Assalamualaikum Semua...
Ya..Alhamdulillah
Walaupun kita diberikan banyak dugaan dan rintangan dalam hidup
Tapi kita haruslah bersyukur dari semua segi sedetik dan segenap
Miss Meen bersyukur sangat kerana mempunyai keluarga yang lengkap pada zahirnya
Berbanding pada insan lain yang kurang pada zahirnya..
Biarlah cemuhan demi cemuhan
Biarlah kata demi kata
Biarlah soalan demi persoalan
Yang hanya mengetahui adalah DIA dan kita
Manusia boleh mengatakan itu dan ini
Tetapi manusia tidak boleh mengubah ketetapan takdir itu dan ini
Kita harus beringat di mana tahap batasan kita
Tidak semestinya pabila manusia itu mempunyai hubungan keluarga yang bahagia
Mereka turut bahagia...pada batinnya
Itu apa yang kita nampak...Tidak pada apa yang tersembunyi
Tidak semestinya pabila manusia itu mempunyai hubungan keluarga yang jarak
Mereka turut derita dan bersedih...pada batinnya
Itu apa yang kita nampak...Tidak pada apa yang kita tidak nampak...
Indahnya dunia ini pabila Tuhan menurunkan sedikit derita & susah pada kita
Supaya kita beringat dan belajar di samping ahli yang terdekat dengan kita
Supaya kita belajar apa itu rona rona kehidupan di dunia dan di akhirat
Supaya kita belajar setiap kejadian ada hubungan kait yang begitu rapat dalam hati kita semua
Kita hidup di dunia ini pun sebab kita harus belajar
Belajar mana yang baik dan mana yang buruk supaya
Jati diri dalam diri kita haruslah kuat sebaris dengan kuatnya hati kita berkata kata
*
Buat Mr.S
Miss Meen menurut apa yang kamu mahu :)
Insyallah rezeki ada di mana mana....
Ya Allah lindungilah kami dari segala musibah
Yang melalaikan hubungan kami dengan-Mu Ya Allah..
Miss Meen tunggu kamu !!!
*
Buat Miss Meen
Istiqamah & Wasatiah selalu yer :)
Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam segala urusan
Amin....Doakan kami :)
~Hadirnya musibah dalam sesuatu keluarga itu..membuatkan kita berfikir apa kekurangan & kesilapan kita yang terleka dan lalai selama ini..Hadirnya musibah mengajar kita saling memahami hati & perasaan pihak yang lain~