Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

30 December 2013

.Penantian Berakhir.


Penantian yang ditunggu..
Berakhir di sini..
Penuh debaran dan kecekalan...
Alhamdulillah..
Alhamdulilah..
Alhamdulillah..
Kesabaran kegelisahan keresahan keredhaan...
Membawa aku kepada..
Seribu satu indahnya dugaan dan nikmatMu...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Inshaallah...
Penantian seterusnya...
Digapai indah nan sabar..
Semoga ada sinar buatku...
Amiiiinn...

.Penantian Hariku.

Hari penuh hari...
Hari penuh debaran..
Hari penuh harapan..
Hari penuh kerisauan...
Hari yang penuh persoalan...

Penantian di singgah sana...
Menjadi pertanyaan satu demi satu...
Sang kelicip setia menanti..
Walau segenap rimba bergegaran...

Setiap masa dan tenaga..
Sang kelicip berlagu indan nan gulana..
Mengharapkan sesuatu miliknya...
Menjadi pasti hingga akhirnya...

P/S: Gambar tiada perkaitan...Miss Meen suka tengok sbb warna dia lawo...huhuhu

25 December 2013

.Terharu & Terkejut.


Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Terima kasih buat suami tersayang..
Mr.S...
Pemberian hadiah dari kamu sayang...
Membuatkan hati ini terharu dan sayu..
Miss Meen tidak meminta pada suamiku..
Tetapi beliau yang menghadiahkan kepada Miss Meen...

Perasaan berbaur..
Buat pertama kalinya menangis....
Ohooiii...gaya Mat Daud Kilau...hihi :)
Malu sedih terkejut tidak percaya..
Semuanya bersatu menjadi satu..
Thank you so much much much!!!!

P/S: Miss Meen membiasakan diri menggunakan SGN3.....

17 December 2013

.Sayangi Aku.




Semoga dipermudahkan segala urusan...
Sesungguhnya Allah itu sebaik baik peneman...
Dan yakinlah bahawa kita sentiasa diperhatikan olehNya...
Jin dan syaitan itu peneman kepada manusia yang tidak mempercayai Allah...
Kepada Sayangku yang sentiasa berada di tempat pertama dalam hatiku...
Yakin dan beranilah...sesunggunnya aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..
Semoga sebarang kesulitan dijauhi darimu sayang...
Senyumlah..tatkala aku merinduimu...
Teguranmu membuatkanku menjadi lebih rindu...

Moga cepat sembub Sayang Pertamaku....

16 December 2013

.Terima Kasih.




Terima kasih buat sahabat taulan...
Yang banyak memberikan kata semangat dan tips....
Terima kasih yang tidak terhingga..
Walaupun keadaan ini tidak ramai yang mengetahuinya...
Miss Meen selesa berkongsi dengan rakan yang terdekat...
Tidak ketinggalan jua...
Wahai pengunjung setia blog Miss Meen :)


Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih......

14 December 2013

.Hati Tabah.


Bermula episod sebagai seorang isteri dan anak semula..
Bukan sebagai ibu,mama,mak,ummi,mummy,mami dsb..
Buang yang keruh ambil yang jernih...
Miss Meen it's alright!! Because it is you!!!
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hidup kami..
Perlu beringat jangan sesekali membeza bezakan rezeki manusia lain....
Setiap anak berhak mempunyai ibu dan bapa...
Tetapi bukan setiap pasangan yang berkahwin berhak memiliki anak...
Itulah yang perlu dan sentiasa beringat...
Allah tidak pernah menjanjikan zuriat pada setiap pasangan yang berkahwin...
Allah juga tidak pernah menjanjikan bahagia setelah berkahwin...
Usaha tangga kejayaan kita..
Berdoalah selalu Allah sentiasa ada untuk kita...
Tetapi kita yang selalu hilang untukNya...

09 December 2013

.Sakit Itu Indah.



Bermula hari ini sehingga 11 Disember, Rabu....
Miss Meen akan menjaga kecantikan diri dalam dan luar...
Sesi urutan...diikuti sesi melulur dan pilis...
Semuanya untuk memulihkan diri Miss Meen..
Supaya segar dan sihat...
Bermula proses "Honeymoon Selfie" selama 3 bulan paling lama...
Tetapi 1 bulan paling sekejap...
Saat ini memakai bengkung paling susah...
Tetapi selesa dan menyakinkan...
Semoga ada hari indah buat kami...
Second "Our Honeymoon" I will make it true sayang!!!!
Pray and dhua okey... hehehe

06 December 2013

.Ketiga Kali.



Terima kasih sayang dan tidak terhingga kepada:
Mama...
Mama...
Mama...
Ayah..
Suamiku..Mr.S
Adik..beradikku..
Mertua dan iparku..

Memberikan nasihat dan motivasi..
Meluangkan masa..
Melayankan kerenahku..
Melawat dan memasak buat ku...
Menjaga perihal peribadiku..
Membantu dalam pengurusan harianku...

04 December 2013

.Kedua Kali.



Saat ini pelbagai rasa yang dirasai..
Hilang bagaikan angin menyapa lembut...
Dan saatnya ini juga ia pergi meninggalkan kami..
Cukuplah sekadar 10 minggu bersama walaupun ia singkat...
Tetapi ia memberikan kami penuh pengertian dan persediaan mental...
Pengalaman mematangkan Miss Meen untuk lebih berhati-hati..
Beringatlah hidup di dunia bukan manusia sahaja tetapi jin dan haiwan juga..

02 December 2013

.Pertama Kali.


Segala yang berlaku hari ini adalah pertama kali...
Dan ini yang membuat Miss Meen mempunyai pelbagai rasa...
Miss Meen masuk ke hospital....

25 November 2013

.Appointment.

Wah..amatlah drastik rupanya..
Sepatutnya temujanji dilakukan pada 28 Nov 2013 ini
Miss Meen pun tak pasti kenapa dipercepatkan
Masalah Miss Meen ini bila orang suruh buat je
Tak bertanya kenapa dan untuk apa dipercepatkan
Hihi It's a big problem kan?

Miss Meen pergi ke Klinik dan ditemani oleh adik
Pergh dalam jam 210 petang sampai
Jam 300 petang barulah nama dipanggil
Huhu...lama sangat menunggu
Pelbagai ragam dan kerenah hendaknnya manusia ini :)

Setelah selesai semuanya
Miss Meen dipaksa buat temujanji seterusnya
Bermula dari sekarang lah 
Maksudnya 2 minggu dari sekarang
Hopefully tiada apa apa lah kan
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya
So just wait for the next appointment

Usai dari itu Miss Meen naik ke Tingkat 1
Untuk melakukan pemeriksaan gigi
Haha..pergghh dah lama tak check up gigi
Jadinya gigi Miss Meen memang teruk sekali
Doctor kata gigi puan kena scaling ini
Sebab saya tgk dah terlampau teruk ni..
Kita cuci dulu yer...

Hahaa..perasaan Miss Meen pada mulanya
Wow yess..finally I can do it!
Tetapi bila dah rasa masa scaling tuh
Sumpah Miss Meen tak mau ahh pergi lagi
Sakitnya ya karimm hanya Allah je yang tahu
Banyak betul bekas berkurun batu taik gigi Miss Meen
Hahaha..pengotor kan Miss Meen
Berdarah maknanya gigi memang tak sihat lah kan

Tuh laa siapalaa suruh tak jaga gigi
Doctor Farah tuh siap sempat lagi
Ajarkan Miss Meen cara menggosok gigi dan siap dengan pakej pesanan lagi
Puan nanti pastikan setiap kali lepas makan dan nak tidur
Tolong berus gigi selalu ya
Inshallah takkan jadi seperti ini lagi


P/S: Lepas ini nak rajinkan diri..
Sebab sebelum ini Incik Suami ada tegur
Sebab gigi Miss Meen teruk kan..
Tup tup amik memang kena sampai tahap operate lagi tau!

24 November 2013

.Rumah Pengasuh.

Wah...sekarang terlalu banyak desas desus
Rumah Pengasuh anak mati didera anak didera kejam dan sebagainya
Huhu realitinya kasihan pada kanak-kanak tue..
Mereka bukan tahu berfikiran logik
Yang mereka tahu nak enjoy nak main nak gaduh nak makan
Kadang-kadang ada juga anak anak ini tidak faham bahasa
Lembam lembab berjiwa penakut dsb


Pada pandangan Miss Meen
Kebanyakkan ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh ni
Ermm kebanyakkannya sombong dan berlagak
Sering kali menganggap rumah pengasuh itu rumah tumpangan
Bukan rumah yang penuh kasih sayang
Jangan marah apa yang Miss Meen kata
Miss Meen cuma kata 'kebanyakkan' sahaja maksudnya bukan semua kan

Jarang Miss Meen nak dengar dari kebaikan ibu bapa atau penjaga itu sendiri
Apalah salahnya sebulan sekali kalau tak sebulan sekali setahun sekali pun cukuplah
Sedekah dan buatlah majlis keraikan atau pun majlis doa selamat untuk Rumah Pengasuh itu
Berikanlah mereka habuan dan ganjaran kerana amanah dalam menjaga anak kita kan
Mereka pun manusia sekali sekali memang hadap dengan pujian dan hadiah dari kita


Kalau hantar anak ke Rumah Pengasuh tu apalah salah berikan sarapan pagi pada mereka ke
Bukan rasuah tetapi manusia yang berbangsa MELAYU ini sukakan adat sebegini
Seandainya ada rezeki lebih sedekahlah kepada Rumah Pengasuh itu
Belikanlah sabun basuh sabun mandi syampoo dan sebagainya
Anggaplah dengan cara ini kita memuliakan Rumah Pengasuh itu
Selain itu kita berdoa agar anak anak kita dijamin keselamatan dan jagaannya
Betul tak??

Tetapi berapa ramai ibu bapa yang buatkan
Masing-masing leka
Ambil anak lambat lah tak nak bayar lebih lah
Bising bila kenakan charge lebih masa lah
Dan macam macam lagi kan
Tidak pernah sekali pun tawakal dengan keadaan anak dan situasi Rumah Pengasuh di sana

Dan sesiapa yang nak buka Rumah Pengasuh ini 
Mestilah WAJIB hadiri kursus penjagaan anak anak
Mesti ada SIJIL dan surat KEBENARAN
Bukan main bukak je Pusat Jagaan tuh
Salah satu sikap ibu bapa dan penjaga
Adalah mereka malas dan terlalu malas tentang ini
Dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat jalankanlah tugasan anda 
Secara rawak seperti buat spot check mengejut
Barulah mereka sentiasa bersedia dan berkelakuan baik 
Hehhee..so kerajaan moh lee lantik reramai ehh jawatan ini
Hahahaa....Miss Meen nak!!!!!!!!!!!


P/S: Miss Meen geram dan sedih dengan sikap ibu bapa yang sombong
dan Rumah Jagaan yang pengotor dan tiada adab kemanusiaan

23 November 2013

.Kerosakan pada satelit ASTRO.

Wah...hampir seminggu yang lalu
Ingatkan tv yang ada masalah rupa rupanya masalah dari ASTRO
Yelah mana tak nya gambar kejap ada kejap gelap kejap senyap
Bak kata orang seperti kita sedang melihat CD rosak
Pernahkan tgk cetak rompak punya
Hehehe....

Semalam tanggal 22 Nov 2013
Miss Meen telefonlah line bebas tol ASTRO
Pilih punya pilih nombor yang dia suruh
Miss Meen bercakap dengan Pegawai ASTRO di sana
Masa Miss Meen telefon tu dalam jam 930 malam
Nasib si gadis itu cepat angkat telefon...


Mendengarkan penerangan si gadis
Miss Meen menyuruh adik Miss Meen godek godek dekoder ASTRO
Akhirnya hampa..lepas tu dia kata nak buat laporan terus ke
Miss Meen kata oklah then dia bagi lah 
No.laporan kerosakaan : 1316829925
Dia kata dalam tempoh 48 jam ini akan ada juru teknik yang datang

Alhamdulillah
Dalam jam 1130pagi hari ini Miss Meen dapat panggilan telefon
Juru teknik itu datang dah dia pula yang godek-godek ASTRO
Akhirnya masalah utamanya adalah
Kat satelit Miss Meen rosak kena panah petir
LNB dia hampir nak putus
Dan NO SIGNAL..

Dia kata nasib tv Miss Meen tak meletup pecah sebab panahan kilat
Alhamdulillah ayah Miss Meen pasangkan alat plug tahan petir
Macam extension tambahan laa hehhe
Sebab dekat Pasoh dia cerita tv melambung
Naseb xda org kat rumah masa tu...


Selepas selesai semua kerja dia
Dia keluarkan resit untuk Miss Meen sain
Hihii Miss Meen kata nak kena bayar ke ni?
Dia kata tak payah..
Nanti dia akan claim pada ASTRO sendiri
Cumanya perlukan butiran nama ic sain Miss Meen je
Pergh...
Service Fee je RM 50
LNB RM 40
Semuanya RM 90....
Nasib ada insurans..
Dia kata selagi kami pengguna BEYOND selagi itu FOC
Pergghh biaq benar nie? :)
Apa apa pun tahniah dan alhamdulillah 
Miss Meen ucapkan pada diri Miss Meen dan juru teknik itu
Hhehe boleh?
Sebab Miss Meen menggunakan khidmat ASTRO sepenuhnya..
Bukan melalui agen hehhehe

P/S: Hari Isnin boleh laa tgk final episode
'The Birth Of A Family CH 393One'

16 November 2013

.Sihatkan Diri Anda.


Wah Miss Meen terpaksa rajinkan diri untuk makan ini
ESP SHAKLEE memang terbaik sebab ada perisa vanilla ok :)
Yang lain lain Miss Meen makan atas sebab arahan
Hihii...almaklumlah Miss Meen memang liat makan ubat
So kenalah paksa makan...
Dulu Mama Miss Meen selalu paksa makan 
EPO Cosway & Spirulina Cosway & Super EPA Cosway
Almaklumlah ia memang vitamin berkhasiatkan
Tambahan lagi Mama Miss Meen adalah ahli Cosway
Mana taknya kami kena paksa makan 
Hehehe
Tapi apa apa pun ia memang baik untuk kesihatan kan kan kan
Nak makan vitamin lelebih pun Miss Meen takut
Kena ambil nasihat pakar
Almaklumlah Miss Meen ini suka sangat makan tak berjaga 
Nak itu ini bak kata orang 
Makan ikut nafsu
Bila makan vitamin ni mungkin kurang sikit laa kot
Cara makan bernafsu itu hihihii

P/S: Mulakan hari anda dengan senyuman

15 November 2013

.Sedapnya Kan.


Nampak enak kan makanan di atas sana :)
Ya Allah sedapnya kalau dapat makan sekarang
Petik jari terhidang petik jari terhidang
Kikiki apa Miss Meen ingat ini zaman era Doremon apa?
Satay
Kerabu Mangga
Ikan Sembilang Goreng Cili Api
Sambal Tauhu
Daging Panggang/Salai
Bubur Jagung
Sup Ketam
Rendang Kerang Kacang Panjang
Sambal Kerang
Pisang

Nyummm...nyummm...bufet pun susah nak dapat makanan ini
Hihihi yeke? Miss Meen jarang nak makan bufet sekali bayor
Hahaha... :) penipu aiiii hihiii

P/S: Makanan sememangnya lazat dan enak 
untuk dimakan tetapi haruslah berpada pada 
kelak menjana diri..

12 November 2013

.Pertalian Persaudaraan Haunted.




Bila manusia senyap dan sepi...manusia lain kerap mengganggu atas ketenangannya..cemburu biar berpada wahai manusia!
"Ya Allah jauhilah kami dari anasir perbuatan keji manusia ciptaanMu..lindungilah kami dari mereka..Hilangkanlah kami dari sisi pandangan mereka..Hilangkanlah perasaan hasad dan dengki mereka terhadap kami..Sesungguhnya kami datang kepadaMu dan kembali jua kepadaMu 
Ya Allah..Berilah mereka kesedaran bahawasanya 
TIADA YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH PENCIPTA SEKELIAN ALAM SEMESTER INI...
Amiiinnn..

P/S: Kepada manusia berkenaan..
Ingatlah dunia semakin mengecil manusia semakin banyak..
malahan dosa semakin berlambak..
Renung-renungkan selamat BERAMAL..
— feeling irritated.

11 November 2013

.Permulaan Langkah Baru.

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah kerana menjaga diri ini 
Hari ini seperti wanita wanita lain Miss Meen pun ikut sama tentang prosesnya
Huhuu agak blur tapi berusaha laa juga kan heheh
Alhamdulillah sudah selesai
Cuma tunggu untuk arahan seterusnya
Ya Allah lindungilah kami dan permudahkanlah urusan kami
Thanks to Mr.S a.k.a My Hubby kerana sudi menemaniku
Hihiii...Thanks juga ambil cuti ehh hehhe


P/S: Thank you Ya Allah..for every second I won't forget to say that..

07 November 2013

.Love You Mr.Arrogant.


Alhamdulillah cerita drama ini sudah tamat...
Best memanglah best
Sebab ada Azlee Khairi kot 
Hahaha
Apa-apa pun tq pada penulis novel 
Kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik

05 November 2013

.Alhamdulillah Sekian Kalinya.

Alhamdulillah
Tawakal usaha dan doa amat penting sangat!! :)
Dalam debar pun ada gembiranya
Bersyukur sangat dengan apa yang diberikan kepada Miss Meen
Walaupun ini hanyalah pada peringkat pertama
Berdoalah selalu untuk Miss Meen tabah dan menjaga kesihatan Miss Meen selalu
Lepas ini memang taklaa nak buat kerja berat hihihi
Basuh toilet kena stop kejap bila dah stabil barulah ok kot hehehe

Ya Allah lindungilah kami dari anasir kejahatan ciptaan manusia
Dan perteguhkanlah kami pada pegangan dengan Mu 
Hindarilah kami dari terleka dengan nikmat yang telah Engkau berikan untuk sementara
Sedarkanlah kami dengan wajah wajah kesayangan di sekeliling kami
Berikanlah kami keampunan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan baru ini
Amiiiiiinnnnn...


31 October 2013

.Temuduga Awal & Akhir.

Putrajaya....
Ya pada saat ini tentunya Miss Meen berada di dalam bilik temuduga 9
Alhamdulillah..akhirnya kami semua ditemuduga
Insha allah apa yang dijanjikan dan diimpikan akan terkabul
Doakan kami semua ya....

19 October 2013

.Kahwin Senyap.

Wah suatu minggu dahulu kecoh pasal pasangan artis ini
Wawa Zainal & Aeril Zafriel
Perghh...tgk gaya mesra diorg Miss Meen memang dah agak dah
Mereka ini tentu ada ada bau bau hehehe
Walau apa pun...mereka secocok bersama
Tahniah Dear!!!! :)


Hari ini coretan mengenai mereka
Sebab apa Miss Meen baru je selesai tengok 
Sidang perjumpaan mereka dengan wartawan kat youtube
Perghhh...wartawan ini kan tanya bertubi-tubi kau!
Sehinggakan Aeiril nak jawab pun tersekat sekat..

Tapi kan nak dijadikan cerita kan kan kan
Miss Meen terasa hati dengan seorang wartawan ini
Bila si Aeril tanya apa hukum nikah..kau jawab je lah kan
Sebab kau pun nak tahu apa jawapan si Aeril kan kan kan 
Ni tak dia siap menjawab yang lain lagi
Siap kata lagi tuh kat sini bukan kurus nikah kahwin
Dah korang tuh singgap perihal kain orang...orang tuh sabaq lagi dengan kau kan..

Kalau kita sendiri tahu hukum dan syarat
Tentu kita tak jadi macam wartawan yang giler pertanyaan kan
Yang si Zubir tuh tanya memang sentap ah 
Miss Meen dengar...hehehe
Tak boleh kee fikir sendiri kekeke takut kena saman laa tuh
Nak gak rekod suara mamat tuh hehehe

Kalau nak diikutkan memang sahlaa kawen nikah diorg nie
Yang salah cuma tak hebahkan lah
Takut takut nanti si Wawa Zainal tuh kena pinang kat Datuk ke kann
Susah Aeril kang kekekkek :P
Pendek kata,kemesraan diorang ni dah dapat dikesan masa Julai 2012 lagi
Masa diorang shooting cover majalah lagi
Mesra giler bergambor beb...hehehhe

Okeylaa tuh aja nak membebel heheh

P/S: Daftar mengikut undang-undang sebab mahu menghormati arahan pemerintah kerajaan dan menjaga hak-hak sebagai seorang isteri dan anak.Nanti kalau tak berdaftar kang..susahlaa..surat beranak tak der..apatah ID pun xda..ini berlaku yer di Sabah dan Sarawak sebab kita sering mengabaikan orang asal ini..Take note yer kerajaan dan pejabat syariah. :)

.So Happy Together.




Wah lagu ini sungguh mellow
Sesuai laa kalau sesiapa yang nak berkahwin tue buat lagu latar
Miss Meen tak buat aiii...segan haha nnt membazir la pula
Banner pun xbuat hehhehe..segan muka terpampang..
Aiii manjang segan jee dah nikah pun segan lagi oiii kikikiki
Mungkin sebab kami bukan hari hari berjumpa kot
Tuh yang segan melekat jee hehhe
Okeylaa selama mendengar lagu ini :)

The Turtles - So Happy Together with Lyrics!

24 September 2013

.Diet..Diet..Diet..Need Help..

Assalamualaikum..
Wah Miss Meen semenjak menjak ni berat badan dah naik
Perghhh mendadak giloss okey uolsss
Tak pernah capai angka itu sebenarnya hehe
Takut Takut Takut...

Bak kata mereka:
"Ala normal laa tu dah kahwin..dah ada orang suka..tak payahlaa risau sangat."
"Eh biasalah tu hati dah senang..dah kahwin ni biasala naik naik berat badan nie."
"Alah..gemuk gemuk ada isi normal laa tuh."
Pergghh ayat mereka ini buat kita rasa sengal lutut kepala hati oh!

Alhamdulillah Miss Meen tekad ingin berpuasa 5 hari
Dan alhamdulillah berjaya puasa satu hari
Hal ini semata-mata ingin mengawal nafsu makan Miss Meen
Yang agak mendadak di hujung hujung tahun ini
Maun taknya makan makan makan jee..

So Incik Husband pun ada juga kongsi diet harian dia 
Perghh...diet harian dia....mewah kot!!
Tapi itulah hakikat..Miss Meen cari punya cari 
Rupanya beliau follow diet seorang Doktor ini..
Namanya Doktor Atkins
Inilah blog yang Miss Meen survey tu

So insya allah Miss Meen akan cuba sebaik mungkin
Uwaaaa....mencuba untuk tidak makan nasi..huhuhu
Oh nasi nasi...jom makan nasi diabetes nak??
Kurang kanji heheheh :D

Tapi kan dia ada Pek Baru kecil je comel harga dalam RM7.00 lebih..ada mention for diabetes hehehe..Miss Meen dah try makan..so far so nyummy..sebab rasanya mmg xda karbohidrat..


14 September 2013

.Tahniah Buat Semua.


Tahniah buat semua rakan-rakan
Dan terima kasih buat Suami & Keluarga yang sanggup datang & tunggu kami
Happy Graduation Day for us..
13 September 2013..Session 7 :)


P/S: Perghhh Ini Kali Lah Sang Suami bergambor tersenyum lebaq hahaha :) LOVE U SYG!!! 

05 September 2013

.Best Ke.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini mood Miss Meen rajin sikit kot
Selepas buat runner up drama Korea dengan masyuk sekali
Good Doctor
The Master's Sun
Dua jalan cerita ini memang menghayat hati... :) Thumb Up!!!
The Master's Sun ini ceritanya ala-ala Ghost Whisper je 
Upsss tutup kisah hehehe

Hari ini adik lelaki Miss Meen bertanya dengan Miss Meen
Adik :"Long...kau dah kahwin nie best tak?
Miss Meen: "Erk...apasal plak?"
Adik :"Takder laa saja tanya.."
Miss Meen : "Best...dapat naik pangkat!!! Hahahaa..."
Adik: "Pangkat apa pulak kau nie??"
Miss Meen: "Dr CIK ke PUAN..dari single ke bini orang...kikiki ada org jaga aku..haha.."
Adik: "Laaa pulak..sengal kau ni"

Hahaa..Miss Meen sahaja kenakan dia..sakat dia..sebab dia tengok Miss Meen tak da beza selepas bernikah dan sebelum bernikah..perangai giler giler Miss Meen tetap ada..kuat membebel lagi lah..kuat menjerit haruslah..hehhe tapi satu je adik adik Miss Meen perasan...kikiki..Miss Meen ni kalu depan SUAMI Miss Meen..Miss Meen sopan ayu..cakap pun slowww jee hahahhaa... :D

Ramai yang berkata apa pengalaman lepas berkahwin..jujur Miss Meen katakan Miss Meen selesa dan rasa selamat dan beruntung..sebabnya ada orang yang sentiasa risau dan bertanya tentang keadaan Miss Meen..
Tetapi beratnya tanggungjawab pada Miss Meen..ke mana sahaja Miss Meen pergi..Miss Meen membawa maruah suami bersama..buruk perangai Miss Meen buruklah didikan suami Miss Meen...huhuu seramkan...
Kata orang kalau sayangkan suami..jagalah maruah dan diri sendiri..Barulah ada UMPHHHH... hihii :)

Dan akhir kata Miss Meen beruntung ada orang yang sudi menerima kekurangan dan keburukan Miss Meen seadanya..Susah tau nak cari orang yang sabar dengan kita..Dan lepas berkhawin ni hati Miss Meen mudah tersentap hahha...pelikkan..kikiki mengada ngada kot :)

P/S: Best ada teman gaduh teman mesra teman cubit teman marah teman segala-gala teman hehhe teman gi toilet pun boleh hahhaa :P




23 August 2013

.Melodi Yang Mencuit Jiwa.

Bertie Higgins - Casablanca 
Asalnya Miss Meen suka dengar lagu pabila menonton drama pendek
Dr TV1 Siapa Aku Di Hatimu
Lakonan Adi Putra..Anzalna..Fauziah Gaous
Yes!!!Jalan cerita yang menarik
Dan seharusnya inilah contah tingkah laku yang kita semua patut ambil
Apabila cinta tidak kesampaian
Jagalah hati dan jagalah minda
Banyak pengalaman yang Miss Meen dapat
Ost drama ni pun best
Andai Aku Bercinta Lagi -Aweera

P/S: Apa lagi lepas ini jom honeymoon kat Casablanca hehehe..leh cepat cepat dapat baby hahahaa INSHALLAH...
Anak itu penyatuan dan pengikat hubungan pasangan yang SAH :)





20 August 2013

.Terima Kasih Sahabat.

Miss Meen nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih sangat!!
Kepada Cik Sh Nurul Ashikin Abd Jalil
Yang berasal dari Perlis
Sanggup memenuhi permintaan Miss Meen 
Yang mahu sangat sangat dia jadi pengapit Miss Meen
Terima kasih awak...sanggup travel jauh dan sanggup ambil masa mai ke 
Kuala Pilah,N.Sembilan
Buat pengetahuan umum..sabahat Miss Meen ini masih single
Kepada yang berminat silalah terus masuk meminang
Jumpa mak pak dia yaa !!! :)
Love u sayang!!! :)
Thanks banyak banyak ok...


14 August 2013

.Hantaran Yang Simple.

Seandainya ingin menyewa kotak alas hantaran Miss Meen
Bolehlah hubungi Miss Meen di sini okey :)
0129403143
-Sesuai utk bertunang mungkin-