Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

27 March 2013

.Pilihan.

Kita manusia biasa yang sentiasa diberikan pilihan
Kita sentiasa dikelilingi dengan pilihan
Yang mana pilihan ini 
Datang dari pelbagai sudut yang berbeza
Ditemani pelbagai ranjau yang berlainan aura

Akhirnya pilihan yang terakhir
Adalah dari kita
Ketetapan kita dalam menetapkan sesuatu
Kesesuaian kita dalam menyesuaikan sesuatu
Keselesaan kita dalam menyelesakan sesuatu
Keyakinan kita dalam menyakinkan sesuatu
Semuanya adalah dari kita
Dan ditentukan dan direstui oleh-Nya

Allah sentiasa memberikan kita pilihan dan peluang
Banyak dan terlalu banyak
Cuma kita manusia biasa yang selalu alpha dan bongkak
Dalam menilai sesuatu
Dalam mengejar sesuatu
Dalam memiliki sesuatu
Tiada satu perkataan SABAR YAKIN RESTU
Muncul di saat kita gelojoh membuat pilihan
Renung renungkan...Salam Beamal :)

0 Merepek: