Terdetik masa suatu ketika itu
Miss Meen mengadu perihal pada
Seorang sahabat Miss Meen ini..
Tentang kewujudan Miss Meen
Di sisi rakan rakan Miss Meen yang lain..
Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat
Saat dan ketika mereka mempunyai program tersendiri..
Allah duga Miss Meen dengan kepulangan segera ke Semenanjung...
Dan Miss Meen terpaksa bergegas pulang atas perkara tersebut..
Maka mereka sudah mempunyai ruang program tersendiri tanpa Miss Meen di sisi..
Saat itu Miss Meen berasa syukur
Kerana Allah menyelamatkan perhubungan kami antara rakan..
Dan menjaga diri serta hati Miss Meen supaya tidak berkecil hati...
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini
Amat berterima kasih dan berasa akan kebesaran kuasaMu...
Tanggal 18 April Miss Meen berlepas pulang ke Semenanjung...
Dan 19 April Miss Meen pulang kembali ke Sandakan atas tuntutan kerja...
Terima kasih Ya Allah kerana mendidik dan menjaga hatiku...
Inshallah akan ku jaga diri demi memenuhi tuntutan dariMu....
0 Merepek:
Post a Comment