Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

10 July 2016

Andainya Esok Masih Ada

Suami org
Isteri org
Pendek kata
Sesuaikah mereka berkawan
Sesuaikah mereka berdua ke mana mana

Akal di mana
Hati di mana
Mata di mana
Status di mana

Malu di mana
Tanggungjawab di mana
Setia di mana
Jujur di mana

MARUAH DI MANA????

Pelik Miss Meen
Manusia zaman ini..

03 July 2016

Bertabahlah hati

1 tahun 5 bulan

2015 hingga 2016
Bukan diri ini
Tiada gerak hati
Selalu sangsi
Selalu curiga

Entahkan mana
Ribut taufan
Hujan bah banjir
Anggapan itu menjadi kenyataan

Robek hati ini
Bila terlepas dari karungannya
Sedih hati ini
Bila impian dan janji gugur semata

Duhai hati
Duhai nyawa
Duhai jasad
Bertabahlah
Inshallah ada hikmah
Yang tak pernah kita sangka...

Allah itu menguji kita atas ketabahan kita...
Terimalah dengan keredhaan yang tinggi...
Kehidupan itu indah..
Pabila kita saling bergantungan kepadaMu

Ya Allah...

27 Ramadan

Ya malam 27 Ramadan
2 July 2016..
Segalanya terungkai
Tekaan menjadi kenyataan..
Cumanya apa yang dihadapi..
Berbeza apa yang di baca..

Tetapi
Allah maha kuasa..
Moga Allah sentiasa berikan kekuatan
Moga Allah sentiasa berikan petunjuk
Moga Allah sentiasa melindungi diri ini
Menjadi isteri dan ibu yang tabah...

Moga ada sinar buat kami..
Inshallah...

Nota hati: Moga tabah ya..Miss Meen kitaran hidup kena sentiasa ingat selepas ini... 30 40 50....