Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

28 November 2011

ll Apabila Ia Tersasar ll

Assalamualaikum Semua...


Ya...manusia masing masing mempunyai hak & gaya mereka tersendiri..Cuma kadang kadang pabila mempunyai citarasa tersendiri mereka egois & mudah menyinggirkan manusia yang lain...Bermulut manis atas kepentingan diri sendiri,Bercakap megah atas nama sendiri,Berdiri teguh atas nama manusia lain...Apa masalah manusia manusia ini...sampai bilakah mereka mahu sedar..Setiap insan dikurniakan gerak hati tersendiri..tidakkah mereka sendiri merasa atas kelebihan itu??Jangan berkata buruk tentang seseorang itu,andaikata engkau pun tidak pasti! Seketikanya hati & perasaan kita memang sakit...seandainya yang terjadi itu di luar sangkaan kita sendiri...


*Kepada kamu manusia itu...jangan.cepat selesa & seronok atas apa yang engkau milikki...*


Published with Blogger-droid v2.0

22 November 2011

ll Bolehkah Saya Kata Alhamdulillah ll

Assalamualaikum Semua ...
Alhamdulillah.. (:
Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan sempurna
Akan berjalan dengan lapangnya dada & indahnya ukhwah
Semoga apa yang termaktub ini akan berkekalan & berpanjangan
Akan sentiasa di bawah keredhaanNya & restuNya

Kami hanya mampu merancang & menunggu keputusan
Hanya kepadaMu yang layak mengubah & merestui
Aminnnn...
Aminnn....
Aminnnn...
Permudahkan apa yang sukar
Permudahkan apa yang sudah sedia ada

P/S : Miss Meen persetankan apa yang manusia manusia itu bisingkan & kecohkan...
Buat apa yang termampu...
Bersedia bila termampu...


*Bukan mudah untuk mencorak fasa demi fasa...tekanan & dugaan pasti salah satunya*

18 November 2011

ll Selamat Bercuti Akhir Tahun ll


Assalamualaikum Semua ...

Alhamdulillah Miss Meen masih sempat melakar di lakaran c0m0t ini..
Ya...hari ini adalah bermulanya Hari Percutian Sekolah Akhir Tahun...
Tetapi TIDAK pada pelajar SPM & STPM ya :)
Kamu semua harus berjuang hingga akhirnya ...

Tetapi tidak bagi Miss Meen :)
Kami telah diarahkan bertugas sehinggalah 2 Dis 2011
W0w !! :) itu pun sudah bersyukur kan ...
Masih ada lagi Sabtu & Ahad untuk berehat...

Nak dijadikan cerita....
Miss Meen dapat satu ilmu di akhir minggu persekolahan
Ya...Ilmu ini sepatutnya Miss Meen belajar 2 tahun lepas
HEADCOUNT...bagi mata pelajaran yang kita ajar..
Ketua Bidang Sains & Matematik itu amat baik hati
Alhamdulillah...dia seorang yang penyabar & tidak kedekut ilmu
Sebab apa Miss Meen kata penyabar?
Miss Meen banyak kali buat silap dalam pengiraan
Dia senyum je..tak apalah budak baru belajar kan :) hihi

Miss Meen juga nak ucapkan terima kasih Ya Allah
Kerana tidak membebani hambaMu ini 
Dalam ragam & kerenah manusia yang berat
Miss Meen juga berasa bersyukur
Kerana guru & pelajar sekolah itu ALHAMDULILLAH !!
Mungkin kedatangan yang hanya 4 bulan ini
Belum cukup untuk Miss Meen mengenal hati & budi kesemuanya...


*Noted : Tak perlu kepoh..tak perlu gelojoh..tak perlu gopoh..Belajar menghormati manusia yang lain........ YAKIN bahawa ALLAH itu ada dekat pada hambaNya..*

11 November 2011

ll 11.11.2011 ll

*Gambar Sama Sama Santai sebelum majlis *Kenapakah kamu berdua je...hihihi ;) *


Assalamualaikum Semua...


Alhamdulillah...sekolah Miss Meen berjaya melangsungkan Jamuan Perdana peringkat sekolah...Sebelum itu ada juga acara Penyampaian Hadiah Kokurikulum Pelajar 2011....Semua ini berlaku secara kebetulan atas tarikh ini....

Miss Meen terlibat dalam penyediaan sijil...Dan membantu penyampaian hadiah di pentas...Hihi...kerap sgt muka ini tiap tahun.(lain sekolah juga eh)...walhal muka tak cun pun atas pentas itu...hihi ;) Alhamdulillah..majlis itu berjalan dgn lancar...cuma...heh ada lagi tue...cuma..Nama dalam sijil tak semua yang lengkap..salah maklumat...seterusnya salah cetaklah kan.. Kepada sesiapa yang bijak berfikir terima kasih Miss Meen ucapkan...kepada yang lewat berfikir Miss Meen ketawa boleh???hahaha ;D Kesalahan org lain tak sepatutnya org lain yang tanggung ok!

Dan yang paling protokol majlis jamuan ini disertai oleh jemputan dr Luak Johol..Undang..Ketua Kampung..makan pun beradab tadi...Seperti biasa Miss Meen buar silap tadi haha...ayam itu keras bangat..jadinya berbunyilah pabila sudu bertemu piring hihi....Tapi sedap rendang itu!!Aishhh nafsu....Selepas selesai syok makan..Luak Johol pun sudah bersurai...diumumkan haruslah membasuh pinggan SENDIRI selepas makan....hihi Miss Meen kaget...tak pernah ada situasi macam nie..Almaklum laa bufet je kan haha ;)

Miss Meen pun turut serta mencuci piring pinggan mangkuk...bila mula sakit pinggang Miss Meen pun berhentilah...hihi..tak larat nyah ko!!hahah ;) bukan apa...tak da ruang nak membilas dan tangkup piring...keadaan sempit...Miss Meen ok je nak tolong jika ada ruang pinggan.. ;) Maaf ya Miss Meen hanya bantu yang larat...

Keseluruhan yang boleh Miss Meen katakan...esok esok buat bufet ehh...terkejut mak bila kena basuh pinggan sendiri...mcm di rumah pula!!hihihi ;)

Kepada cikgu yang bertungkus lumus menjayakan majlis dua serentak ini diucapkan syabas eh...bukan mudah nak bekerjasama...bila tengok sekolah dahulu dan sekarang mmg byk bezanya.... ;) Apapun terima kasih atas pengalaman ini....


Published with Blogger-droid v2.0

07 November 2011

ll Beli Buku ll

Assalamualaikum Semua....

Yeahhh....Hari nie Miss Meen berehat sebentar bersama adik adik Miss Meen....Pada mulanya nak menonton wayang...setibanya di sana kekurangan aura dan mood untuk menonton...heheh :) Tapi alhamdulillah laa kan tak dalah membazir masa dalam tu...Chewahhh cakap seperti tak nak masuk panggung lagi je hahaha.... Miss Meen ada satu tabiat...Andaikata pergi shopping mall..shopping centre Miss Meen pasti akan mencari teratak buku buku...hihi

Tak tahulah tabiat niee menyusahkan orang yang keluar bersama Miss Meen ke tak...Miss Meen suka ambil masa yang lama dalam teratak buku nie...kalau memilih baju Miss Meen akan pilih ikut gerak hati jee..kalu ok. .okla hehe...Tapi kalau buku..Miss Meen suka spend lebih sikit...tak kisahlah apa jua bentuk buku dan tajuk...

Seronok baca buku baru...hihi Miss Meen ada tabiat lagi...suka mencium dan membaca buku yang baru...Seperti hari ini Miss Meen berjaya habiskan buku itu...hihi...dah habis membaca...sebab aura bau dan buku baru tue....hihi

Apa yang Miss Meen pegang sampai kini...bila susah hati moh ler kita singgah membaca...Semua tue menjana ion ion positif kita ;)


*Terima kasih kepada adik adik kerana sabar menunggu sehingga buku itu tamat dibaca*


Published with Blogger-droid v2.0

06 November 2011

ll Salam Aidil Adha ll

Assalamualaikum Semua....

Ya....pagi yang indah ini kita semua meraikan Aidiladha dengan penuh keinsafan...Semoga kita menge

nal erti pengorbanan yang sebenar...Bila lah agaknya orang N.Sembilan nak menyambut Aidiladha dengan meriah sekali seperti Aidilfitri...huhu.Sekali sekala ingin juga Miss Meen merasa kemeriahan itu...sebab takbir kali ini lebih panjang waktunya...Insyallah satu masa akan berubah kan :)


*Salam Aidiladha dari kami sekeluarga Maaf Zahir Batin*


Published with Blogger-droid v2.0

05 November 2011

ll Manusia Tidak Pernah Berpuas Hati ll

Assalamualaikum Semua ....

Hurmm...malam yang sepi...
Miss Meen agak terasa hati dengan seorang hamba Allah ini
Ya...benarlah manusia tidak akan pernah berasa puas hati
Sentiasa tidak senang atas kesenangan manusia yang lain 
Sentiasa mempunyai niat yang terpes0ng dari yang asal

Miss Meen sungguh pelik pabila manusia sebegini
Semakin tidak sedar diri dan matang
Kelakuan yang ditayangkan seolah-olah 
Mengetahui dan memahami setiap pergerakan dunia

Miss Meen tidak arif adakah ini disebabkan perkembangan dalam persekitaraan
Atau sebenarnya itulah sikap dan sifat manusia itu...
Gelojoh...Tidak sabar...Kecoh..Kepoh..Cemburu...Iri Hati...
Tidak senang hati...Tidak puas hati...Sakit hati....
Miss Meen cukup tidak arif tentang manusia ini...

Adalah normal seandainya kita mempunyai sikap sebegini
Tetapi adalah lebih normal sekiranya kita mengawalnya
Dalam keadaan sedar dan yakin
Bukan dalam keadaan kita tidak sedar siapa dan apa
Yang kita lakukan.....

Miss Meen pun bukan manusia sempurna
Tetapi....Miss Meen akan cuba perbaiki dari masa ke masa
Miss Meen pun akan berusaha untuk menjadi manusia yang ada perubahan positif
Miss Meen akan beruusaha mengawal diri dalam keadaan Miss Meen sedar
Hurmm...jauhkanlah Miss Meen dari terpengaruh sikap hamba Allah ini

Ya Tuhan ampunkan aku !
Aku marah hari ini ...
Aku betul-betul nak lempang hamba-Mu itu !
Untuk sekian kalinya !!!!!

02 November 2011

ll Telatahmu Lucu ll

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah kita masih bersua lagi...Di sini Miss Meen nak kongsi cerita&keletah seorang pelajar pendidikan khas....hihihi

Namanya Jazlan...dia mempunyai kekurangan upaya dlm mengawal nafsu mkn dia...huhuhu..napa skema pula ayat Miss Meen ney....hihi

Satu perkara yang Miss Meen lucu sgt dan suka kacau dia...apabila wajah dia yang tersimpul&tersipu malu....hahaha...jambu! !

Haiiii...macam2..Jazlan nie sentiasa dgn tuala hijau dia...tak pernah lepas...

Lagi seronok bila Cikgu Salina menyakat dia....mati kutu nAk menjawab apa yang Cikgu Salina kenakan...hihihu


*Apapun seronok berjumpa warga ini*


Published with Blogger-droid v2.0

01 November 2011

ll Muka Bosan ll

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah....minggu ini adalah minggu pertama dlm bulan November..Budak sekolah sudh tamat pepeeiksaan...jadinya mereka tidak bawa buku...Adui pelik aku budak ney...Nampaknya kami kena berikan aktiviti sampingan...

Pertamanya puzzle...lukisan...teka teki...brg tersembunyi...Bagi tingkatan satu bolehla...tingkatan lima...mana mungkin maa...hhhehee


*Selamat menempuh alam bulan November*


Published with Blogger-droid v2.0