Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

29 May 2012

.Fenomena Diri .

Assalamualaikum..

Minggu kritikal bagi Miss Meen :)
Owh minggu melengkapi diri ke arah yang lebih terarah
Upsss...pembelajaran sepanjang hayat... :)
Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan Miss Meen

Miss Meen hendak menyatakan sesuatu
Mungkin pernyataan ini akan menimbulkan
Rasa tidak setuju dan barang kali setuju dengan apa yang Miss Meen kongsikan
Manusia..dan perihal peribadi mereka.. :)

Miss Meen merasakan manusia lain diwujudkan untuk kita lebih berhati-hati
Merasakan kewujudan manusia lain membimbing kita ke arah yang baik
Merasakan kewujudan kejahatan manusia lain meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya
Merasakan kewujudan sikap keangkuhan manusia itu sebagai timbal balik pada diri kita sendiri
Merasakan kewujudan tingkah laku manusia lain itu sebagai peringatan buat diri kita

Ya... Miss Meen pernah perasan fenomena ini
Allah menurunkan manusia lain di samping kita
Yang mempunyai sikap, pendapat, pandangan yang berlainan dengan kita
Untuk apa??
Supaya kita beringat dan menyedari bahawa kita dan hidup ini
Hanyalah pinjaman semata-mata
Kadang kala keangkuhan manusia lain itu sendiri memberikan kita kadar keinsafan yang bermakna
Dan ini yang sebenarnya berlaku juga pada Miss Meen

Adanya musibah membuka mata Miss Meen
Bahawa Allah itu sayang akan hambaNya
Cuma hambaNya itu sendiri yang leka dengan dunia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa kepadanya
Dan Miss Meen pernah juga merasai
Bahawa setiap pembalasan buruk manusia lain kepada Miss Meen
Ada pulangan timbal dan baliknya
Ya Allah Terima Kasih kerana mendengar doaku dalam sendu
Jauhilah hambaMu ini dari manusia yang sombong dan bongkak dan kedekut

Peringatan buat diri ini..
Andaikata diduga sesuatu
Beringatlah "Allah is always by our side"


*Mode: Miss Meen bosan dengan sikap manusia yang merasakan diri mereka baik dan matang!!! Uh... :)
Di dunia boleh laa berlagak kan...Kamu punyai semuanya..sekali ditarik
keselesaan dan kesempurnaan itu..mahu terkedu :) Terima kasih Tuhan!!! :)





28 May 2012

.Pavlova.

Assalamualaikum!!!
Wah sungguh yummy!!!
Dulu tak pernah apik pun desert ini
Tetapi kehadiran sejak sejak akhir ini
Membuatkan Miss Meen mengidam semula hahha
I LOVE LOVE CREAM & FRUIT!!!!!!! :D

Jom RAMADHAN ini nak mencuba buat PAVLOVA :)
Hihii penuh berkrim...huhu
Hope berjaya lah kan...
J0m tinjau sini  -----> TUTORIAL PAVLOVA


*Mode: Sekejap jee nie nak makan cream cream..kang kejap lagi Miss Meen mula lah mel0ya hehhe :D

.Pada Awan Biru Ku Melakar Kata-Kata.


.Bertolak Beransur Bermaafan.

Assalamualaikum Semua


Ya berkisarkan tentang mahkamah..
Miss Meen ingat mengambil pandangan dari sudut Miss Meen
Bukan ingin menyokong dan bukan juga ingin menyebelah
Tetapi ingin meluahkan rasa fikiran dan logik akal Miss Meen

Kisah Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Cukup menarik perhatian Miss Meen
Perbezaan umur dalam kalangan mereka
Membangkitkan rasa kepercayaan yang tinggi pada mereka
Ya dulu Miss Meen kagum dengan kesungguhan mereka

Walau badai membelah bahagi dan mendatang
Mereka tetap berkeras untuk bersama mengharungi
Tetapi kenapa kini tidak lagi
Miss Meen cukup berkecil hati dengan mereka
They looking good together!!!
Saat manusia lain menepis mereka teguh bersama
Saat manusia lain saling mencemburi mereka tabah bersama
Mengapa kini tidak?

Pandangan buat Rita Rudaini :
Anda adalah barisan artis yang saya suka akan lakonan kamu! :)
Membina rumah tangga tidak selalunya indah
Lendurkan lah ego kita sebagai wanita
Yang selayaknya dan seimbangnya status kita
Sebagai isteri, ibu dan sahabat kepada
Anak-anak dan Suami
Memilih pasangan haruslah sekufu dengan kita
Andainya kita diitakdirkan bukan sekufu
Kekuatan & keseimbangan dalam diri perlu ada
Berfikiran logik dan hormatilah kekurangan manusia lain

Pandang dari sisi Aidil Zafuan :
Sebagai seorang suami, kamu terlalu lembut
Sehingga memakan dan sasarkan pandangan isteri terhadap kamu
Bertolak ansur perlu diberitahu
Bermaafan seharusnya ikhlas dan bersungguh
Bukan setakat hulur wang semata tetapi
Gemblengkan tenaga untuk anak-anak dan keluarga
Mendidik isteri yang lebih berumur dari kita
Seakan memerlukan kekuatan & kebijaksanaan dalam menasihati
Mereka lagi sensitif
Pelajarilah kitaran hidup manusia dari lahir hingga ke tua :)



* Miss Meen suka tengok pasangan Ijoy & Shira.... kelindan perlu dalam mengeratkan hubungan antara satu sama lain*

22 May 2012

.Dugaan Ada Di Mana Mana.

Assalamualaikum Semua

Ya..hendak dijadikan cerita hari ini berlaku sesuatu dalam keadaa serentak
Sememangnya dugaan ada di mana mana
:) Inilah dugaan bila belajar dan menuntut ilmu
Bersama dalam kalangan ibu ibu bapa bapa ister isteri suami suami
Banyak itu yang tak boleh
Banyak ini yang tak boleh
Banyak itu dan ini tak nak

Sememangnya dugaan belajar ada di mana mana
Mungkin ahli dalam kumpulan kami terpilih dan dipilih
Untuk merasai dugaan yang serentak dan mengejutkan itu
Agak tertekan dan sedih dengan apa yang menimpa
Tapi apakan daya..kami akan buat apa yang termampu sahaja :)

Tidak bolehlah selalu hendak perfect
Tidak bolehlah selalu hendak on time
Tidak bolehlah selalu hendak 'enjoy'
Tidak bolehlah selalu hendak ssenangkan ? :)

Buat rakan seperjuangan Miss Meen
Norhidayati Hassan
Nurul Hidayah Mohamad Shar
Salbiah Yunus
Semoga kita tabah dalam mengharungi dua presentation besar
Secara serentak..mungkin ini dugaan kita untuk lebih maju & cekap :)

Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik & sempurna
Amin..amin..amin.. Ya Allah... :)
Sesungguhnya dugaan itu manis jika diiringi dengan kesabaran & ketenangan
Semoga sepanjang hari peperiksaan kita akan dipermudahkan oleh-Nya :)

20 May 2012

.Suka Pada Yang Harus.

Assalamualaikum...

Ya..suka pada yang sudi
Ya..sayang pada yang sudi
Ya..minat pada yang perlu
Ya..kasih pada yang SATU

Pabila kita sering kali melihat manusia lain berkasih sayang
Kita akan rasa dibebani rasa resah dan takut
Ekoran dari umur yang semakin meningkat
Ekoran dari masyarakat yang berkata-kata semerdu aluan melodi
Kita wajib berasa tergugat dan resah
Bukan apa..kerna kita punyai hati yang tiada siapa pernah merasai dan nampak
Tetapi hanya yang SATU...

Tidak salah untuk merasakan resah dan bimbang
Dan tidak salah untuk merasa cemburu dan sedih
Tetapi adalah salah untuk meminati
Kepada manusia yang tidak sudi pada kita
Adalah salah menyimpan rasa sonsang pada sahabat kita
Adalah salah mengharapkan sesuatu yang bukan milik kita
Adalah salah menyangkakan ia pernah menjadi miliki kita

Wahai manusia..
Bukakan lah hati dan minda
Usah tenggelam pada kata-kata manusia lain yang nista
Usah tenggelam pada pujukkan rayu yang mendayu
Yang pastinya bukan milik kita sesen pun
Teguhkan iman teguhkan minda teguhkan hati
Kerna itu milik kita yang SATU

Wahai manusia ...
Tidak usahlah mengejarkan sesuatu yang tidak pasti
Lepaskanlah ia
Bebaskanlah ia
Lemparkanlah ia
Sejauh mana yang kau mampu hajatkan
Kami berdiri di sisi kau untuk membuka mata kau
Dari terus pergi bersama kenangan manusia itu!!

19 May 2012

.Sedap Tapi Biasa.

Assalamualaikum..

Ya..minggu minggu lalu keluar bersama Mr.S
Baru perasan sebenarnya kami berdua kerap keluar 1 kali sebulan
Hihii kami ingat kerap setiap minggu kami berjumpa...
Wah!!!!! Hihii itu pun Mr.S yang tegur Miss Meen

Mr.S : Kita nie nak jumpa bagailah payah..
Miss Meen : Haaa...payah? Napalak?..Okey jee..
Mr.S : Hahaa..0key erk? Sebulan sekali laa rupanya kita keluar sesama..
Miss Meen : ~Baru terpikiq sat~ Hahahaa...aah laa.. :P

Bagi Miss Meen baguslah kan :)
Keluar sebulan sekali... tak bosan sangat hehehe
Yummmyyy!!!!
Ramai orang kata Miss Meen akan bosan...
Oh!!! tidak bagi Miss Meen :)
Miss Meen akan keluar bila perlu je
Jika ada hal nak bincang..
Jika ada hal nak membeli belah
Jika ada hari-hari keraian

Sebab kami pernah berjumpa tanpa ada tujuan
Hasilnya kami bergaduh
Hihii..lucu kan!!!
Sebab masing masing penat k0t keje
Tapi Mr.S lagi penat..
Harus ulang alik ambil Miss Meen
Sebab Miss Meen mengada-ngada :)

Terima kasih Mr.S :)
Kerana belanja saya tempoh tempoh hari :)
Yummmyy!!!!

13 May 2012

.Kejinya Manusia Itu.

Assalamualaikum....


Maaf teramat sangat...Miss Meen memang tak dapat menyimpan rasa
Kekecewaan dan marah atas tajuk di atas
Kemarahan terhadap orang luar dengan orang dalam adalah dua perkara yang berbeza
Orang luar kita jarang bersua muka
Mungkin jika ada yang bersua muka mungkin anda teman serumah

Berlainan pula dengan orang dalam yang sememangnya darah keturunan kita
Kemarahan dan kekecewaan itu terjawab dari sudut yang terbahagi
Bukan sepanjang masa kita mampu memiliki hati yang baik sentiasa
Bukan setiap detik kita perlukan tabik hormat dan bersenda gurau
Sikap sikap sikap sikap manusia sentiasa berubah sehingga bertalam-talamnya

Perangai yang tidak sematang usia itu tidak seimbang dalam kerohanian mereka
Seperti kebudak-budakkan yang bodoh dan tiada nilai h0rmat mengh0rmati
Yang dimilikinya hanyalah sikap yang b0ngkak sengkek berlagak dan takbur
Oh Tuhan aku bermohon dariMu jauhilah keturunan yang seterus dariku
Memiliki sikap sikap yang seperti ini yang seakan melihat saudara sedarah dagingnya itu
Sebagai musuh abdi yang berepisod.

Keturunan yang bertalam-talam muka ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan
Keturunan yang berpura-pura baik dan menghisap kebaikan saudaranya tidak patut dimaafkan
Keturunan yang sentiasa memburuk burukkan orang lain sememangnya tidak patut dibanggakan
Keturunan yang mempunyai sikap asabiah yang tinggi tidak patut diberi penghormatan
Jauhilah aku dari keturunan yang jahil tetapi tidak mahu melakukan perubahan dalam hidup mereka ini



*Jika anda sudah berusia bukan bermakna setiap percakapan dan pemikiran anda itu menunjukkan anda matang dan dewasalah sangat tetapi sebenarnya anda busuk hati..terima kasih kerana memberikan kami madunya walhal engkau memikirkan yang engkau memberikan kami hempedunya..Miss Meen sayang mama Miss Meen..sebab hanya ada mama Miss Meen bertahan...kalau tidak..engkau bukan sesiapa pun!!! *

12 May 2012

.Terima Kasih.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah
Tiada perkataan yang dapat memberikan gambaran
Terhadap kesabaran Mr.S terhadap Miss Meen
Apabila Miss Meen keutarakan tentang hasrat
Menangguhkan perkahwinan
Mr.S terdiam..............
Diam mungkin berkecil hati :)
Maafkan Miss Meen...
Dalam diam Mr.S kata dia akan berbincang atau bersemuka dengan ayah
Cumanya Mr.S minta Miss Meen
Kemukakan jadual semester yang seterusnya
Huhuu...sungguh sabar betul :(
Rasa bersalah...Miss Meen kata Mama nak pergi Haji dulu
Mr.S lagilah diam dan kerap bertanya bila tarikh Mama berangkat?
Miss Meen jawab belum ditentukan lagi...
Huuhu..sekali lagi menguji kesabaran Mr.S..


* Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan bakal urusan kami..mungkin sesuatu itu terjadi ada kebaikannya..Jauhilah kami dari zina yang dilaknat Allah*

06 May 2012

.Rindu Zaman Itu.

Assalamualaikum

Saat apabila belek album lama
Menggamit hati dan perasaan
Lucu Rindu Sedih Senang Terkejut
Sayang Benci Meluat Bangga Tertarik
Pelbagai rasa dan perasaan ada :)

Miss Meen terasa kagum dengan sahabat Miss Meen
Yang masih erat berpegang dan berkawan sehingga kini
Yang sudah berkahwin pun masih contact bersama
Apatah lagi yang belum berumah dan tangga kan :)

Adakah Miss Meen cemburu?
Ya :) tetapi dari sudut yang positif ya
Miss Meen kadang-kadang tak mampu
Untuk bertahan seperti mereka
Miss Meen ini lebih kepada keluarga berbanding kepada rakan

Adakah Miss Meen manja?
Ya Miss Meen manja :)
Bukan tidak mahu lepak dan menghabiskan masa bersama teman
Adakalanya keadaan tidak mengizinkan
Adakalanya em0si berkacau baur :)

Adakah Miss Meen mempunyai sifat rendah diri yang kuat?
Ya :) MIss Meen selalu dan kerap
Membandingkan kebolehan orang lain di antara Miss Meen sendiri
Ada kalanya membuatkan diri ini
Segan ingin berdiri seiring
Walhal mereka semua itu tidak kisah
Tetapi hati dan perasaan itu sering membuatkan Miss Meen
Berjauh hati dan berhati-hati :)

Kepada sahabat Miss Meen di luar sana
Tahniah & Terima Kasih kerana anda semua
Mampu mempertahankan persahabatan yang lama & panjang :)

* Rindu sahabat lama Miss Meen * 

03 May 2012

.Emosi Manusia.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah :)
Apabila kita sering dilanda gundah dan gelana
Kita sering resah dan susah hati
Apabila kita gembira dan suka ria
Kita sering gelak dan ketawa hingga leka
Apabila kita sering diuji
Kita sering kali kalah dan menyalah

Manusia tetap manusia
Yang ada salah dan baiknya
Tidak salah manusia itu
Andaikata berkecil hati sesama mereka
Sebab hanya inilah satu satu caranya
Ingin menarik perhatian
Ingin mendidik hati
Ingin menjana minda

Tidak salah manusia itu
Andaikata mementingkan diri dari manusia lain
Sebab hanya inilah satu satu jalannya
Ingin mengenali diri
Ingin memahami rentak dan irama manusia lain
Ingin membuka ruang

Manusia tetap manusia
Yang sentiasa ada keluh dan resahnya
Yang selalu dekat dengan kerisauannya
Yang sentiasa megah dengan kesombongannya
Yang anjal kepada kealpaannya


*Andaikata ada kegusaran dan ketidakpastian dalam sesuatu perhubungan...bertanyalah..berkomunikasilah..berbincanglah..untuk menjana satu kata hati & akal yang mutlak*

01 May 2012

.Perkahwinan.

Assalamualaikum...
Bila diutarakan perihal sebegini apa reaksi anda?
Tentunya sebagai seorang wanita kita berasa seronok :)
Tapi berlainan dengan Miss Meen
Dalam keterujaan ada kesedihan dan sebak...

Perkahwinan itu sendiri sudah menampakkan keindahannya
Tetapi kita sebagai manusia biasa
Mampukah memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami
Mampukah kita sanggup susah dan senang bersama
Mampukah kita mendidik bakal zuriat dengan sempurna
Mampukah kita menjadi bidadari yang terbaik buat pasangan kita

Persoalan ini selalu bermain di pemikiran Miss Meen
Ya benar...bercinta terlalu lama tidak digalakkan
Kerana manusia itu sendiri punyai pendirian yang sentiasa berubah ubah :)
Jadi tidak salah andainya ada dalam kalangan kita yang pernah putus cinta
Ada di antara kita yang pernah putus tunang
Ada di antara kita yang pernah mengalami keruntuhan masjid yang lama dibina

Semua itu menjadikan kita tabah dan sedar dengan dugaan yang paling hebat
Dalam semua kejadian itu sebenarnya kita diberikan peluang untuk
Mengenali dan muhasabah diri masing-masing
Bukan saling salah menyalah..
Dia ada perempuan lain
Dia curang dengan lelaki lain..
Persoalan itu timbul dari amarah dan ia bukanlah satu tindakan yang bijak

Apabila kita terlalu cepat berkahwin dengan pasangan yang baru kita kenali
Masyarakat mula menguji dan memberikan tanggapan
Terdesak? Gatal? Dah puas hidup? pandai ke?
Tanggapan dari mereka ini seharusnya tidak perlu simpan di taman hati
Tetapi jadikan ia sebagai motivasi  :)
Bukan senang rupanya ingin mendirikan rumah rangga :)
Masyarakat sentiasa berkata-kata sehingga kita tertutup mata :)

*Masa kian berlalu..mampukah Miss Meen merentasi jalan yang seterusnya? Ya Tuhan permudahkan kehidupan kami dan perjalanan kami ke arahnya..Andaikata mengalami ketegangan jauhi kami dari sikap itu dan jauhi kami dari sikap sikap manusia yang sentiasa pentingkan diri..Sesungguhnya kami inginkan keserdahanaan bukan kebanggaan dan tatapan umum masyarakat...kabulkanlah kisah permintaan perjalanan  kami...*