Muhammad Ukail bin Mohd Sahadirllah |
Perjuangan sebelum dan selepas yang Ummi tak dapat bayangkan
Ketika mengandungkanmu dan melahirkanmu dunia kini penuh dengan hebahan virus coronavirus COVID -19
Ummi tekad untuk melahirkanmu di Hospital Melaka jadi hampir sebulan juga Uwais dan Uzair duduk di Kuala Pilah sejak cuti sekolah pada 18 Mac 2020..
Sampai bising Abah rindu dengan abang2 awak..
Alhamdulillah juga Abah tidak ditugaskan sebagai frontliner di mana mana kawasan atas sebab Ummi menunggu hari untuk bersalin..
Thanks to ATM
Tetapi kasihan Abah.. bila ada peluang kami selalu jadi asbab Abah tak dapat join..huhu..
Maafkan Ummi dan anak anak yer..
Inshallah ini kali yang terakhir Ummi melahirkan zuriat buat Abah ๐ค
Lepas ni bolehlah Abah ditugaskan ke mana mana untuk menimba pengalaman
Perjuangan melahirkan Ukail
Ummi berasa sungguh bertuah dengan rahmat Allah dan doa semua orang di sekeliling Ummi
Team doktor Liza dan nurse sangat2 membantu semasa di labor room
Semangat dan cara galakkan yang tidak berputus asa membuatkan Ummi rasa sangat dihormati
Tika saat Ummi berasa lelah dan putus asa untuk bersalin secara normal
Doktor Liza menenangkan Ummi bahawa Ummi beruntung kerana malam ini doktor pakar yang akan melakukan pembedahan czer
Saat segala ubat inbius dan wayar yang ada di tangan Ummi dicabutkan dan Ummi disiapkan untuk ke Dewan Bedah
Suatu aura menusuk masuk ke dalam diri Ummi..serasa
Ummi mencuba untuk meneran dan dibantu oleh nurse tanpa kenal erti putus asa
Sejurus itu doktor pun nampak dan berusaha untuk membantu Ummi
Alhamdulillah
Dalam hanya beberapa minit dan 5 kali push kamu keluar Ukail ๐
Alhamdulillah! Nikmat Allah!!
Ummi berjaya merasa kelahiran secara normal dengan berat kamu 3.5kg sayang๐
Pada 29hb April 2020 jam 1226pagi
Pada 29hb April 2020 jam 1226pagi
Terima kasih semua yang mendoakan Ummi..๐ท
0 Merepek:
Post a Comment