Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

10 December 2011

ll Ombak Rindu ll


Assalamualaikum Semua

Ya..Mesti semua orang sudah selesai menonton Ombak Rindu
Miss Meen baru hari ini...
Ombak Rindu ini adalah satu satu novel yang Miss Meen membacanya berulangkali
Pernah hilang dahulu..Miss Meen mencarinya lagi di kedai...
Suka dengan watak Izzah yang tabah :)
Upsss...sebenarnya Miss Meen dah melanggar perjanjian nie
Seharusnya dalam bl0g ini sudah tiada review sinopsis tentang m0vies yang Miss Meen sudah tengok
Tetapi Ombak Rindu memaksa Miss Meen melakarnya kembali (:

Apa yang Miss Meen nak katakan :
Pertama:
Lokasi set ini sungguh lawa dan menarik...
Dengan gunung ganang dan sawah padi memang cantik...

Kedua: 
Miss Meen dapat menerima kenyataan yang sebenarnya Aaron Aziz bukanlah seorang yang romantis dan manja...
Bila dia melakonkan watak babak romantis tu nampak seperti tidak selesa...
Bila dia melakonkan watak sebagai seorang pemarah dan pembengis terhadap Izzah memang hidup
Can't wait f0r KL Gangster 2 (:

Ketiga:
Miss Meen amat lucu & berminat dengan aksi Lisa Surihani...
Nampaknya semakin meningkat...maju :)
Yang pasti dia sesuai dengan watak kasar & moden ini...
Good Job Darl...

Keempat:
Oh Maya Karin Maya Karin...Miss Meen suka lagi watak dia dalam Anak Halal
Totally sesuai dengan dia...santai & sempoi...
Cuma watak Izzah ini kurang sesuai dengan Maya...
Watak Izzah ini terlalu rumit & terperinci...
Apa-apa pun Maya Karin next time naik kan nama dengan watak yang kita selesa dulu
Barulah kita mencuba watak yang orang bagi
Sebagai contoh Faizal Hussien :) terkenal dgn watak kasar je

Kesimpulannya:
Miss Meen so so jee cerita ini..sebab mereka tertinggal babak yang Miss Meen suka...Hariz demam Izzah jagakan..Izzah demam Hariz jagakan...Waktu Hariz belasah Izzah...Waktu Hariz teringatkan Izzah...
Dan banyak lagi... Lebih manis jika Ombak Rindu ini dijadikan drama...Seperti Trilogi Cinta...Gemersik Kalbu..Bicara Hati.. :) Walau apa pun....ini adalah cubaan yang terbaik buat Maya Karin...



* Manusia sememangnya mudah mempercayai orang lain berbanding dengan orang yang terdekat dalam hatinya*

0 Merepek: