Khamis 23 Januari 2014
Perjalanan kami amat jauh dan berbeza
Sungguh berbeza dari mereka di Semenanjung
Selepas check out dari hotel King Park kami singgah menjamu selera di Ayam Penyet
Tepat jam 1200 tengahari kami bergerak dari Sandakan terus ke Simpangan Beluran
Perjalanan sungguh mencabar
Kena naik 4wheeldrive di sepanjang jalan
Kerana kenderaan inilah yang paling selamat dan tahan lasak
Perjalanan kami memakan masa dalam anggaran 6 jam....
Akhirnya kami tiba di tempat yang dijanjikan
Sungguh kami terkejut
Pengetua kata kampung ini baru sahaja lepas dilanda banjir
Tarikh banjir itu pada tarikh kami diorientasikan di Kuala Lumpur pada 20 Jan 2014
Barang kami telah diangkat oleh pelajar di sana
Perghh banyak sungguh barang kami
Bak kata JPN Sabah seperti tidak mahu pulang ke Semenanjung lagi
Hahaa...tersentap mak ko nyah...
Usai dari itu kami meniti jambatan goyang merentas padang berlumpur sehinggakan kami terpaksa tanggalkan kasut lagi tu takut terkena lumpur
Tibanya di tumah guru kami di sambut oleh Cikgu Rus
Dan kami berkongsi bilik bersama Cikgu Mas
Alhamdulillah rumah guru yang baru dibina pada tahun 2010 ini baik dan kemas
Selesa seperti rumah di Semenanjung walaupun kami di sini menggunakan elektrik genarator dan air hujan sebagai keperluan harian mengikut catuan yang ditentukan
Setelah usai mengemas keperluan diri yang patut kami berbual dan menemuramah cikgu ini tentang keadaaan di sana...
Waktu solat di sini juga awal 1 jam..
Kami cuba membiasakan diri...
Tepat jam 1200 tengah malam eletrik genator kami terpadam dgn automatiknya
Kami tidur sebelum jam 1200...dalam anggaran jam 1000 malam mungkin..
Note: Miss Meen menangis ketika menelefon suami...Miss Meen rindu huhuuu
0 Merepek:
Post a Comment