Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

14 November 2014

Layakkah Kita

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini jahat dan kejam

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini hina dan keji

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini tidak berhati perut

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini berkira-kira

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini suka menunjuk nunjuk

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini suka mencelah

Tidak mengapalah
Orang itu buat kamu
Nampak kamu ini suka mengarah

Pesanan: Janganlah mengungkit dan terus mengungkit kenapa orang itu tidak menghulurkan bantuan atau ringan tulang..
Buatlah dengan hati yang ikhlas bukan rasa serba salah dan terpaksa....
Sekian terima kasih!!!!!!!!!

0 Merepek: