Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

22 July 2014

23 Ramadan 1435

Ya...
Alhamdulillah sampai penghujung
Sudah Miss Meen berpuasa
Dan alhamdulillah
Sepanjang berpuasa Miss Meen
Diberikan kekuatan dan semangat

Ya....
Tragedi semalam dan hari ini
Tiada bekalan sumber air dari sini
Paitan..Beluran
So stress...
Dan semalam hanya berbuka dengan burger daging saja

Alhamdulillah
Di saat kesukaran ada kesenangan serdahana..
Ya Allah berikanlah hambaMu ini
Ketabahan dan kekuatan dari dalam diri

*Moga hujan turun lebat hari ini.....

13 July 2014

15 Ramadan 1435

Cepatnya masa berlalu
Pelbagai kesukaran dan kesusahan yang dilalui
Alhamdulillah
Setiap rintihan dan doa sentiasa didengari Allah
Ya Allah
Turunkanlah hujan selebatnya pada hari ini
Sempena 15 Ramadan di tahun ini
Ya Allah sesungguhnya diriku ini hamba yang lemah
Bantuilah aku dalam apa jua keadaaan

08 July 2014

Terasa Di Hati

Ramadan ke 10
Membuatkan hati ini
Terdetak terdetik
Pilu dan sedih....

Di sekolah ada suatu perkhabaran
Saat indah menyambut Ramadan
Kami dikejutkan dengan suatu cerita
Ya cerita yang pelik tapi benar..

Dua org guru lelaki Kelantan
Yang baru sahaja melapor diri
Di sekolah kami
Tiba tiba sahaja memohon pertukaran sekolah di PPD Beluran
Terkejut kecil hati semuanya berbaur..

Kasihan mereka...
Sesungguhnya Miss Meen faham perasaan itu
Miss Meen pernah merasa situasi itu
Di mana kita memerlukan sesuatu
Tetapi bukan semuanya memberikan pertolongan...
So kata kunci untuk diri ini
Adalah sentiasa merendah diri
Walau di mana kau berada
Cuba untuk selesakan diri
Dan tabah dengan alam persekitaran kita...
Jangan ikutkan nafsu kelak binasa...
Jangan ikutkan rasa kelak terasa...

03 July 2014

Akhirnya

Alhamdulillah
Selesai sudah Ramadhan 4
Kini menyambut kembali
Ramadhan 5
Alhamdulillah
Berjaya Miss Meen melaksanakannya
Begitu juga dengan solat tarawih
Tetapi sendirian berhad la hehe

Menu berbuka semalam:
Nasi Lemak
Kurma
Air teh panas

Alhamdulillah
Kak Jijah membuat tempahan
Di bulan Ramadhan
Hehe seperti biasaa
Miss Meen la pembantu tetap
Heheee

Ya Allah
Terima kasih atas kurniaanMu
Permudahkanlah untuk kami
Di hari esok...
Kami ingin pulang Sandakan...

01 July 2014

Ramadhan 3 1435H

Alhamdulilllah
Selesai sudah dan diberikan kesempatan
Menu hari ini:
Nasi putih
Sambal udang
Sayur suun sup
Kurma
Mee goreng
Air suam
Air 100 Plus..

Terima kasih tidak terhingga Ya Allah
Hujan turun di bumi Paitan ini
Alhamdulillah penuh tangki kami...
Ya Allah berikanlah kami
Ketenangan dan keindahan
Dalam beribadah dan beramal denganMu
Alhamduillah jua...
Miss Meen berjaya solat terawih sendirian berhad
4 raakaat 3 witir...
Terima kasih Ya Allah
Engkau mengurniakan keberanian dan ketegasan dalam diri ini....

Nikmat Syukur

Ada manusia
Mereka begitu menikmati
Suasana semasa berbuka...
Ada manusia
Mereka begitu menikmati
Suasana semasa bersahur...

Bukalah minda..
Bukalah hati...
Terima seadanya..
Bersyukur bila diberikan kesempatan
Dalam Ramadhan...

Sedih sayu
Hati ini
Pabila segelintir manusia
Melebih lebihkan
Nikmat hawa nafsu makanan
Sedangkan dalam bulan ini
Kesederhanaan yang penting
Bukan keselesaan dan kemewahan

Bersyukurlah
Walau sejenak
Diberikan kesempatan
Nikmat rasa
Nikmat hidu
Nikmat makan
Nikmat pilihan

Bersyukurlah
Wahai manusia...
Bersyukurlah...

*Miss Meen tengah jelak dengan seorang hamba Allah ini..berlagak dan kurang rasa bersyukur!Cubalah ucap Alhamdulillah...bukannya ahh kenyang!