Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

23 March 2013

.Pakaian Bukan Ukurannya.

Assalamualaikum..
Ramai orang sangka pakaian yang sopan
Memiliki hati yang baik dan suci
Perlakuan yang sopan dan santun
Memiliki hati yang bersih dan tenang

Ya....Miss Meen mengakuinya
Tetapi bukan semua yang sebegitu
Kesilapan orang kita masa kini
Mempunyai satu perasaan bongkak dan sombong

Mentang-mentanglah anda bertudung litup lagi labuh
Anda mengeji manusia lain yang kurang kain pada badannya
Beringatlah ukurannya bukan pada pakaian
Tidak semestinya anda bertudung litup lagi labuh
Confrim dijanjikan syurga bagi anda
Anda lupa anda lupa tugasan anda baru bermula
Kepada manusia yang alpha dalam menutup auratnya

Jadi janganlah sombong dan suka menghina 
Manusia lain tanpa sebarang alasan yang kukuh
Ingatlah kita ini datang dari setitik air mani dan darah
Asal usul kita sama...cuma corak pilihan kita berlainan

Perempuan bertudng litup labuh lagi berpurdah
Anda telah membuka satu persepsi negatif dari Miss Meen
Permainan kotor anda..ditutupi dengan aktiviti mulia anda
Oh! Dunia ini kejam sebagaimana manusia yang menghuninya
Manusia semua sama....
p/s: Renung matanya cukup untuk mengetahui manusia itu jujur atau tidak... 

0 Merepek: