Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

18 November 2011

ll Selamat Bercuti Akhir Tahun ll


Assalamualaikum Semua ...

Alhamdulillah Miss Meen masih sempat melakar di lakaran c0m0t ini..
Ya...hari ini adalah bermulanya Hari Percutian Sekolah Akhir Tahun...
Tetapi TIDAK pada pelajar SPM & STPM ya :)
Kamu semua harus berjuang hingga akhirnya ...

Tetapi tidak bagi Miss Meen :)
Kami telah diarahkan bertugas sehinggalah 2 Dis 2011
W0w !! :) itu pun sudah bersyukur kan ...
Masih ada lagi Sabtu & Ahad untuk berehat...

Nak dijadikan cerita....
Miss Meen dapat satu ilmu di akhir minggu persekolahan
Ya...Ilmu ini sepatutnya Miss Meen belajar 2 tahun lepas
HEADCOUNT...bagi mata pelajaran yang kita ajar..
Ketua Bidang Sains & Matematik itu amat baik hati
Alhamdulillah...dia seorang yang penyabar & tidak kedekut ilmu
Sebab apa Miss Meen kata penyabar?
Miss Meen banyak kali buat silap dalam pengiraan
Dia senyum je..tak apalah budak baru belajar kan :) hihi

Miss Meen juga nak ucapkan terima kasih Ya Allah
Kerana tidak membebani hambaMu ini 
Dalam ragam & kerenah manusia yang berat
Miss Meen juga berasa bersyukur
Kerana guru & pelajar sekolah itu ALHAMDULILLAH !!
Mungkin kedatangan yang hanya 4 bulan ini
Belum cukup untuk Miss Meen mengenal hati & budi kesemuanya...


*Noted : Tak perlu kepoh..tak perlu gelojoh..tak perlu gopoh..Belajar menghormati manusia yang lain........ YAKIN bahawa ALLAH itu ada dekat pada hambaNya..*

2 Merepek:

BisMi Aishah said...

wahhh seronok laa dier bercuti...

bes nyeeeeeeeee

Miss Meen said...

hihihi Ecah pun cuti gak kan nnt hihi :)