Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

30 December 2011

ll Today Is My Last Duty ll

Assalamualaikum Semua..

Miss Meen berada di sini dari tarikh 15 Ogos - 31 Disember 2011
Banyak kenangan manis dan pahit dalam menerajui liku hidup
Ada yang Miss Meen 0key dan ada yang Miss Meen tak berkenanan
Tapi semua itu hanyalah sementara
Belum lagi yang betul betul kan (:

Tanggal akhir ini Miss Meen
Rasalah tiadalah sibuk sangat
Cuma kerja yang diberikan saat akhir adalah
(: Sempat juga kami habiskan semuanya hihii

Selamat berusaha & belajar kembali ke intitut masing-masing ya
(: Alhamdulillah akhirnya kami mempunyai double degree
Segala usaha & peluang ini haruslah digunakan sebaik-baiknya
Semoga ada sinar juga untuk Miss Meen yach!!


*Yeay!! Moga tahun 2012 membawa seribu makna yang baik buat kita semua
*Amin.....

29 December 2011

ll Tentang Dhia ll


Assalamualaikum Semua
Yeay!!! Last Episode for this drama
Yang penting ending dia sungguh sweet
Jangan tak tahu Miss Meen menangis bila tengok babak itu
Sedih....sangat!!!
Kepada siapa yang tak sempat tengok
Anda masih b0leh menonton dari awal hingga akhir
www.tonton.com.my

:) Hihii Miss Meen kalau tertinggal episode memang akan tgk online je
Lagi pun smooth je...no buffer ke apa ke...
Cun!!
Last wish....
Mama Miss Meen kata Nora Danish lawa
Kulit pipi dia mulus tulus... 
:) 0whh comel Nora Danish masa dia botak hihii

Okey!! Stop... malam ini pula nak layan 3 Idiot kat TV3 jam 1030
Ini lagi satu movie kegemaran Miss Meen
:) Salam menonton yach!!

ll Ziarah Sambil Shopping ll

Assalamualaikum Semua 
Hurm...hari ini melawat sahabat Miss Meen 
Baru keluar hospital semalam
Semoga dikurniakan kehidupan yang bagus selepas ini
:) Agak terkejut juga bila dia kata dia masuk hospital
Moga sihat hendaknya yer...

Dah selesai menziarahi..
Miss Meen apa lagi panjang langkah lah
Ingat nak melepak kat Tutti Fruiti di Senawang
Alih-alih Miss Meen melepak kat kedai bunga 
:) Nak buat bunga tangan
Sebab minggu lepas Mr.S ingatkan...
Hihii tQ Mr.S ....

Haishh...satu je Miss Meen malas..
Pabila langkah je ke satu kedai yang mulanya tiada pelanggan
Miss Meen masuk terus kedai itu dikunjungi orang
Hihii...jadinya turn Miss Meen terkebelakang lah juga
:) Apa mahu buat kan...
Miss Meen ini pembawa tuah pada orang lain 
Tapi tidak pada diri sendiri...

Yeay..Alhamdulillah urusan kecil sudah bereh!!
Buat sikit sikit supaya kemudian hari tak sakit 
:) Hihiii




*Hilang mood nak makan Aiskrim :) *

27 December 2011

ll Masih Menanti Versi ii ll

Assalamualaikum Semua...
Miss Meen gagal lagi tapi kali ini harus menunggu lagi...
Andaikata ada orang yang menolak..
Miss Meen yang akan penuhkan kotak itu...
Jauhnya rezeki Miss Meen kan ;)
Tabahkan hati..ada orang lain yang lebih susah lagi...



*Mode: Tingkatkan Semangat*

Published with Blogger-droid v2.0.2

26 December 2011

ll Masih Sabar Menunggu ll

Assalamualaikum Semua...
Hurm 26hb atau 29hb
Sem0ga sabar selalu
Berharap apa yang ada membawa makna yang tersendiri
Amin....

23 December 2011

ll Akhlak Mesti Bagus Beb ll

Hurm...aku cukup kepantangan orang merendah rendahkan mama aku...Aku betul betul angin weiii...Umur mama aku dgn kau..berapa jauh beza..Siapa yang lebih banyak pengalaman?! Kau ke mama aku...Aku kan malas nak bertekak dengan orang yang kurang akal & ilmu..sebab apa ia akan buat aku nampak BODOH tahu!!! Kalau kau membodoh bodoh kan aku dengan adik adik aku tak pe...Kami faham perangai kau macam buntut lembu...Tapi ini kau nak bodoh bodohkan mama aku depan adik beradik dia...Kau ingat mama aku itu anak bongsu ker???Mama aku juga yang bela mak kau makcik makcik.kau itu..Yang kau nak berlagak kata mama aku tak pandai itu ini apahal??!!Kau nak kata..kau kata lah dekat aku weiiii...akal cetek..kalau kau kata dekat aku..Aku tak marah sepertimana kau buat mama aku...Sakitnya hati aku kau malukan mama aku depan adik adik dia..Kau bukan anak dia pun..anak sedara je pun...Dahlah tak ucapkan terima kasih bila mama aku tolong kau..Ini tak..kau nak malukan dia pula!!! Memang kurang diajar & diasuh...Aku bukan tak pernah bagitahu mama aku...Tak payah susah susah nak tolong dia..biar dia laki bini hidup berdua..Bila terasa diri sendiri serik tahu lah merendah diri..Kalau terasa diri itu senang..mudah lupa daratan...Aishh bodoh akal betul!!Aku diam bukan bermakna aku tak kisah..aku memerhati perangai bodoh kau itu..Selagi aku boleh sabar..aku sabar...kalau aku dah marah...aku ungkit satu persatu okey!!! Kalau kau pandai sangat buatlah!!Aish ini ada mama je aku kenal sepupu aku dengan makcik makcik aku..Andaikata mama tiada...aku rasa aku tak kenal korang semua kot..Tak Perlu...sebab mama dah tiada...kan.Kau buat aku nampak BODOH tak pe..aku tak kisah sebab aku tahu siapa yang BODOH dan berlagak sebenarnya!! Sekian


Mode: Aku marah betul bila ada orang buat Mama aku macam tak tahu apa pun..At least Mama aku study Biologi Kimia...Kau ada??haha kasihan ilmu kosong berlagak seperti kau lulusan MASTER..master kaki penipu boleh lah hahaha...Sorry kau..aku BOo LAYAN...


*Maaf bahasa amat kasar...dan hari ini Miss Meen melanggar peraturan Miss Meen*


Published with Blogger-droid v2.0.2

ll Thanks To Allah ll

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah...Miss Meen layak untuk bidang yang seterusnya..Kehidupan harus dijalani dengan tabah&sabar..Semoga Miss Meen dapat menggapai cita cita yang seterusnya...Pesanan untuk diri ini...sentiasa merendah diri dalam ketinggian akal&ilmu ;) amin....


Published with Blogger-droid v2.0.2

20 December 2011

ll Terjawab ll

Assalamualaikum Semua

19 Disember 2011
Miss Meen tidak layak!!
Hurm..apalah nasib..mungkin salah kita sendiri kan....
Hidup masih diperlukan
Orang nak kata apa..birlah...Roda bukan sentiasa bergerak ke atas :)

17 December 2011

ll Berdebarnya ll

Assalamualaikum Semua..

Wah tanggal 19/12/2011...Semua persoalan akan terjawab...Semoga jawapan yang termaktub memberikan keyakinan & kepastian yang jitu...Jika tidak...kita usaha lagi..Jika tidak..ia bukan milik kita... ;) Moga sinaran & rezeki menyebelahi kami semua ya ;)


Published with Blogger-droid v2.0

ll Senyum & Senyum ll

Assalamualaikum Semua...

Ya..Alhamdulillah
Walaupun kita diberikan banyak dugaan dan rintangan dalam hidup
Tapi kita haruslah bersyukur dari semua segi sedetik dan segenap
Miss Meen bersyukur sangat kerana mempunyai keluarga yang lengkap pada zahirnya
Berbanding pada insan lain yang kurang pada zahirnya..

Biarlah cemuhan demi cemuhan
Biarlah kata demi kata
Biarlah soalan demi persoalan
Yang hanya mengetahui adalah DIA dan kita
Manusia boleh mengatakan itu dan ini
Tetapi manusia tidak boleh mengubah ketetapan takdir itu dan ini
Kita harus beringat di mana tahap batasan kita

Tidak semestinya pabila manusia itu mempunyai hubungan keluarga yang bahagia
Mereka turut bahagia...pada batinnya
Itu apa yang kita nampak...Tidak pada apa yang tersembunyi
Tidak semestinya pabila manusia itu mempunyai hubungan keluarga yang jarak
Mereka turut derita dan bersedih...pada batinnya
Itu apa yang kita nampak...Tidak pada apa yang kita tidak nampak...

Indahnya dunia ini pabila Tuhan menurunkan sedikit derita & susah pada kita
Supaya kita beringat dan belajar di samping ahli yang terdekat dengan kita
Supaya kita belajar apa itu rona rona kehidupan di dunia dan di akhirat
Supaya kita belajar setiap kejadian ada hubungan kait yang begitu rapat dalam hati kita semua
Kita hidup di dunia ini pun sebab kita harus belajar
Belajar mana yang baik dan mana yang buruk supaya
Jati diri dalam diri kita haruslah kuat sebaris dengan kuatnya hati kita berkata kata


*
Buat Mr.S
Miss Meen menurut apa yang kamu mahu :)
Insyallah rezeki ada di mana mana....
Ya Allah lindungilah kami dari segala musibah
Yang melalaikan hubungan kami dengan-Mu Ya Allah..
Miss Meen tunggu kamu !!!




*
Buat Miss Meen
Istiqamah & Wasatiah selalu yer :)
Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam segala urusan
Amin....Doakan kami :)







~Hadirnya musibah dalam sesuatu keluarga itu..membuatkan kita berfikir apa kekurangan & kesilapan kita yang terleka dan lalai selama ini..Hadirnya musibah mengajar kita saling memahami hati & perasaan pihak yang lain~

10 December 2011

ll Ombak Rindu ll


Assalamualaikum Semua

Ya..Mesti semua orang sudah selesai menonton Ombak Rindu
Miss Meen baru hari ini...
Ombak Rindu ini adalah satu satu novel yang Miss Meen membacanya berulangkali
Pernah hilang dahulu..Miss Meen mencarinya lagi di kedai...
Suka dengan watak Izzah yang tabah :)
Upsss...sebenarnya Miss Meen dah melanggar perjanjian nie
Seharusnya dalam bl0g ini sudah tiada review sinopsis tentang m0vies yang Miss Meen sudah tengok
Tetapi Ombak Rindu memaksa Miss Meen melakarnya kembali (:

Apa yang Miss Meen nak katakan :
Pertama:
Lokasi set ini sungguh lawa dan menarik...
Dengan gunung ganang dan sawah padi memang cantik...

Kedua: 
Miss Meen dapat menerima kenyataan yang sebenarnya Aaron Aziz bukanlah seorang yang romantis dan manja...
Bila dia melakonkan watak babak romantis tu nampak seperti tidak selesa...
Bila dia melakonkan watak sebagai seorang pemarah dan pembengis terhadap Izzah memang hidup
Can't wait f0r KL Gangster 2 (:

Ketiga:
Miss Meen amat lucu & berminat dengan aksi Lisa Surihani...
Nampaknya semakin meningkat...maju :)
Yang pasti dia sesuai dengan watak kasar & moden ini...
Good Job Darl...

Keempat:
Oh Maya Karin Maya Karin...Miss Meen suka lagi watak dia dalam Anak Halal
Totally sesuai dengan dia...santai & sempoi...
Cuma watak Izzah ini kurang sesuai dengan Maya...
Watak Izzah ini terlalu rumit & terperinci...
Apa-apa pun Maya Karin next time naik kan nama dengan watak yang kita selesa dulu
Barulah kita mencuba watak yang orang bagi
Sebagai contoh Faizal Hussien :) terkenal dgn watak kasar je

Kesimpulannya:
Miss Meen so so jee cerita ini..sebab mereka tertinggal babak yang Miss Meen suka...Hariz demam Izzah jagakan..Izzah demam Hariz jagakan...Waktu Hariz belasah Izzah...Waktu Hariz teringatkan Izzah...
Dan banyak lagi... Lebih manis jika Ombak Rindu ini dijadikan drama...Seperti Trilogi Cinta...Gemersik Kalbu..Bicara Hati.. :) Walau apa pun....ini adalah cubaan yang terbaik buat Maya Karin...



* Manusia sememangnya mudah mempercayai orang lain berbanding dengan orang yang terdekat dalam hatinya*

06 December 2011

ll Dia Selalu Bersama ll

Assalamualaikum Semua

Ya alhamdulillah...

Satu pagi nan indah...

Eh satu petang nan indah...

Kikiki satu masa nan indah...

Bergurau pula Miss Meen kan ;)

Terasa ingin berSahaja melakar rasa hati


Atas restu Allah ku mencintai dirimu..Ya Tuhan semoga tabahkan hati kami...Ya Tuhan permudahkan urusan kami..Ya Tuhan jauhi kami dari sikap gelojoh...Ya Tuhan jauhi kami dari sikap berlumba lumba akan hal yang tidak pasti...Ya Tuhan kekalkan hati dan tetapkan hati kami demi mu Ya Allah hindarikan kami dari iri hati dan busuk hati org ramai..Ya Tuhan tetapkanlah kami berada di bawah lindunganmu..Dari Mu kami datang dan dari Mu juga kami kembali....


Published with Blogger-droid v2.0

05 December 2011

ll Sabar Selalu ll

Assalamulaikum Semua

Ya...sebagai hamba Allah di muka bumi ini
Kita haruslah bersabar dalam setiap detik situasi
Ya betul...bercakap memang mudah sepantas memetik jari
Untuk melaksanakannya amat susah

Susah di sini bukan bermakna kurang berusaha
Tetapi memerlukan kata motivasi sampingan & dorongan rasa
Manusia yang lain sememangnya rendah & lemah
Dalam memahami hati budi manusia lain

Andaikata kita diberikan emosi yang memahami manusia yang lain
Bertolak ansurlah
Bersabarlah
Bersyukurlah
Bertahanlah
Bertekadlah
Berkeyakinanlah
Bahawa kita adalah manusia yang teristimewa dalam setiap permainan jiwa yang tercipta atas bumi ini

Jadinya jangan cepat mnegeluh & berputus asa
Terhadap manusia yang tidak dapat memahami hati perasaan kita
Manusia sentiasa dengan ego mereka
Manusia sentiasa sombong dalam menghulurkan bantuan

Tidak salah lah Allah 
Menurunkan bala & bencana bagi kita
Semuanya untuk menyedarkan kita
Akan hukum manusia yang jitu...



*Sayang..diri ini bersabarlah dengan apa jua keadaan sekali pun..Manusia itu sentiasa tamak kan keselesaan tanpa hilang budi bicaranya*

02 December 2011

ll Simple & Santai ll


Assalaamualaikum Semua

Ya fenomena pasti akan berlaku di akhir tahun
Bulan November & Disember
Fenomena juga berlaku di awal tahun
Bulan Januari & Februari
Ya fenomena juga berdendang di pertengahan tahun
Bulan Mei & Jun

Setiap pergerakkan ini bagaikan satu rentak
Ibarat alunan irama & lagu
Yang semestinya menjadi ikutan atau trend
Ahaak!! :) 
Just Simply Say The Words Without Any Intention!




*Insyallah semoga ada sinar di bulan Disember 2011 ini ya :) *