Wah...sekarang terlalu banyak desas desus
Rumah Pengasuh anak mati didera anak didera kejam dan sebagainya
Huhu realitinya kasihan pada kanak-kanak tue..
Mereka bukan tahu berfikiran logik
Yang mereka tahu nak enjoy nak main nak gaduh nak makan
Kadang-kadang ada juga anak anak ini tidak faham bahasa
Lembam lembab berjiwa penakut dsb
Pada pandangan Miss Meen
Kebanyakkan ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh ni
Ermm kebanyakkannya sombong dan berlagak
Sering kali menganggap rumah pengasuh itu rumah tumpangan
Bukan rumah yang penuh kasih sayang
Jangan marah apa yang Miss Meen kata
Miss Meen cuma kata 'kebanyakkan' sahaja maksudnya bukan semua kan
Jarang Miss Meen nak dengar dari kebaikan ibu bapa atau penjaga itu sendiri
Apalah salahnya sebulan sekali kalau tak sebulan sekali setahun sekali pun cukuplah
Sedekah dan buatlah majlis keraikan atau pun majlis doa selamat untuk Rumah Pengasuh itu
Berikanlah mereka habuan dan ganjaran kerana amanah dalam menjaga anak kita kan
Mereka pun manusia sekali sekali memang hadap dengan pujian dan hadiah dari kita
Kalau hantar anak ke Rumah Pengasuh tu apalah salah berikan sarapan pagi pada mereka ke
Bukan rasuah tetapi manusia yang berbangsa MELAYU ini sukakan adat sebegini
Seandainya ada rezeki lebih sedekahlah kepada Rumah Pengasuh itu
Belikanlah sabun basuh sabun mandi syampoo dan sebagainya
Anggaplah dengan cara ini kita memuliakan Rumah Pengasuh itu
Selain itu kita berdoa agar anak anak kita dijamin keselamatan dan jagaannya
Betul tak??
Tetapi berapa ramai ibu bapa yang buatkan
Masing-masing leka
Ambil anak lambat lah tak nak bayar lebih lah
Bising bila kenakan charge lebih masa lah
Dan macam macam lagi kan
Tidak pernah sekali pun tawakal dengan keadaan anak dan situasi Rumah Pengasuh di sana
Dan sesiapa yang nak buka Rumah Pengasuh ini
Mestilah WAJIB hadiri kursus penjagaan anak anak
Mesti ada SIJIL dan surat KEBENARAN
Bukan main bukak je Pusat Jagaan tuh
Salah satu sikap ibu bapa dan penjaga
Adalah mereka malas dan terlalu malas tentang ini
Dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat jalankanlah tugasan anda
Secara rawak seperti buat spot check mengejut
Barulah mereka sentiasa bersedia dan berkelakuan baik
Hehhee..so kerajaan moh lee lantik reramai ehh jawatan ini
Hahahaa....Miss Meen nak!!!!!!!!!!!
P/S: Miss Meen geram dan sedih dengan sikap ibu bapa yang sombong
dan Rumah Jagaan yang pengotor dan tiada adab kemanusiaan
0 Merepek:
Post a Comment