Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

23 January 2014

.Pengalaman Part 2.

Alhamdulillah semalam 22 Jan 2014
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Sandakan pada jam 130 petang
Syukur yang teramat sangat
Kami bertemu PPD Beluran En.Airudin di sana
Dan di sana juga Pengetua kami datang menjemput kami
Di sana pelbagai andaian dan gambaran diberikan oleh mereka
Debaran di hati mula terasa
Takut usah dipersoalkan semestinya..
Beruntung diri Miss Meen kerana mempunyai sahabat susah dan senang bersama.. Kak Azizah a.k.a Kak Zie

Setelah itu pengetua membawa kami meronda Bandar Sandakan
Sungguh sungguh bandar itu luas dari Semenanjung
Dan boleh dikatakan juga Sandakan ini penuh dengan pelbagai bandar
Pendek kata maju seiring dengan negeri negeri pelancongan...
Udara semulajadi...sejuk..nyaman..selesa
Alhamdulillah...

Selepas itu pengetua kami membawa kami berteduh di King Hotel Sandakan
Katanya sudah lewat untuk ke Simpangan
Takut gelap nanti...
Akhirnya kami akan pergi ke sekolah esok pada 23 Jan 2014, Khamis pada jam 730 inshallah
Pengetua kami kata..kami akan pergi ke sekolah itu dengan b0t
Kerisauan pada diri kami menjelma
Bolehkah beg galas..beg hiking kami menampung dalam perjalanan...

Apa apa pun Pengetua kata...
Boleh boleh dan boleh
Hehe sungguh kami risau okey..
Usai dari itu Pengetua pulang ke rumahnya
Kami juga merehatkan diri
Sebabnya kami bangun seawal jam 430 pagi
Untuk ke KLIA hehee

Pada sebelah petang nak ke senja
Kak Zie bertemu dengan Kak Zura sahabatnya di Sandakan semasa di UUM
Berborak sakanlah mereka
Dan kami makan roti canai di kedai berdekatan dengan GIANT pada jam 430 petang..
Alhamdulillah....kenyang sebentar
Sebab di penerbangan itu Miss Meen makan nasi lemak sotong jam 1130 pagi

Pada sebelah malamnya pula
Kami makan bekalan yang disediakan oleh ibu Miss Meen
Rendang dan nasi impit
Pedasnyalah rendangnya ibu hehee
Usai makan kami berehat
Dan terus menanti hari esoknya...
Dengan penuh debaran dan persoalan..

Note: Hati ini mula rindukan Suami...

1 Merepek:

Mirei May said...

Sejuk tak dekat Beluran Amin??
Teringin nak ke Sabah...^^,

May cute~