kasih sentiasa melakukan yang terbaik buat kami
Terima kasih sentiasa menasihati kami
Terima kasih sentiasa mengingatkan kami
Terlalu banyak yang Mama buat untuk kami

Tidak terhingga kata kata
Buat Mama...
Hanya Allah sahaja dapat membalasnya Mama
Mama seorang Ibu yang tabah...
Miss Meen ingin menjadi seperti Mama...

Mama...i love u so much...

Nota kaki: Diiringi melodi A Thousand Years

09 May 2015

Penantian Buat Suami

Tanggal 4 May 2015
Mr.S pergi meninggalkan Miss Meen
Demi menjalankan tugas
Di Dalam sebuah hutan Negeri Perak
Semoga perjalanan
Mr.S direstui dan dipermudahankan Allah
Semoga kehidupan
Mr.S disenangi orang sekeliling

Penantian selama 3 bulan lamanya
Semoga hati ini tabah
Semoga hati ini berlatih
Untuk ditinggalkan dan untuk disepikan

"Suami....Isteri tunggu Suami pulang ya"
"Love you Suami...Take Care Husband"

26 April 2015

Feeling Alhamdulillah Ever

Jumaat 24 April sehingga Ahad 26 April
Alhamdulillah..
Ada dua orang pelajar menemaniku..
Semua orang balik ke Sandakan...
Ada yang berkursus....
Ada yang berumahtangga..
Ada yang bersukan..
Ada yang pulang Semenanjung...

Miss Meen malas mahu keluar..
Sebab Hari Selasa 21 April 2015..
Sudah keluar di Beluran...
Tambahan lagi, tiada duit di poket..
Akibat belum gaji..
Plus.. tiada ATM di kampung...

Jadinya Miss Meen akan keluar pada Khamis 30 April ini...
Hopefully adalah tumpangan Miss Meen..
Seandainyaa tak daa..terpaksalaa naik Pairet..
Inshallah semoga Allah permudahkan urusan kami...

Bila pulang ke Sandakan..
Fuhhh...so many projek nak dibuat..
First step is changing the matters..
Kikiki...
Bertukau jadi beruang betinaa Miss Meen weii...
Good Luck To Me...

22 April 2015

I'm Not That Nice Person

Owh!!!!!
Apakah pemikiran manusia itu...
Rumah sewa disewa bersama...
Bayaran dibayar sesama...
Janganlah barang kami barang korang juga

Tilam kami nampak selesa dan empuk
Ambil tilam kami tanpa bertanya dlu..
Lepas tu buat muka kesian...
Atas alasan sakit pinggang...
Abis kami tak sakit kee tido atas lantai...
Kau at least atas katil weiiii...
Napa kau ambil tilam kami hah!
Hah!!!!
Kami beli pakai duit kami kot tilam tu...
Time tak dak duit makan
Kami beli kot tilam tu...
Tak minta kau pun...

Kalau rasa tilam kau
Dah kena lenjan kat budak lain
Beli laa tilam lain.
Plus kau ada kereta okey!!!!!!!
Keji keji keji keji...
Aku memang marah bab macam ni..
Kau duduk bandar siak...
Bukan duduk kampung...
Extention kau nak conquer...
Laaa tilam kami laa plak eh?!

Dahlaa...
Kawan aku konon eh tak sampai hati
Nak amik...padahal hak kau kot!!!
Tak faham aku!!!
Dah tu aku ke kena beralah
Macam orang bodoh hah!!!!

18 April 2015

Kuterima Akhirnya

Yaa...
Aku tidak mempunyai 'kabel'
Aku hanya punya Allah yang Maha Kuasa
Aku pasrah....

Manusia lain ada sahaja
Kenalan
Orang besar
Orang berkuasa
Orang kebanyakkan
Tapi aku...
Hanya insan biasa..

Andaikata ini rezeki ku...
Kuterima seadanya...
Inshallah
Akan terbuka pintu rezeki ku
Pada masa akan datang..
Aku selalu dinasihati oleh rakanku
Dengan kata kata ini...

Semoga hati ini tenang dan sabar
Andaikata itulah kataNya
Aku redha..
Aku pasrah...
Aku yakin...
Aku pasti...

Ya Allah
Tolong aku...
Bantulah aku...
Jauhkanlah sikap iri hati dan sakit hatiku ini...
Janganlah jadikan ia salah satu
Dari darah dagingku
Buangkanlah sikap ini jauh dari diriku...

Ada sebab Allah membenarkan sesuatu
Dan ada sebab Allah menarik sesuatu...
Ada sebab Allah menggantikan sesuatu...
Dan ada sebab Allah membiarkan sesuatu...

Hanya Dia yang mengetahui
Baik dan buruknya
Untuk kita...

14 April 2015

Selamat Ulang Tahun Abang

Tarikh: 15 April 2015, Rabu
Tempat: Atas katil Rumah Guru SMKS Sabah

Assalamualaikum...Abang
Alhamdulillah..
Perkahwinan kita yang hampir 2 tahun
Memberikan kita seribu kenangan
Pahit
Manis
Gembira
Sedih
Marah
Sendu
Semuanya bergaul mesra dalam satu perasaan hati....

Abang...
Terima kasih sentiasa hadir untuk Ayang...
Sebagai rakan
Sebagai sahabat
Sebagai motivator
Sebagai pembimbing
Sebagai SUAMI

Abang....
Pekerjaan kita berbeza...
Pabila abg ada untuk ayang...ayang tiada..
Pabila ayang ada untuk abg...abg tiada...
Ayang inshallah redha dan sentiasa mendoakan..
Kejayaan dan matlamat abang...

Abang....
Sempena hari kelahiran abang yang ke 28 tahun ini
Ayang mendoakan...
Kesejahteraan
Ketenangan
Kemudahan
Kegirangan
Ketahanan
Keyakinan
Keselamatan
Kebahagiaan
Untuk abang mengharungi masa masa akan datang

Abang....
Terima kasih hadir untuk ayang
Terima kasih sabar akan kerenah ayang
Terima kasih tabah dengan ucapan bibir ayang
Terima kasih tanpa jemu memberikan nasihat pada ayang

Abang...
Ayang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yaa sayang....

Love you so much!!!!😊😊😊😊😊

04 April 2015

Apa Salahku

Bila mereka kerja lebih pantas dari
Kenapa perlu buat muka terkejut
Seandainyaa mereka lebih awal
Kenapa perlu mempersoalkan situasi itu..

Tidak faham
Betul Miss Meen...
Jadilah diri sendiri
Bukan mempersoalkan kelebihan dan kepantasan
Org lain...

Boleh tolong ubah
Minda dan pelakuan anda???

22 March 2015

Rindu

Angin...
Bawakan rasa rindu ini
Kepada orang yang ku sayang

Bila sepi...
Mulalah ingat mcm mcm
Moga hati ini tabah hendakNya

Allah itu tahu tahap kesabaran hambaNya
Ya Allah berikan yang terbaik buat hambaMu ini

12 March 2015

Positif itu DOA

Marilah berfikiran positif...
Biarlah mereka dengan niat mereka...
Yang pasti kita kekalkan positif dlm diri...

Hindari jiwa negatif...
Jauhi pemikiran kolot mereka..
Yang pasti kita kekalkan positif dlm diri...

Ya Allah jauhilah aku dari
Manusia yang negatif
Manusia yang berlagak
Manusia yang bermuka muka
Manusia yang berpura pura
Manusia yang bergantungan
Manusia yang hipokrit

04 March 2015

Perlukah...

Kadang kala kita tidak memahami
Tafsiran dan tanggapan orang kepada kita
Walhal kita bersua secara biasa
Mereka menganggap kita luar biasa

Kadang kala kita tidak memahami
Niat dan perasaan orang kepada kita
Walhal kita bukan menunjuk nunjuk
Tetapi ingin berkongsi rasa

Entahlah...
Semakin lama bergaul dengan manusia zaman ini
Semakin hilang nilai auromatik positif
Semakin hilang tanggapan positif...
Semakin hilang cara menghormati diri...

Nota kaki: Tidak perlulah berkata kata atau menunjuk nunjuk apa yg ingin kita beri... Berilah tanpa ada org bertanya dan melihat..Sungguh Miss Meen tak faham...usahlah kita menunjuk nunjuk dan berkata kata ingin memberi hadiah kepada itu ini...kalau hendak memberi...beri dengan senyap dan tenang...
Sama juga seperti bersedekah... perlukah kita menyebut berapa jumlahnya di khalayak ramai? Pemberian yg senyap itu lebih dihargai dan dihormati...tidak perlulah menunjuk nunjuk... ya...KEEP ON YOUR MIND!

27 January 2015

Simple Things

Jangan cuba merungut...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba berlakon tidak berupaya...
Seandainyaa kita belum mencuba sehabis baik...

Jangan cuba meraih simpati...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba memberikan rasuah...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba menjadikan diri sendiri
Lemah tanpa fungsi
Lemah di mata manusia..

Note: Mode menyampah tengok org mengada ngada

26 January 2015

Sejenak

La Tahzan
Innalllah Ha Maana

Selalu Miss Meen jadikan
Video Dr.Asri ini sebagai
Pengubat semangat
Penguat semangat
Pencari semangat
Yang hilang

Im speechless
Im sad
Im nothing
Im impossible
Im no one
Im nobody
Im is me...

20 January 2015

Setahun Berlalu

Alhamdulillah...
Almost 1 years....
20 Januari 2014 hingga 20 Januari 2015....
Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah...
Di saat Engkau kurniakan..
Kegembiraan..
Engkau selitkan kedukaan...
Di saat Engkau kurniakan..
Kesenangan...
Engkau selitkan kesulitan...
Di saat Engkau kurniakan..
Kedamaian...
Engkau selitkan kecemasan...

Terima kasih Ya Allah...
Pelbagai peristiwa ini...
Membuatkan aku lebih yakin dan
Lebih memperingati Mu ...

Ya Allah...
Kurniakanlah keikhlasan hati dan ketabahan..
Dalam mendidik...
Dalam melaksanakan amanah...
Dalam menuntut ilmu...
Dalam mengajar erti hidup...

Ya Allah...
Jadikanlah kami...
Orang orang kami untuk lebih
Berusaha...
Bertawakal...
Bekerjasama...
Bersatu hati...
Dalam apa jua halangan dan kejayaan...

Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan

18 January 2015

Gelaranku

Bila memohon EGtukar
Ramai dalam kalangan kami adalah GSTT
Memang kami sebut sanggup di tempatkan di mana mana untuk berkhidmat
Begitu juga dgn calon yang bukan GSTT kan...

Kesal bila pegawai tu bercakap begitu
Kata calon GSTT tidak bersyukur dengan apa yang diberi....
Bayangkan dengan kehadiran kami ini
Pelbagai suasana dapat diterokai tau
Ada yg 10 kali mohon tak dapat pindah
Ada yang sekali mohon terus dapat pindah

Kan ajaib tu
Setiap ketentuan yang diberikan oleh Allah pasti ada sebabnya...
Mungkin di mata mereka kami ni mentusahkan mereka
Tetapi adakah mereka sedar...

Mungkin sesuatu yg buruk itu baik untuk kita
Mungkin sesuatu yg baik itu buruk untuk kita

Tolonglah perjelasan apa yang berlaku..
Janganlah cakap main cakap seperti orang hilang akal..
Sedih bila dengar cerita ini..
Rasanya nak pergi je tgk pegawai tu...
Apa jenis hati manusia..
Kalau tak nak berhenti tak payah jadi PR yang kononnya terbaik...

Sekian!!!!

Semangat Yang Hilang

Semangatku hilang di sini
SMKS

Semangatku berbolak di sini
SMKS

Semangatku kelam tanpa terang di sini
SMKS

Semangatku hilang bersenjata di sini
SMKS

Semangatku lemah setiap kala di sini
SMKS

Semangatku sendu berlagu sayu di sini
SMKS

Semangatku bukan aku di sini
SMKS

Semangatku hanya debu lakonan di sini
SMKS

Semangatku ibarat debu abu berterbangan
Tanpa haluan yang terancang
SMKS