Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

22 September 2014

Tangisanku

Ya..
Hari ini Miss Meen terasa sebak dan sedih secara tiba tiba
How comes that feeling coming suddenly and attack the whole emotion of the day..

Ya...
Selepas solat Zuhur dan Asar
Miss Meen menangis sehendaknya
Terlalu sebak atas sebab yang tidak pasti...

Ya Allah..
Ampunkanku...
Selalu aku merintih kesedihanku denganMu....
Kabulkan doaku...
Sesungguhnya Engkau tahu yang terbaik buat hambaMu....

08 August 2014

Rintihan Mama

Sayu hati ini
Berderai air mata ini
Mendengar kisah ibu tua ini
Sungguh hati ini tidak tabah
Sungguh hati ini dikecam
Sungguh hati ini sayu

Mama...
Pertama kali melihat air matamu bergenang
Saat dirimu melepaskan
Kami dua anakmu
Pergi berjuang di muka bumi Borneo...
Sabah Sarawak...
Sepi akan pemergian dua anakmu ini
Sesepi tiada hari esok buatmu
Akan tetapi..
Hari ini Ku melihatnya dari jauh..
Sungguh tabah hatimu Wahai Mama...

Mama...
Kehadiran dua anakmu yang lain
Memberikan seribu satu kegusaran dan kerisauan buatmu
Hati ini memahami akan susahmu
Tiada tempat mengadu
Tiada tempat bercerita
Tiada tempat bermanja
Tiada tempat berkongsi rasa

Mama...
Tiada salah dalam didikanmu
Salahnya kami
Yang sentiasa alpa dan leka
Akan hal ehwal duniawi
Yang sentiasa merasakan keseronokan
Akan hal ehwal bercinta
Yang sentiasa merasakan kuasa wang
Akan segala galanya

Mama....
Maaafkan kami
Seandainya kami sentiasa membuatkan
Hatimu tersentap
Hatimu kerisauan
Hatimu terkesima
Hatimu sedih
Hatimu kegusaran
Maaafkan kami

Mama...
Engkau adalah hadiah teristimewa buat kami
Terima kasih melahirkan kami
Terima kasih melengkapkan keperluan kami
Terima kasih menjaga kami seadanya
Terima kasih kerana tidak membiarkan kami seperti duniamu dahulu...

Mama...
Maaafkan kami
Mengasari
Hari hari mu
Mengasari
Hati jiwa mu
Mengasari
Minda akal mu

Maaafkaaan kami.......

05 August 2014

Cuti Sekolah September

Miss Meen tak sabar
Menanti cuti persekolahan
Penggal Dua ini di bulan September
Miss Meen tak sabar untuk memasak
Terung Stik untuk suami Miss Meen
Inshallah permudahkan segala perancangan kami Ya Allah...

13hb September hingga 20hb September 2014
Adalah tempoh yang paling singkat untuk kami bersama...
Tetapi terima kasih Allah memberikan kami kesempatan yang ada...
Sentiasa memberikan kami rezeki dan tidak putus rezeki...

Doakan kami selamat berjumpa yaa...
Amiiiinnnnn....

P/S: Setelkan Soalan Percubaan Dulu baru balik dengan senang hati...