Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

05 January 2013

.Still Bleesed On Lips.

Mulut puaka yang selalu berbunyi seperti ini:

"Dahla kau kahwin guna duit mak bapak kau"
"Tak reti bahasa nak guna duit kau ke"
"Bakal laki kau tu kerja apa je..bukan banyak duit pun"
"Bakal laki kau tuh macam baik la konon"
"Euwwww..nikah dengan budak budak"
"Dahlah perabot bilik pengantin mak bapak kau support"
"Kerja kau menghabiskan duit mak bapak kau je kan?"
"Tahu nak kawin tapi tak nak kumpul duit"
"Eeeeee...kau minta duit kat bakal laki kau..laki kau tuh ada duit ke?"
"Eeeee..ingat bagus sangatlaa bakal laki kau tuh?"

Alangkah malang yang teramat sangat
Seandainya mulut puaka ini datang dari darah daging kita
Pedas kan? Sememangnya 
Lebih rela orang luar orang yang tiada kaitan mengungkapkannya
Setiap malam dan setiap detik kata kata itu
Menyusup sayu dalam hati dan telinga
Sungguh aku terasa hati...
Dia tahu ke apa yang aku buat?
Dia tahu ke apa yang aku rasa?
Dia tuh Tuhan ke nak nilai semua perkara?
Dia tahu ke yang dia dah cukup amal?
Dia tahu ke yang kononnya dia cukup sempurna?
Dia tuh siapa?
Hanya manusia biasa menunggu ajal dan maut sahaja

Adakalanya berfikir juga..
Mereka semua berpelajaran tinggi
Tapi sayangnya akal cetek dangkal hingus bangkai
Cubalah panjangkan akal dan minda
Bukan hanya menerima dan menerima dan menerima
Seperti anjing dihidukan bangkai tulang...

Sesungguhnya aku berdoa setiap keluh kesah aku
Setiap detik dan saat aku terasa hati dengan engkau manusia
Apa yang aku rasa hari ini
Suatu masa juga engkau akan merasakan!
Bukan niat untuk balas dendam atau apa
Jika suatu kejadian itu mampu mengubah engkau 
Untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam
Untuk menjadi manusia yang lebih peka tentang hati dan perasaan manusia lain
Untuk menjadi manusia yang tidak sombong dan angkuh
Untuk menjadi manusia yang rendah nilai hati budinya
AKU REDHA!!!!!



4 Merepek:

Bilah Izzah said...

Ya Allah Meen..
Teruknya ayat2 yang Meen dapat..
T_T
May pun tak tahu nak cakap mcm mana..
Cuma mampu mendoakan Meen tabah hadapi semua kata-kata ni..
Doa banyak-banyak Meen..
moga Allah buka pintu rezeki Meen lebih luas..
Dan bantu mereka yang memerlukan supaya hidup Meen akan senang nanti..
Allah bless U, dear..fighting!

Bilah Izzah said...

Ya Allah Meen..
Teruknya ayat2 yang Meen dapat..
T_T
May pun tak tahu nak cakap mcm mana..
Cuma mampu mendoakan Meen tabah hadapi semua kata-kata ni..
Doa banyak-banyak Meen..
moga Allah buka pintu rezeki Meen lebih luas..
Dan bantu mereka yang memerlukan supaya hidup Meen akan senang nanti..
Allah bless U, dear..fighting!

Miss Meen said...

May Yahya : Huhuuu..insya allah..huhu tgh tabahkan hati ini..tapi bagus gak bila ada org kutuk mcm tuh baru ada semnagat nak berubah menjadi lebih baik kan :) huhuhu REDHA je hati ini..mulut org bukan mcm mulut tempayan..huhuhu

Liya Saleha said...

ala xyah dgr cakap org,mulut org mana boleh tutup esok2 dah penat diam la tu..