Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

08 August 2014

Rintihan Mama

Sayu hati ini
Berderai air mata ini
Mendengar kisah ibu tua ini
Sungguh hati ini tidak tabah
Sungguh hati ini dikecam
Sungguh hati ini sayu

Mama...
Pertama kali melihat air matamu bergenang
Saat dirimu melepaskan
Kami dua anakmu
Pergi berjuang di muka bumi Borneo...
Sabah Sarawak...
Sepi akan pemergian dua anakmu ini
Sesepi tiada hari esok buatmu
Akan tetapi..
Hari ini Ku melihatnya dari jauh..
Sungguh tabah hatimu Wahai Mama...

Mama...
Kehadiran dua anakmu yang lain
Memberikan seribu satu kegusaran dan kerisauan buatmu
Hati ini memahami akan susahmu
Tiada tempat mengadu
Tiada tempat bercerita
Tiada tempat bermanja
Tiada tempat berkongsi rasa

Mama...
Tiada salah dalam didikanmu
Salahnya kami
Yang sentiasa alpa dan leka
Akan hal ehwal duniawi
Yang sentiasa merasakan keseronokan
Akan hal ehwal bercinta
Yang sentiasa merasakan kuasa wang
Akan segala galanya

Mama....
Maaafkan kami
Seandainya kami sentiasa membuatkan
Hatimu tersentap
Hatimu kerisauan
Hatimu terkesima
Hatimu sedih
Hatimu kegusaran
Maaafkan kami

Mama...
Engkau adalah hadiah teristimewa buat kami
Terima kasih melahirkan kami
Terima kasih melengkapkan keperluan kami
Terima kasih menjaga kami seadanya
Terima kasih kerana tidak membiarkan kami seperti duniamu dahulu...

Mama...
Maaafkan kami
Mengasari
Hari hari mu
Mengasari
Hati jiwa mu
Mengasari
Minda akal mu

Maaafkaaan kami.......

05 August 2014

Cuti Sekolah September

Miss Meen tak sabar
Menanti cuti persekolahan
Penggal Dua ini di bulan September
Miss Meen tak sabar untuk memasak
Terung Stik untuk suami Miss Meen
Inshallah permudahkan segala perancangan kami Ya Allah...

13hb September hingga 20hb September 2014
Adalah tempoh yang paling singkat untuk kami bersama...
Tetapi terima kasih Allah memberikan kami kesempatan yang ada...
Sentiasa memberikan kami rezeki dan tidak putus rezeki...

Doakan kami selamat berjumpa yaa...
Amiiiinnnnn....

P/S: Setelkan Soalan Percubaan Dulu baru balik dengan senang hati...

Sabtu 2 Ogos 2014

Alhamdulillah
Sayangnya
Tidak berkesempatan
Postkan gambar menu ini
Labu Air Masak Lemak Kuning

Alhamdulillah sempat memasak
Menu terakhir buat Suami Tersayang a.k.a Mr.S
Menu ini adalah ciptaan Kak Rus
Guru di sekolah Miss Meen
Jauh nun di Sabah...Smk Simpangan...
So Miss Meen belajar la buat...
Alhamdulillah tercapai...

Suami Tersayang a.k.a Mr.S amat menyukainya
Lebih lebih lagi Miss Meen
Meletakkan bawang goreng
Pada akhir masakan...
Teruja tengok Suami Tersayang a.k.a Mr.S
Makan dengan penuh semangat...
Alhamdulillah....
Tq Allah for giving this moments....

Aidilfitri Ke 4

Alhamdulillah
Selesai menziarahi keluarga sebelah suami di Pasir Gudang Johor
Hari ini selepas menziarahi sahabat di Kampung Bangkahulu Gemas
Kami berdua pergi ke Mydin Jasin
Membeli segala barang keperluan
Untuk Miss Meen memasak buat Suami Tersayang

Alhamdulillah
Akhirnya Miss Meen berjaya
Alhamdulillah walaupun hangus skit
Tetapi yang penting rasa itu ada hehe
Roti Daging Cheese a.k.a lagsana
Alhamdulillah
Suami Tersayang a.k.a Mr.S amat menyukainya...
Thank you so much sayang...

Aidilfitri 1435H

Aidilfitri sebagai suami dan isteri
Untuk yang kedua kalinya
Seminggu bersama
Membuatkan seribu satu rasa
Gembira Sedih Gusar
Kalut Takut Marah
Kecil Hati Rindu Sayang
Semuanya dapat dirasai
Dalam seribu satu rasa bahagia

Alhamdulillah
Kini hampir Setahun perkahwinan kami
Semoga diberikan keberkatan
Kematangan Kesabaran Ketenangan
Kesenangan Keredhaan Kesungguhan
Dalam melayari bahtera ini

Walaupun jauh
Hati ini tetap berdoa untuk bersama
Moga Allah tetapkan kami untuk bersama
Sedih rasa hati ini
Tetapi inilah pengorbanan...