Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

13 May 2012

.Kejinya Manusia Itu.

Assalamualaikum....


Maaf teramat sangat...Miss Meen memang tak dapat menyimpan rasa
Kekecewaan dan marah atas tajuk di atas
Kemarahan terhadap orang luar dengan orang dalam adalah dua perkara yang berbeza
Orang luar kita jarang bersua muka
Mungkin jika ada yang bersua muka mungkin anda teman serumah

Berlainan pula dengan orang dalam yang sememangnya darah keturunan kita
Kemarahan dan kekecewaan itu terjawab dari sudut yang terbahagi
Bukan sepanjang masa kita mampu memiliki hati yang baik sentiasa
Bukan setiap detik kita perlukan tabik hormat dan bersenda gurau
Sikap sikap sikap sikap manusia sentiasa berubah sehingga bertalam-talamnya

Perangai yang tidak sematang usia itu tidak seimbang dalam kerohanian mereka
Seperti kebudak-budakkan yang bodoh dan tiada nilai h0rmat mengh0rmati
Yang dimilikinya hanyalah sikap yang b0ngkak sengkek berlagak dan takbur
Oh Tuhan aku bermohon dariMu jauhilah keturunan yang seterus dariku
Memiliki sikap sikap yang seperti ini yang seakan melihat saudara sedarah dagingnya itu
Sebagai musuh abdi yang berepisod.

Keturunan yang bertalam-talam muka ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan
Keturunan yang berpura-pura baik dan menghisap kebaikan saudaranya tidak patut dimaafkan
Keturunan yang sentiasa memburuk burukkan orang lain sememangnya tidak patut dibanggakan
Keturunan yang mempunyai sikap asabiah yang tinggi tidak patut diberi penghormatan
Jauhilah aku dari keturunan yang jahil tetapi tidak mahu melakukan perubahan dalam hidup mereka ini



*Jika anda sudah berusia bukan bermakna setiap percakapan dan pemikiran anda itu menunjukkan anda matang dan dewasalah sangat tetapi sebenarnya anda busuk hati..terima kasih kerana memberikan kami madunya walhal engkau memikirkan yang engkau memberikan kami hempedunya..Miss Meen sayang mama Miss Meen..sebab hanya ada mama Miss Meen bertahan...kalau tidak..engkau bukan sesiapa pun!!! *

12 May 2012

.Terima Kasih.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah
Tiada perkataan yang dapat memberikan gambaran
Terhadap kesabaran Mr.S terhadap Miss Meen
Apabila Miss Meen keutarakan tentang hasrat
Menangguhkan perkahwinan
Mr.S terdiam..............
Diam mungkin berkecil hati :)
Maafkan Miss Meen...
Dalam diam Mr.S kata dia akan berbincang atau bersemuka dengan ayah
Cumanya Mr.S minta Miss Meen
Kemukakan jadual semester yang seterusnya
Huhuu...sungguh sabar betul :(
Rasa bersalah...Miss Meen kata Mama nak pergi Haji dulu
Mr.S lagilah diam dan kerap bertanya bila tarikh Mama berangkat?
Miss Meen jawab belum ditentukan lagi...
Huuhu..sekali lagi menguji kesabaran Mr.S..


* Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan bakal urusan kami..mungkin sesuatu itu terjadi ada kebaikannya..Jauhilah kami dari zina yang dilaknat Allah*

06 May 2012

.Rindu Zaman Itu.

Assalamualaikum

Saat apabila belek album lama
Menggamit hati dan perasaan
Lucu Rindu Sedih Senang Terkejut
Sayang Benci Meluat Bangga Tertarik
Pelbagai rasa dan perasaan ada :)

Miss Meen terasa kagum dengan sahabat Miss Meen
Yang masih erat berpegang dan berkawan sehingga kini
Yang sudah berkahwin pun masih contact bersama
Apatah lagi yang belum berumah dan tangga kan :)

Adakah Miss Meen cemburu?
Ya :) tetapi dari sudut yang positif ya
Miss Meen kadang-kadang tak mampu
Untuk bertahan seperti mereka
Miss Meen ini lebih kepada keluarga berbanding kepada rakan

Adakah Miss Meen manja?
Ya Miss Meen manja :)
Bukan tidak mahu lepak dan menghabiskan masa bersama teman
Adakalanya keadaan tidak mengizinkan
Adakalanya em0si berkacau baur :)

Adakah Miss Meen mempunyai sifat rendah diri yang kuat?
Ya :) MIss Meen selalu dan kerap
Membandingkan kebolehan orang lain di antara Miss Meen sendiri
Ada kalanya membuatkan diri ini
Segan ingin berdiri seiring
Walhal mereka semua itu tidak kisah
Tetapi hati dan perasaan itu sering membuatkan Miss Meen
Berjauh hati dan berhati-hati :)

Kepada sahabat Miss Meen di luar sana
Tahniah & Terima Kasih kerana anda semua
Mampu mempertahankan persahabatan yang lama & panjang :)

* Rindu sahabat lama Miss Meen *