Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

28 February 2012

ll Manusia Memang Seperti Itu ll

Assalamualaikum!!

Ya..manusia memang seperti itu...
Kita sebagai manusia pun kadang kadang selalu mendahulukan diri sendiri dari org lain..
Ya memang patut pun..
Apa org kata..
Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi org lain...

Tapi yang peliknya..
Takkanlah ada yang sampai tidak mempedulikan manusia yang lain...
Sungguhpun itu bukan masalah anda..
Tetapi ingat tugas anda sebagai masyarakat..teman..orang biasa pun memainkan peranan..
Penatlah dan letihlah
Dengan manusia yang suka lepaskan sesuatu dan tidak memikirkan manusia yang lain...
Andaikata ditegur itu...pasti cepat melenting dan berkecil hati kan??
Hahaha...kasihan.. :D

Tetapi tidak mengapa..
Tuhan itu ada selalu membantu...dan setiap perbuatan pasti ada balasan..
Tuhan itu adil...seadil adilnya..
Sekarang ambil tindakan positif..
Biarlah manusia itu kan..
Sekurang kurang Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya..
Allah tidak pernah tidak memikirkan hambaNya...

Terima kasih Ya Tuhan
Engkau ada disaat kami mengalami kedukaan dan kesempitan...
Apa yang Engkau berikan ini setimpal bagi kemampuan kami...Aminnn...

Published with Blogger-droid v2.0.4

24 February 2012

ll Manusia Selalu Berubah ll

Membuat sesuatu atas dasar pertamanya kerana apa?
Adakah diri sendiri?
Adakah satu fenomena manusia?
Adakah kerna terpaksa?
Adakah keinginan mencuba dan dicuba?
Adakah kepentingan diri tanpa memikirkan org lain?

Ya...semuanya
Adakalanya manusia ini tidak perasan diri mereka
Berubah dari satu fenomena ke fenomena yang lain
Adakalanya berpura baik untuk menilai manusia yang lain
Adakalanya bersikap agresif untuk mempertahankan diri
Adakalanya bersambil lewa bagaikan melepaskan batuk ke tangga

Apa yang penting jadilah diri sendiri
Tidak usahlah menurut kata orang lain
Sedangkan hati dan perasaan sendiri terbuang biar
Tepuk dada tanya selera

*Aku insan biasa yang kerap melakukan khilaf sesama manusia di muka bumi ini*

23 February 2012

ll Hati ll

Assalamualaikum..

Duhai hati...
Tabahlah Kuatlah
Menempuhi hari hari yang bakal mendatang

Duhai hati..
Sambutlah dugaan dengan tenang
Sambutlah cabaran dengan nyaman
Sambutlah getaran dengan yakin..
Sambutlah jiwa untuk sihat

21 February 2012

ll Mahu Bebas ll

Jika mereka begitu
Aku pun mahu bebas
Tanpa memikirkan hal itu dan ini
Lagi senang mendiamkan diri
Ohhhhhh!!!!!!
Tolonglah
"Give and Take"
Ask!!!
Ask!!!
Tired!!!!

Betul betul sangat hati mula berdebar
Perasaan masa belajar dulu
Lagi berbeza dari sekarang
Kesimpulannya...
Memberi respond kepada yang bertanya
Jika tidak bertanya
BUAT BODOH!!!! Okey :)
So TIRED!!!! :)

*Please Smile Smile We Are The Choosen One!!! Aku dah buat kajian..kenapalah manusia itu yang menjadi segala-gala punca..bila pula ingin beralih kepada manusia lain?..Mode:Insaf :D*

ll Berubahlah ll

Assalamualaikum...

Meningkat kepada umur kita ini
Terasa diri ini perlu berubah dan sentiasa memajukan diri
Andaikata dahulu malas
Kini mestilah rajin
Andaikata dahulu suka membuat sampah
Kini haruslah rajin membuang sampah
(Org yang suka rumah kotor je sukakan sampah!!)
Andaikata dahulu penakut
Kini haruslah berani
Andaikata dahulunya bercakap main lepas
Kini wajiblah bersopan

Perlu diingatkan dalam diri
Manusia yang lain mempunyai kuasa untuk memanipulasi minda dan hati kita
Persetankan perangai mereka itu
Anggaplah mereka tidak sedar yang mereka sendiri 'sakit'
Kasihan sungguh mereka..tiada ubat yang boleh menyembuhkan 'sakit' mereka

Sematkan dalam diri
Biarlah manusia lain itu psiko emosi dan fikiran kita
Jangan di layan dan jangan dikisahkan
Kita adalah kita
Pemikiran orang yang waras..
Selalu bijak membahagikan antara gurauan dan fakta!
Andaikata tidak mampu anda 'sakit' :)

Biarlah manusia lain nak buat apa pada kita
Tetapi beringatlah KUASA ALLAH itu MAHA ADIL & BESAR
Bersabarlah dengan mereka..
Ujian bagi setiap hambaNya berlainan corak dan kata
Tetapi mempunyai maksud yang sama
Untuk menjadi insan yag berwasatiah :)

*Gelombang hidup adakalanya memberikan kita idea dan ujian yang tinggi kesabarannya..Praktikkannya..Semoga menjadi Ibu yang tabah dan kuat suatu masa nanti :)*

20 February 2012

ll Serupa Tapi Tak Sama ll

Assalamualaikum Semua

~ Over senyum sampai nampak gigi  *_* ~
Yaa..serupa tapi tak sama
Hahaa..bagaimana isu ini boleh terkeluar?
Entahlah semuanya gara gara
Manusia yang lain bertanya itu dan ini
Akhirnya ada yang berkata
"Ehhh..muka ada iras lah!!"

Aiksss..Miss Meen pun pelik
Dari mana irasnya pun Miss Meen penat nak memikirkannya
Yang Miss Meen dapat tangkap adalah dari hidung
Hahaa :D
Tapi alhamdulillah..semoga perjalanan kami diberkatiNya

Sungguh tak perasan dan tak tahu menahu
Akan seirasnya kami.. :)
Terima Kasih yang perasan dan menegur
Semoga terbuka hati Miss Meen untuk menerima
Bahawasanya kami seiras :) huhuhu


*Keindahan ciptaan Allah semakin menyerlah pabila kita menghargai dan mensyukuri tanpa henti dalam setiap nafas*

19 February 2012

ll Penamat & Permulaan ll

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah selesai sudah agenda minggu ini
Semoga minggu hadapan pula
Semakin mencabar dan wajiblah menahan jiwa :)

~ Otak letih mendengar slot ceramah yang bertalu-talu ~
~ Menunggu sesi Senaman Tari !!! Wowheee..memang best..rasa nak masuk Kebudayaan laa pula :) ~
~ Ini adalah room mate Miss Meen :) Mereka ini pangkat kakak..Dah kahwin pun ..~
Nak dijadikan cerita room mate Miss Meen ini
Kebetulan berjodoh dengan orang Melaka
Hahaa...dan Incik Tunangan Miss Meen pun Melaka
Al kisahnya mentua dan bakal mentua masing masing orang Melaka Maju :D
Mereka ini sempoi..seronok kawan dengan mereka ini
Sampaikan Miss Meen digelarnya Budak Pra Sekolah
Hahaa...tapi mereka masing masing
Menggelar diri mereka Mak Jah dan Mak Jemah :D
0key...banyak lagi tentang mereka
Tunggu masuk kuliah dulu laa yaa :)

~ Ini kumpulan 61..Miss Meen..ramai sebenarnya..one row tak dapat nak catch up :) ~

*Masa untuk bermain sudah tamat...sekarang tibalah masa untuk bersedia dalam sebarang kemungkinan*

13 February 2012

ll Berehat Memberi Laluan ll

Assalamualaikum Semua..

Ya minggu ini Miss Meen akan mengambil cuti berehat
Dari menulis di blog ini :)
Dari 13 Feb sehingga 18 Feb 2012
Selepas selesai tarikh cuti rehat ini
Insyaallah Miss Meen akan berblogging kembali :)

Doakan dan permudahkan perjalanan hidup Miss Meen ya
Menjadi seorang yang berani dan tabah
Serta bermuka tebal :D hahaha

* Persekitaran, perjalanan & pengembaraan yang jauh ada ketikanya mampu bertindak mematangkan diri sendiri*

12 February 2012

ll Bermula Kisah Kami ll

~ I Love Books ~
Assalamualaikum Semua

Seindah nan pagi mentari terbit
Begitu juga indahnya hati kami
Walaupun kadang-kadang memeritkan diri
Tetapi hanya Tuhan yang mengetahuiNya

Ya...Alhamdulillah..
Setiap kesukaran pasti ada kemanisan
Setiap kesulitan pasti ada kekurangannya
Kita sebagai manusia hanya mampu
Berusaha Tawakal & Mengadu dengan Allah

Subhanallah...
Allah itu maha adil dalam pembahagian hidup
Allah juga memberikan kita dugaan
Yang mampu & layak kita tanggung
Jadi usahlah gusar...
Setiap persoalan pasti memiliki jawapan
Cuma adalakanya jawapan itu
Kurang jelas...
Kurang pasti...
Kurang diambil tahu...

Sesudah kita melangkah ke sini
Tanggungjawab semakin besar dari yang biasa
Semoga kali ini tiada lagi mainan & leka
Kali ini adalah janji & pasti

*Semoga kami selesa mengharungi kehidupan lama kembali..yang mana..sebagai seorang pelajar.Please bring your ID always Everywhere Anywhere Somewhere ..Most Welcome To Us..Always Becoming Student..Welcome Back!!! :') *

11 February 2012

ll Convocation Again ll

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dapat pengiktirafan sekali lagi..
Ehhh ehhh..bukan Miss Meen
Tapi adik Miss Meen :)

Hari ini kami menghadiri convocation dia
Cuma ayah sahaja tidak dapat hadir..
Atas sebab kenduri jemputan harus hadiri :)
Sebab nak balas balik kan..
Dulu org datang majlis kita..jadinya kita harus balas balik lah kan :)

Berbalik kepada al kisah adik Miss Meen ni
Ya...dia adalah graduate dari MISDEC
Hahaa..soft skills dalam kejuruteraan lah
Bukan masuk kolej ke universiti apa..
Cuma dia brush up skill dan perolehkan sijil

Semoga dia lebih matang dalam perjalanan hidup
Jangan dek harapkan muka je garang
Tapi hati kering & tak matang
Hahahaa... :D

10 February 2012

ll Hidupkan Terus Berjalan ll

Assalamualaikum Semua

Permainan kehidupan di dunia ini indah
Ada ketikanya kita merasa diri seakan dibenci
Ada kalanya kita merasa diri ini disayangi
Tetapi semua itu terjadi dengan kuasaMu Ya Allah

Miss Meen sebenarnya sedih
Melihat manusia di bumi ini
Bukan duit segala ukuran
Bukan dinar menjadi perhatian
Tetapi jiwa dan belas kasihan
Sesama kita mahupun keluarga atau manusia yang lain...

Miss Meen selalu terapkan dalam diri
Biarpun pakaian kita tidak semewah mana
Tetapi ia haruslah bersih dan kemas
Biarpun makanan kita tak seenak di luar sana
Tetapi asalkan kita yakin akan halal & haramnya

Miskin bukanlah punca dan sebab
Diri kita menjadi malas..kotor..dan kurang ilmu pengetahuan
Kaya juga bukanlah sebab
Diri kita megah sombong dan layak mengemudi dunia ini

Jangan kita jadikan alasan
Satu persatu menusuk ke kamus hidup kita
Jadikanlah Al Quran dan Hadis
Dalam panduan merubah diri dan perjalanan hidup kita

Insyallah...jika diizinkan Allah
Miss Meen mahu menerapkan kata kata ini
Kepada generasi Miss Meen nanti..
"Biarpun pakaian kita tidak semewah mana
Tetapi ia haruslah bersih dan kemas"
"Biarpun kita tidak sekaya mana
Tetapi rumah kita haruslah bersih dan aman"


*Pabila persekitaran kita bersih nyaman..selalunya perkara yang positif akan singgah menyapa..*

09 February 2012

ll Dingin Salju ll

Assalamualaikum Semua...

Kita haruslah berpandangan positif terhadap semua manusia ini
Tidak salah dengan pandangan negatif tapi harus berpada-pada

Adakalanya perangai kita agresif..
Andaikata terasa dan berkecil hati..
Tegurlah dengan berhemah..
Jika tidak tolong diam :)

Sekian.........

08 February 2012

Jodoh Tidak Datang Bergolek

Jodoh Tidak Datang Bergolek

Allhamdulillah...
Perkongsian cerita ini membuatkan Miss Meen berasa sebak & syahdu
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah..
Alangkah bagusnya jika kita menjadi seperti ini
Insyallah...
Miss Meen akan berusaha untuk mempraktikkan dalam keluarga Miss Meen
Satu masa nanti... :)
Incik Tunang kita usaha ya :)

*Tunggu saya tamat belajar dulu ya..Semoga Allah melindungi kita dari perkara mungkar..Ameen*

07 February 2012

Devotees - Jejak Cita [bersama lirik]


Semoga Miss Meen setabah dan seyakin yang mampu
Dugaan dalam ragam manusia sudah tentunya banyak..
Dugaan dalam hidup pastinya menanti..
Yang penting ALLAH IS ALWAYS BY OUR SIDES

Biarlah manusia saling menjelik
Bila kita laungkan kekuasaan Allah
Biarlah manusia memaling pandangan sinis
Bila kita mengagungkan keajaiban Allah
Biarlah manusia itu leka dengan keindahan dalam diri mereka
Bila kita saling merendahkan diri kepada Allah

Semoga Miss Meen peka & bersungguh
Apa yang Miss Meen mahu
Biarlah kesukaran dari segi emosi & persekitaran
Membelenggui diri...
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dalam setiap tetapan yang Dia lakukan :)

Ameeeennn..... :D

06 February 2012

ll Kuasa Allah Itu Besar ll

Assalamualaikum Semua
Ya Miss Meen sedang bersedih..
Pengubatnya Miss Meen harus menulis & berkata untuk diri
Mungkin ada sesetengah berfikir & berkata belakang
Andaikata bersedih mengadulah kepada Allah
Bukan di sini dan bukan dengan sesiapa pun

Ya...Miss Meen setuju sangat
Cuma ada ketikanya Miss Meen merasakan
Miss Meen harus menyimpan coretan ini
Untuk Miss Meen sendiri..
Untuk renungan Miss Meen sendiri..

Kuasa Allah itu besar
Miss Meen bersyukur kerana Allah adil terhadap hambaNya
Ramai manusia berfikir Allah itu tidak adil
Manusia itu TIDAK BERSYUKUR...
Jika hari ini ada orang menghina kita
Percayalah satu masa nanti manusia yang lain akan menghina mereka kembali
Terima kasih Allah...kerana Engkau tidak pernah pilih kasih terhadapa hambaMu

Jika hari ini kita dibuang keluarga sendiri
Percayalah suatu masa nanti dan tidak perlu ditunggu
Mereka mempunyai nasib yang sama
Cuma adakalanya lewat & cepat sahaja balasan itu

Jika hari ini manusia yang lain biadap terhadap kita
Segala perbuatan mereka PASTI akan mendapat habuannya
Allah tidak pernah memungikiri janjiNya
Kita manusia yang angkuh..jahil..tidak bersyukur
Selalu memungkiri & menaburi janji manis

Ya Allah tenangkanlah hatiku
Setenang gelora lautan di kala malam
Ya Allah teguhkanlah hatiku
Seteguh lingkaran orbit ciptaanMu
Ya Allah sedarkan aku..pimpinkan aku..
Jauhi aku dari manusia yang SOMBONG..
BONGKAK..LUPA DARATAN..TIDAK BERSYUKUR
dan BIADAP TERHADAP KEDUA IBU BAPANYA
Jauhi aku dari bergaul dengan mereka..
Sesungguhnya Engkaulah pencipta & Engkaulah yang berhaq..

05 February 2012

ll Salam Maulidur Rasul ll

Assalamualaikum Semua
Alhamdulillah tahun ini adalah tahun baru
Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua
12 Rabiulawal 1433H
Nabi Muhammad s.a.w adalah kebanggaan kita semua
Marilah kita sama sama
Berselawat ke atasnya :)

01 February 2012

ll Februari 2012 ll

Assalamualaikum Semua...

Februari datang lagi pada tahun yang baru
Ya Allah permudahkanlah segala rencana & urusan kami
Pada bulan ini..pada bulan Rabiulawal..
Semoga dilimpahi keberkatan & ketenangan

Hati Miss Meen mula tidak enak & seba
Di kala bulan ini menjelma..
Tidak seperti tahun sebelum ini
Cuma tahun ini agendanya agak berlainan

Hati Miss Meen begitu berat & enggan pergi
Ke suatu tempat yang asing buat Miss Meen
Hai jiwa....makin bergetar & risau...
Doakan Miss Meen ya...

Semoga satu satu hal
Diuruskan dengan baik & teratur
Ameennn.. (: