Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

25 January 2014

.Pengalaman Part 3.

Khamis 23 Januari 2014

Perjalanan kami amat jauh dan berbeza
Sungguh berbeza dari mereka di Semenanjung
Selepas check out dari hotel King Park kami singgah menjamu selera di Ayam Penyet
Tepat jam 1200 tengahari kami bergerak dari Sandakan terus ke Simpangan Beluran

Perjalanan sungguh mencabar
Kena naik 4wheeldrive di sepanjang jalan
Kerana kenderaan inilah yang paling selamat dan tahan lasak
Perjalanan kami memakan masa dalam anggaran 6 jam....
Akhirnya kami tiba di tempat yang dijanjikan
Sungguh kami terkejut

Pengetua kata kampung ini baru sahaja lepas dilanda banjir
Tarikh banjir itu pada tarikh kami diorientasikan di Kuala Lumpur pada 20 Jan 2014
Barang kami telah diangkat oleh pelajar di sana
Perghh banyak sungguh barang kami
Bak kata JPN Sabah seperti tidak mahu pulang ke Semenanjung lagi
Hahaa...tersentap mak ko nyah...

Usai dari itu kami meniti jambatan goyang merentas padang berlumpur sehinggakan kami terpaksa tanggalkan kasut lagi tu takut terkena lumpur
Tibanya di tumah guru kami di sambut oleh Cikgu Rus
Dan kami berkongsi bilik bersama Cikgu Mas

Alhamdulillah rumah guru yang baru dibina pada tahun 2010 ini baik dan kemas
Selesa seperti rumah di Semenanjung walaupun kami di sini menggunakan elektrik genarator dan air hujan sebagai keperluan harian mengikut catuan yang ditentukan

Setelah usai mengemas keperluan diri yang patut kami berbual dan menemuramah cikgu ini tentang keadaaan di sana...
Waktu solat di sini juga awal 1 jam..
Kami cuba membiasakan diri...
Tepat jam 1200 tengah malam eletrik genator kami terpadam dgn automatiknya
Kami tidur sebelum jam 1200...dalam anggaran jam 1000 malam mungkin..

Note: Miss Meen menangis ketika menelefon suami...Miss Meen rindu huhuuu

.Pengalaman Part 4.

25 Januari Sabtu

Hari ini adalah hari sekolah ganti bagi cuti CNY
Pihak sekolah sebulat suara melaksanakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah
Pelbagai ragam dan aktiviti yang kami lihat tadi
Sebagai guru baru walaupun pernah berkhidmat lain kawasannya lain caranya

Kami berdua telah ditugaskan di bahagian bantuan kecemasan pelajar tetapi kami juga tergapai gapai
Sebab apa...hehee jauh tuh nak jadi excort kecemasan kami tidak tahu memandu 4wd
Hehehe dasyat kan kami hehe mencabar betul merentas desa sekolah kami.

Selepas tamat merentas desa..penyampaian hadiah pula dan pengumuman rumah terbaik dan terbanyak mengutip markah
Selepas itu diadakan jamuan guru..
So makan freee lagi kami..
Kami berdua siap tapau lagi bawa ke rumah
Atas sebab kami belum ada bahan masak memasak
Alhamdulilah semua urusan dan guru di sini baik baik belaka
Dan urusan pun tamat pada waktu yang dijanjikan hehee baguss!!!!

Kami balik mandi membasuh baju dan tidur
Kepenatan mungkin hehee


Note: Miss Meen tunjukkan gambar pada suami aktiviti sekolah dan menelefon mama Miss Meen

23 January 2014

.Pengalaman Part 2.

Alhamdulillah semalam 22 Jan 2014
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Sandakan pada jam 130 petang
Syukur yang teramat sangat
Kami bertemu PPD Beluran En.Airudin di sana
Dan di sana juga Pengetua kami datang menjemput kami
Di sana pelbagai andaian dan gambaran diberikan oleh mereka
Debaran di hati mula terasa
Takut usah dipersoalkan semestinya..
Beruntung diri Miss Meen kerana mempunyai sahabat susah dan senang bersama.. Kak Azizah a.k.a Kak Zie

Setelah itu pengetua membawa kami meronda Bandar Sandakan
Sungguh sungguh bandar itu luas dari Semenanjung
Dan boleh dikatakan juga Sandakan ini penuh dengan pelbagai bandar
Pendek kata maju seiring dengan negeri negeri pelancongan...
Udara semulajadi...sejuk..nyaman..selesa
Alhamdulillah...

Selepas itu pengetua kami membawa kami berteduh di King Hotel Sandakan
Katanya sudah lewat untuk ke Simpangan
Takut gelap nanti...
Akhirnya kami akan pergi ke sekolah esok pada 23 Jan 2014, Khamis pada jam 730 inshallah
Pengetua kami kata..kami akan pergi ke sekolah itu dengan b0t
Kerisauan pada diri kami menjelma
Bolehkah beg galas..beg hiking kami menampung dalam perjalanan...

Apa apa pun Pengetua kata...
Boleh boleh dan boleh
Hehe sungguh kami risau okey..
Usai dari itu Pengetua pulang ke rumahnya
Kami juga merehatkan diri
Sebabnya kami bangun seawal jam 430 pagi
Untuk ke KLIA hehee

Pada sebelah petang nak ke senja
Kak Zie bertemu dengan Kak Zura sahabatnya di Sandakan semasa di UUM
Berborak sakanlah mereka
Dan kami makan roti canai di kedai berdekatan dengan GIANT pada jam 430 petang..
Alhamdulillah....kenyang sebentar
Sebab di penerbangan itu Miss Meen makan nasi lemak sotong jam 1130 pagi

Pada sebelah malamnya pula
Kami makan bekalan yang disediakan oleh ibu Miss Meen
Rendang dan nasi impit
Pedasnyalah rendangnya ibu hehee
Usai makan kami berehat
Dan terus menanti hari esoknya...
Dengan penuh debaran dan persoalan..

Note: Hati ini mula rindukan Suami...

21 January 2014

.Perkenalan Diri.

Saat ini pelbagai motivasi diberikan kepada kami...
Mengenali diri dan juga masyarakat di sana
Suatu keperluan untuk meneruskan kehidupan
Taburan Suku Kaum bagu
Sandakan..Beluran..Telupid:
Adalah Suluk, Sungai, China, Kadazandusun...

Miss Meen mengetahui ini semasa diberikan taklimat oleh :
En.Madaile Hj Basri
JPN Sabah
Semasa perkongsian beliau..
Beliau trlah menyediakan sebuah lagu bertajuk WARISAN yang dinyanyikan oleh Sudirman
Sungguh sungguh lagu ini sungguh menghayat hati Miss Meen...

Percaya atau tidak Miss Meen menangis tatkala menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat...
Sila google lirik lagu itu bah..
Setelah diberikan surat penempatan
Kami telah diberikan taklimat
Tentang jadual perjalanan ke KLIA
Miss Meen akan berkumpul pada jam530pagi
Bas akan bergerak dalam jam630pagi
Manakala flight kami pada jam 1030pagi

Inilah kali pertama kaki ini menjejakkan di bumi Borneo
Terima kasih Allah kerana mengizinkan diri ini berhijrah
Semoga penghijrahan ini membawa seribu satu rasa kesyukuran dan keinsafan
Berjauhan dengan suami inshallah akan menerbitkan seribu satu rasa kecintaan dan kebahagiaan selalu

Tetima kasih sayang kerana redha atas penghijrahan ini
Nanti marilah ke Sabah terutama di SMK Simpangan ya
Kita berkenalan dengan mereka di sana...

Note: Terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat..kawan..cinta..kekasih..sifu..pengubat duka..penjaga..iaitu Suamiku tercinta��������

.Pengalaman Part 1.

Alhamdulillah
Miss Meen sudah tiba di Pearl International Hotel di Jln Kelang Lama...
Dari 20 Jan sehingga 22 Jan 2014..
Inilah perjalanan kami sebelum di hantar ke sekolah di Sabah mahupun Sarawak..
Kami mendengar motivasi..taklimat guru dsb sebagai peringatan dan persediaan kami...
Tanggal 20 Jan 2014 ini kami menerima tawaran penuh untuk berkhidmat di Sabah mahupun Sarawak..
Selesai check in dan mendengar taklimat
Pada sebelah malamnya kami diberikan rehat dan lapangan peribadi sendiri
Thank you so much...

Dan malam itu Miss Meen menemani Suami Mr.S makan malam
Kasihan dia lewat makan
Beliau ajak pergi Uptown Cheras tapi Miss Meen letih sebab otak dan telinga asyik mendengar dan melihat
Jadi Miss Meen ambil keputusan untuk tidak pergi selepas makan malam bersama di Taman OUG
Suami pergi bersama adik lelakinya Iwan dan seorang kenalannya Khairol semasa sekolah menengah...

Dan hari ini bermula episod satu satu nya
Hari Miss Meen yang jauh berbeza dari semua orang...

Welcome us...Treat us...Love us...
For being I am...

19 January 2014

.Maaf.

Saya Aminatulhuda Sulaiman ingin menyusun 10 jari meminta keampunan dari semua sepanjang perkenalan kita bersama...salah silap terlepas kata..kecik hati terbesaq hati...harap dimaafkan..sesungguhnya saya manusia biasa yang sentiasa memerlukan teguran dan kasih sayang...Maafkan saya.. yea...

18 January 2014

.SMK Simpangan Beluran Sabah.


Alhamdulillah...
Walaupun kerisauan melanda...
Hati ini terima dengan redha...
Tidak pernah mengambil tahu perihal daerah ini...
Kini tibalah masanya diri ini mencari dan terus mencari...
Inshallah diri ini akan serasa selesa pabila tiba di sana...
Mudah mudahan masyarakat di sana turut mengalu alu kan kedatangan kami...
Tanggal 22 Jan 2014 kami berlepas ke sana...

Kepada mama mama ku...
Usah risau anakmu menimba ilmu dan pengalaman di sana...

Kepada suamiku yang tercinta..
Terima kasih kerana redha atas pemilihan penempatan yang diagihkan...
Pemergiaan isterimu ini hanyalah sementara...
Doakan isterimu sentiasa dilindungi dan dibantui sentiasa...
Sayang love you!!!

P/s: Org kata Beluran terkenal dengan makanan laut...w000ow bestkan...Selamat Datang Amina...

14 January 2014

.Sabah Tunggu Aku Datang.

Yup...tatkala sedang beristirehat bersama Mr.S a.k.a suami abadiku inshallah...
Diri ini dikejutkan oleh deringan bertalu talu dari group whatsapp ku...
Wah khabar berita yang ditunggu telah tiba..
Pelbagai komen dan rasa di dalam whatsapp kumpulanku...
Diri ini memulakan semakan...
Akhirnya...jeng jeng jeng...
Mulut seorang ibu begitu masin untuk berkata kata..
Air muka suami ku berubah dan terus berubah..
Diri ini terketar kaku..samar samar..gundah..tetapi tenang..
Perasaan sedih menerpa bertalu talu...
Kumpulan whatsapp ku seolah olah memberikan kata semangat buatku...
Allah telah membekalkan teman teman yang diri ini selesa untuk bersama sama...
Terima kasih Ya Allah..bantulah diri ini menjadi seorang yang tabah dan berani inshallah....

Kepada Sang Suami..
Sayang abang sangat sangat huhu

13 Januari 2014
Penempatan yang tertanya tanya akhirnya terbongkar jua...

13 January 2014

.Salam Maulidur Rasul 2014.


Salam Maulidur Rasul 2014....
Salam Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w...
12 Rabiulawal Tahun Gajah...
Semoga Baginda berbahagia di sana..
Mari berselawat semuanya

14 Januari 2014
8.03 malam

11 January 2014

.Seronok.


Seronok melihat mereka memiliki dan dimiliki...
Seronok melihat mereka berkongsi dan sanggup dikongsi...
Seronok melihat mereka saling tabah antara satu samanya...
Seronok melihat mereka sentiasa ada untuknya...
Seronok melihat mereka ketawa riang di selang gurau dan senda...
Seronok melihat mereka kebahagian yang nyata bahagia...

Tak seronok melihat manusia yang sentiasa menyibuk dan sibuk dengan yang lain...
Tak seronok melihat manusia yang sentiasa mempertikaian yang ada dan tiada...
Tak seronok melihat manusia yang sentiasa bangga apa yang ada dan sentiasa ada...
Aihhhhh....

P/S: Moga hati ini sentiasa seronok dalam menangani hati manusia itu dan ini....

07 January 2014

.Ibu Tiri.

Hari ini dikejutkan dengan berita..
Ibu tiri memasukkan cili ke dalam kemaluan anak..

Nak tahu apa reaksi Miss Meen:
*Ohooiii hai..tak pernah beranak ke ibu tiri ni
*Macam ibu tiri ini tiada benda itu pula..
*Hati apalah si ibu tiri ni..tak da perasaan..

Oh inilah reaksi Miss Meen..tetapi sebenarnya lagi loghat Miss Meen cakap..
Miss Meen tahu dia hanya ibu tiri..
Pelbagai kemungkinan juga Miss Meen fikir..
Mungkin sebabkan dia tidak berkerja dan hidup sebagai suri rumah tangga lah dia sanggup berbuat demikian..
Si suami kerja sedangkan si isteri dijadikan hamba mengurus anak dan ibunya..
Si isteri tidak ikhlas dalam menjadi isteri dan ibu kepada anak anak tirinya..
Si isteri terlalu penat menguruskan kerenah si anak..ibu mertua dan si suami..
Inilah di antara yang Miss Meen agakkannya..

Tetapi....
Perbuatan ibu tiri ini tak terfikir dek akal fikiran Miss Meen...
Sedih oh!!!
Miss Meen berharap sangat ibu tiri ini dimasukkan ke hospital mental..
Mungkin dia perlukan terapi tangani stress..

Oh tidak tidak...
Apalah yang difikirkan oleh si ibu tiri ini..
Budak budak membesar tentulah ada perangainya tertentu...
Bukan senang hendak memiliki anak dan mendidiknya...

05 January 2014

.Jualan Baju Murah.

Baju kebaya..
Size: L
Material: Kain songket biasa
Harga: Combo RM15.00
           Single RM 8.00
Postage: RM 7.00
Baju ini dijual dalam kategori 'secondhand'
Baju ini pernah digunapakaikan hanya sekali..
Disebabkan tuan empunya diri berat badannya yang cepat meningkat..
Material yang lain masih dalam keadaan baik..
Seandainya berminat....
Anda boleh menghubungi Shaza di ...
Instagram : lets_stalk
Whatsapp : 0173197013
Emai : shaza_sulaiman@yahoo.com.my

04 January 2014

.Kisah Tertawan Di Hati.


Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Ku Cinta Kau Seorang
Arianna Rose vs The Weeding Breaker
Projek Memikat Suami
Suamiku, Encik Perfect 10
Kalimah Jiwa
Suamiku Ustaz
*Semua ini adalah antara novel..drama..tele filem..filem yang Miss Meen suka tengok..*
*Walaupun kebanyakkan novel ini Miss Meen baca secara online di penulisan2u.com tapi Miss Meen dapat mengagak jalan ceritanya*
*Inshallah ada masa tenaga dan wang ringgit Miss Meen akan memiliki semuanya*
*Terima kasih mengembalikan minat Miss Meen sebagai pembaca novel walaupun secara online*

03 January 2014

.Kasih Sayang.

Tatkala Miss Meen melayari Facebook..
Tertatap satu status rakan di Facebook..
Sayu..
Sedih...
Seronok...
Meremang bulu roma...
Al kisahnya insan ini menceritakan detik terakhir bersama ayahandanya...
Sedih Miss Meen rasa....
Kasih sayang anak kepada ayahandanya...
Kasih sayang ayahandanya kepada anaknya..
Ya Allah...
Sungguh Miss Meen cemburu dan gembira..
Ketabahan keluarga insan ini...
Membuatkan Miss Meen merasakan diri ini perlu mempelajari darinya..
Indah insan itu berkata kata perihal ayahandanya...
Sungguh Miss Meen terharu dan sedih...
Tanggal 31 Ogos...
Pemergian ayahandanya..
Semoga roh arwah berada dalam ketenangan dan keredhaan Ilahi..
Ameeenn......

02 January 2014

.Bukan Kerana Aku Tak Cinta.


Adohaiii...
Miss Meen sudah addicted dengan ini drama..
Sampaikan niat di hati ingin membeli novel sekali...
Tolong.....
I'm not supposed to be like this again..
I'm married okey!
Haha..baca novel ibarat tak kerja melampau..
Please please..
Lakonan drama mereka ini sesuai sangat..terlalu kena dengan intonasi dan gaya sekali...
Please keep it up guys.
Love..Love..Love..My Hubby..

01 January 2014

.Perjalanan Tahun Baru.


Alhamdulillah...
Pemergian tahun 2013..
Banyak menjadikan Miss Meen..
Seorang yang...tabah...
Periang...
Sedih...
Takut...
Matang...
Bergantungan...
Sambutan..
Kehilangan...
Kerisauan...
Dan sebagainya...
Thank you Allah for all support and motivation...
Thank you Allah kerana meminjamkan kegembiraan sementara buatku...
Walaupun seketika tetapi diri ini bersyukur dan redha...

Alhamdulillah...
Kedatangan tahun 2014...
Miss Meen menyambutnya dengan 1001 harapan...
Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan dan impian...
Apa yang penting...
Berikanlah kami ketabahan dalam setiap rentak kehidupan kami...
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kami...
We love ourselve...
Inshallah
Inshallah
Inshallah
Perkara yang baik akan selalu mewarni tahun 2014 ini...
Amiiiinnn....