Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

27 January 2015

Simple Things

Jangan cuba merungut...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba berlakon tidak berupaya...
Seandainyaa kita belum mencuba sehabis baik...

Jangan cuba meraih simpati...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba memberikan rasuah...
Seandainya kita belum mencuba sehabis baik..

Jangan cuba menjadikan diri sendiri
Lemah tanpa fungsi
Lemah di mata manusia..

Note: Mode menyampah tengok org mengada ngada

26 January 2015

Sejenak

La Tahzan
Innalllah Ha Maana

Selalu Miss Meen jadikan
Video Dr.Asri ini sebagai
Pengubat semangat
Penguat semangat
Pencari semangat
Yang hilang

Im speechless
Im sad
Im nothing
Im impossible
Im no one
Im nobody
Im is me...

20 January 2015

Setahun Berlalu

Alhamdulillah...
Almost 1 years....
20 Januari 2014 hingga 20 Januari 2015....
Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah...
Di saat Engkau kurniakan..
Kegembiraan..
Engkau selitkan kedukaan...
Di saat Engkau kurniakan..
Kesenangan...
Engkau selitkan kesulitan...
Di saat Engkau kurniakan..
Kedamaian...
Engkau selitkan kecemasan...

Terima kasih Ya Allah...
Pelbagai peristiwa ini...
Membuatkan aku lebih yakin dan
Lebih memperingati Mu ...

Ya Allah...
Kurniakanlah keikhlasan hati dan ketabahan..
Dalam mendidik...
Dalam melaksanakan amanah...
Dalam menuntut ilmu...
Dalam mengajar erti hidup...

Ya Allah...
Jadikanlah kami...
Orang orang kami untuk lebih
Berusaha...
Bertawakal...
Bekerjasama...
Bersatu hati...
Dalam apa jua halangan dan kejayaan...

Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan

18 January 2015

Gelaranku

Bila memohon EGtukar
Ramai dalam kalangan kami adalah GSTT
Memang kami sebut sanggup di tempatkan di mana mana untuk berkhidmat
Begitu juga dgn calon yang bukan GSTT kan...

Kesal bila pegawai tu bercakap begitu
Kata calon GSTT tidak bersyukur dengan apa yang diberi....
Bayangkan dengan kehadiran kami ini
Pelbagai suasana dapat diterokai tau
Ada yg 10 kali mohon tak dapat pindah
Ada yang sekali mohon terus dapat pindah

Kan ajaib tu
Setiap ketentuan yang diberikan oleh Allah pasti ada sebabnya...
Mungkin di mata mereka kami ni mentusahkan mereka
Tetapi adakah mereka sedar...

Mungkin sesuatu yg buruk itu baik untuk kita
Mungkin sesuatu yg baik itu buruk untuk kita

Tolonglah perjelasan apa yang berlaku..
Janganlah cakap main cakap seperti orang hilang akal..
Sedih bila dengar cerita ini..
Rasanya nak pergi je tgk pegawai tu...
Apa jenis hati manusia..
Kalau tak nak berhenti tak payah jadi PR yang kononnya terbaik...

Sekian!!!!

Semangat Yang Hilang

Semangatku hilang di sini
SMKS

Semangatku berbolak di sini
SMKS

Semangatku kelam tanpa terang di sini
SMKS

Semangatku hilang bersenjata di sini
SMKS

Semangatku lemah setiap kala di sini
SMKS

Semangatku sendu berlagu sayu di sini
SMKS

Semangatku bukan aku di sini
SMKS

Semangatku hanya debu lakonan di sini
SMKS

Semangatku ibarat debu abu berterbangan
Tanpa haluan yang terancang
SMKS