Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

29 April 2012

.49 Days.

Assalamualaikum...
Ya hari Jumaat keluar makan ikan bakar di Umbai Melaka gerai n0.6
Alhamdulillah kenyang sangat!!!
Dan kami sekeluarga makan dengan bersihnya :)
Bukan pelahap tetapi ikut sunnah
Tak bazir makanan buang sana sini :)

Dan pulangnya ke rumah Miss Meen layan drama korean
Ingatkan saja klik klik adik punya hard disk je
Dan tak sangka boleh tersangkut dengan drama 49 days ini
Dulu ada juga tinjau kat dramacrazy.net
Seakan akan seronok jee
Tapi tak nak biasakan sebab jika dah layan memang melekat je :)
Terbuktinya semalam dan kelmarin :)

Jalan cerita ini nampak memang karut
Sebab mereka mencerita tentang perjalanan roh mati roh separa sedar
Tapi jangan ambil kira yang itu lah ya
Yang penting Miss Meen suka tengok drama ini sebab :
* Ada Jung Woo :) hihi HANDSOME & BERGAYA
* Cerita ini sedih dan membuatkan Miss Meen menangis tanpa henti :)
* Penekanan hal kekeluargaan juga :)
* Perihal persahabatan juga :)

Yang menarik tentang jalan cerita ini
Dia kena kumpul 3 titis air mata orang yang ikhlas sayangkan dia
W0w!!! Kat sini kita boleh belajar cara-cara org menghargai kita selepas mati
Perit nak percaya :)
Tapi itulah pengajaran buat Miss Meen
Semasa hidup haruslah berbaik dengan semua orang
Semoga hendak matinya kita nanti
Ada sahaja orang yang akan mendoakan kita
:) Terutama sahabat kita

Serius cerita ini sungguh sedih!!!!!
Miss Meen teresak esak nangis
Silakanlah menonton ya :)

25 April 2012

.Berubah Harus Berubah.

Assalamualaikum...
Miss Meen serasa kesal sebab Miss Meen
Sejak akhir-akhir ini tidak beradab mungkin
Sering kali mengungkapkan kata-kata yang menyakiti hati manusia lain
Ya..kadang-kadang ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran

Bak kata pepatah " Before talking..Please connect the tongue to the brain!!! "
Kadang-kadang dengan Mama Miss Meen pun tersasar tau
Ayat yang Miss Meen guna selalu kasar
Entahlah...perangai manusia di sekeliling membuatkan Miss Meen lemas kot
Pelbagai kerenah..Hurm..ini belum lagi budak-budak??!!

Kepada Mama Miss Meen
Maafkan anakanda :)
Dan terima kasih sangat sangat kerana sabar dengan Anakanda..
:)
Dan sahabat jauh di mata tetapi dekat di hati :) Mr.S
Terima kasih juga sabar dengan Adinda :P
hihii :)

*Bila tension..pelbagai macam perkataan enggak enak diutarakan...hati resah minda kacau*


24 April 2012

.Sabar Itu Indah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sangat sangat kerana nikmat yang dikurniakan Tuhan
Miss Meen sentiasa di kelilingi oleh mereka mereka yang sabar
Proud to be with you all!!!
:) Thanks for stand on my side...

23 April 2012

.Senyumkan Hati.

Assalamualaikum

Ya...tanggal 23 April 2012
Minggu ini adalah minggu kritikal bagi Miss Meen
Mengapa Miss Meen berkata begitu
Sebab perlukan banyak submition  :)

Dalam kritikal pun
Miss Meen sempat melayari tingkah laku manusia
Ya sepanjang Miss Meen menjejakkan kaki di sini
Pada tanggal 12 Februari 2012 - 23 April 2012
Haa..berapa bulan dan minggu silalah rajinkan diri ya

Terlalu banyak fenomena yang berlaku
Hendak dikatakan salah pada pihak itu
Hendak ditujukan pada pihak ini
Dan pelbagai cabang yang ada :)

Mari kita singgap kejadian & fenomena yang Miss Meen lalui :
1) Perubahan cuaca dan teman di sekeliling
2) Perubahan manusia yang sering merasakan diri mereka bagus
3) Tingkah laku yang tidak menggambarkan profession anda
4) Kematian yang terlalu kerap didengari
5) Ketidakpercayaan manusia terhadap diri ini

Tapi apa apa pun yang Miss Meen lalui
Kadang-kadang memberikan keinsafan pada diri Miss Meen
Cukuplah kan..dugaan Miss Meen belum tentu hebatnya
Tapi dugaan 0rg lain tentu ada hebatnya :)


*Semoga Allah sentiasa memberikan peluang Miss Meen untuk merubah diri menjadi lebih baik lagi*

22 April 2012

.Terjelepuk Hati Ini.

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ini jiwa Miss Meen
Serasa tidak enak dan dingin
Adakah punca dari kerja kuliah yang dibekalkan?
Entahlah terkadang ingin mengatakan ia
Terkadang pula bukan...

Ya hati ini letih...


*Ya Tuhan aku hanyalah hambaMu yang terkadang alpha akan ketenangan yang Engkau berikan*

21 April 2012

.Letih Minta Direhatkan.

Assalamualaikum Semua

Tatkala menulis coretan ini Miss Meen masih belum tidur
Pada asalnya mengantuk dan ingin tidur
Sebab letih menghadap komputer
Tunggang terbalik rupa bilik Miss Meen dibuatnya

Otak sekarang sudah letih minta rehat
Tapi Miss Meen mencuri masa dan lakaran sebentar
Hihi :) bukan apa cuma kasihan tengok bl0g ini sepi
Lepas selesai sudah Kepelbagaian Pelajar ini
Miss Meen kena proceed untuk Psikologi
Double pula tue Present group dengan Tugasan Individu

Hai..hai..hai...seronok memang seronok
Pening pening lalat pun seronok
Tang kurang seronoknya adalah DUE DATE
Yang selalu pantas dan tidak menunggu :)

Okeylah otak mahu rehat
Cakap pun dah meleret nie
Mata sepet sebelah minta rehat juga
Hihihi... :)

*Semoga apa yang dipelajari ini mempunyai kemudahan dan kesenangan di hari kemudian*

16 April 2012

Ketika Semua Kemungkinan

Assalamualaikum
Sekian lama bl0g ini sepi sesepi tuan empunya diri :)
Tiada coretan sepantas masa yang lalu
Tiada coretan bunyi berlagu sendu :)
Adakah kekangan masa dan kesihatan diri tidak mengizinkan?
Oh manusia masih seprti sebelum sebelumnya kan
Masih suka dalam memberikan alasan dan membela diri

Ternyata diri ini sebenarnya kekeringan idea dalam coretan
Kebekuan idea dan emosi menjadi segala punca
Diri ini tabik spring kepada sesiapa yang mampu
Mencoret di kala senang dan sibuk :)

Anda mampu dan anda mempunyai matlamat :)
Penulisan apa jua bentuk tulisan sebenarnya
Membangkitkan rasa orang lain ingin menulis
Adakalanya membangkitkan idea bagi orang lain
Pendapat dan pandangan kita bukannya serupa sama
Dan sepakai rupa :)

Tiada salah dalam memberikan pendapat & pandangan
Dan tiada salah dalam mencoret emosi
Masing-masing punya hak yang satu
Yang tak perlu direbutkan...
Terima kasih ya Allah keran melindungi hambaMu ini
Sehingga kini..
Sesungguhnya aku hambaMu yang terlalu berhutang denganMu...