Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

01 May 2012

.Perkahwinan.

Assalamualaikum...
Bila diutarakan perihal sebegini apa reaksi anda?
Tentunya sebagai seorang wanita kita berasa seronok :)
Tapi berlainan dengan Miss Meen
Dalam keterujaan ada kesedihan dan sebak...

Perkahwinan itu sendiri sudah menampakkan keindahannya
Tetapi kita sebagai manusia biasa
Mampukah memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami
Mampukah kita sanggup susah dan senang bersama
Mampukah kita mendidik bakal zuriat dengan sempurna
Mampukah kita menjadi bidadari yang terbaik buat pasangan kita

Persoalan ini selalu bermain di pemikiran Miss Meen
Ya benar...bercinta terlalu lama tidak digalakkan
Kerana manusia itu sendiri punyai pendirian yang sentiasa berubah ubah :)
Jadi tidak salah andainya ada dalam kalangan kita yang pernah putus cinta
Ada di antara kita yang pernah putus tunang
Ada di antara kita yang pernah mengalami keruntuhan masjid yang lama dibina

Semua itu menjadikan kita tabah dan sedar dengan dugaan yang paling hebat
Dalam semua kejadian itu sebenarnya kita diberikan peluang untuk
Mengenali dan muhasabah diri masing-masing
Bukan saling salah menyalah..
Dia ada perempuan lain
Dia curang dengan lelaki lain..
Persoalan itu timbul dari amarah dan ia bukanlah satu tindakan yang bijak

Apabila kita terlalu cepat berkahwin dengan pasangan yang baru kita kenali
Masyarakat mula menguji dan memberikan tanggapan
Terdesak? Gatal? Dah puas hidup? pandai ke?
Tanggapan dari mereka ini seharusnya tidak perlu simpan di taman hati
Tetapi jadikan ia sebagai motivasi  :)
Bukan senang rupanya ingin mendirikan rumah rangga :)
Masyarakat sentiasa berkata-kata sehingga kita tertutup mata :)

*Masa kian berlalu..mampukah Miss Meen merentasi jalan yang seterusnya? Ya Tuhan permudahkan kehidupan kami dan perjalanan kami ke arahnya..Andaikata mengalami ketegangan jauhi kami dari sikap itu dan jauhi kami dari sikap sikap manusia yang sentiasa pentingkan diri..Sesungguhnya kami inginkan keserdahanaan bukan kebanggaan dan tatapan umum masyarakat...kabulkanlah kisah permintaan perjalanan  kami...*

0 Merepek: