Wah...hampir seminggu yang lalu
Ingatkan tv yang ada masalah rupa rupanya masalah dari ASTRO
Yelah mana tak nya gambar kejap ada kejap gelap kejap senyap
Bak kata orang seperti kita sedang melihat CD rosak
Pernahkan tgk cetak rompak punya
Hehehe....
Semalam tanggal 22 Nov 2013
Miss Meen telefonlah line bebas tol ASTRO
Pilih punya pilih nombor yang dia suruh
Miss Meen bercakap dengan Pegawai ASTRO di sana
Masa Miss Meen telefon tu dalam jam 930 malam
Nasib si gadis itu cepat angkat telefon...
Mendengarkan penerangan si gadis
Miss Meen menyuruh adik Miss Meen godek godek dekoder ASTRO
Akhirnya hampa..lepas tu dia kata nak buat laporan terus ke
Miss Meen kata oklah then dia bagi lah
No.laporan kerosakaan : 1316829925
Dia kata dalam tempoh 48 jam ini akan ada juru teknik yang datang
Alhamdulillah
Dalam jam 1130pagi hari ini Miss Meen dapat panggilan telefon
Juru teknik itu datang dah dia pula yang godek-godek ASTRO
Akhirnya masalah utamanya adalah
Kat satelit Miss Meen rosak kena panah petir
LNB dia hampir nak putus
Dan NO SIGNAL..
Dia kata nasib tv Miss Meen tak meletup pecah sebab panahan kilat
Alhamdulillah ayah Miss Meen pasangkan alat plug tahan petir
Macam extension tambahan laa hehhe
Sebab dekat Pasoh dia cerita tv melambung
Naseb xda org kat rumah masa tu...
Selepas selesai semua kerja dia
Dia keluarkan resit untuk Miss Meen sain
Hihii Miss Meen kata nak kena bayar ke ni?
Dia kata tak payah..
Nanti dia akan claim pada ASTRO sendiri
Cumanya perlukan butiran nama ic sain Miss Meen je
Pergh...
Service Fee je RM 50
LNB RM 40
Semuanya RM 90....
Nasib ada insurans..
Dia kata selagi kami pengguna BEYOND selagi itu FOC
Pergghh biaq benar nie? :)
Apa apa pun tahniah dan alhamdulillah
Miss Meen ucapkan pada diri Miss Meen dan juru teknik itu
Hhehe boleh?
Sebab Miss Meen menggunakan khidmat ASTRO sepenuhnya..
Bukan melalui agen hehhehe
P/S: Hari Isnin boleh laa tgk final episode
'The Birth Of A Family CH 393One'
0 Merepek:
Post a Comment