Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

25 November 2013

.Appointment.

Wah..amatlah drastik rupanya..
Sepatutnya temujanji dilakukan pada 28 Nov 2013 ini
Miss Meen pun tak pasti kenapa dipercepatkan
Masalah Miss Meen ini bila orang suruh buat je
Tak bertanya kenapa dan untuk apa dipercepatkan
Hihi It's a big problem kan?

Miss Meen pergi ke Klinik dan ditemani oleh adik
Pergh dalam jam 210 petang sampai
Jam 300 petang barulah nama dipanggil
Huhu...lama sangat menunggu
Pelbagai ragam dan kerenah hendaknnya manusia ini :)

Setelah selesai semuanya
Miss Meen dipaksa buat temujanji seterusnya
Bermula dari sekarang lah 
Maksudnya 2 minggu dari sekarang
Hopefully tiada apa apa lah kan
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya
So just wait for the next appointment

Usai dari itu Miss Meen naik ke Tingkat 1
Untuk melakukan pemeriksaan gigi
Haha..pergghh dah lama tak check up gigi
Jadinya gigi Miss Meen memang teruk sekali
Doctor kata gigi puan kena scaling ini
Sebab saya tgk dah terlampau teruk ni..
Kita cuci dulu yer...

Hahaa..perasaan Miss Meen pada mulanya
Wow yess..finally I can do it!
Tetapi bila dah rasa masa scaling tuh
Sumpah Miss Meen tak mau ahh pergi lagi
Sakitnya ya karimm hanya Allah je yang tahu
Banyak betul bekas berkurun batu taik gigi Miss Meen
Hahaha..pengotor kan Miss Meen
Berdarah maknanya gigi memang tak sihat lah kan

Tuh laa siapalaa suruh tak jaga gigi
Doctor Farah tuh siap sempat lagi
Ajarkan Miss Meen cara menggosok gigi dan siap dengan pakej pesanan lagi
Puan nanti pastikan setiap kali lepas makan dan nak tidur
Tolong berus gigi selalu ya
Inshallah takkan jadi seperti ini lagi


P/S: Lepas ini nak rajinkan diri..
Sebab sebelum ini Incik Suami ada tegur
Sebab gigi Miss Meen teruk kan..
Tup tup amik memang kena sampai tahap operate lagi tau!

24 November 2013

.Rumah Pengasuh.

Wah...sekarang terlalu banyak desas desus
Rumah Pengasuh anak mati didera anak didera kejam dan sebagainya
Huhu realitinya kasihan pada kanak-kanak tue..
Mereka bukan tahu berfikiran logik
Yang mereka tahu nak enjoy nak main nak gaduh nak makan
Kadang-kadang ada juga anak anak ini tidak faham bahasa
Lembam lembab berjiwa penakut dsb


Pada pandangan Miss Meen
Kebanyakkan ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh ni
Ermm kebanyakkannya sombong dan berlagak
Sering kali menganggap rumah pengasuh itu rumah tumpangan
Bukan rumah yang penuh kasih sayang
Jangan marah apa yang Miss Meen kata
Miss Meen cuma kata 'kebanyakkan' sahaja maksudnya bukan semua kan

Jarang Miss Meen nak dengar dari kebaikan ibu bapa atau penjaga itu sendiri
Apalah salahnya sebulan sekali kalau tak sebulan sekali setahun sekali pun cukuplah
Sedekah dan buatlah majlis keraikan atau pun majlis doa selamat untuk Rumah Pengasuh itu
Berikanlah mereka habuan dan ganjaran kerana amanah dalam menjaga anak kita kan
Mereka pun manusia sekali sekali memang hadap dengan pujian dan hadiah dari kita


Kalau hantar anak ke Rumah Pengasuh tu apalah salah berikan sarapan pagi pada mereka ke
Bukan rasuah tetapi manusia yang berbangsa MELAYU ini sukakan adat sebegini
Seandainya ada rezeki lebih sedekahlah kepada Rumah Pengasuh itu
Belikanlah sabun basuh sabun mandi syampoo dan sebagainya
Anggaplah dengan cara ini kita memuliakan Rumah Pengasuh itu
Selain itu kita berdoa agar anak anak kita dijamin keselamatan dan jagaannya
Betul tak??

Tetapi berapa ramai ibu bapa yang buatkan
Masing-masing leka
Ambil anak lambat lah tak nak bayar lebih lah
Bising bila kenakan charge lebih masa lah
Dan macam macam lagi kan
Tidak pernah sekali pun tawakal dengan keadaan anak dan situasi Rumah Pengasuh di sana

Dan sesiapa yang nak buka Rumah Pengasuh ini 
Mestilah WAJIB hadiri kursus penjagaan anak anak
Mesti ada SIJIL dan surat KEBENARAN
Bukan main bukak je Pusat Jagaan tuh
Salah satu sikap ibu bapa dan penjaga
Adalah mereka malas dan terlalu malas tentang ini
Dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat jalankanlah tugasan anda 
Secara rawak seperti buat spot check mengejut
Barulah mereka sentiasa bersedia dan berkelakuan baik 
Hehhee..so kerajaan moh lee lantik reramai ehh jawatan ini
Hahahaa....Miss Meen nak!!!!!!!!!!!


P/S: Miss Meen geram dan sedih dengan sikap ibu bapa yang sombong
dan Rumah Jagaan yang pengotor dan tiada adab kemanusiaan

23 November 2013

.Kerosakan pada satelit ASTRO.

Wah...hampir seminggu yang lalu
Ingatkan tv yang ada masalah rupa rupanya masalah dari ASTRO
Yelah mana tak nya gambar kejap ada kejap gelap kejap senyap
Bak kata orang seperti kita sedang melihat CD rosak
Pernahkan tgk cetak rompak punya
Hehehe....

Semalam tanggal 22 Nov 2013
Miss Meen telefonlah line bebas tol ASTRO
Pilih punya pilih nombor yang dia suruh
Miss Meen bercakap dengan Pegawai ASTRO di sana
Masa Miss Meen telefon tu dalam jam 930 malam
Nasib si gadis itu cepat angkat telefon...


Mendengarkan penerangan si gadis
Miss Meen menyuruh adik Miss Meen godek godek dekoder ASTRO
Akhirnya hampa..lepas tu dia kata nak buat laporan terus ke
Miss Meen kata oklah then dia bagi lah 
No.laporan kerosakaan : 1316829925
Dia kata dalam tempoh 48 jam ini akan ada juru teknik yang datang

Alhamdulillah
Dalam jam 1130pagi hari ini Miss Meen dapat panggilan telefon
Juru teknik itu datang dah dia pula yang godek-godek ASTRO
Akhirnya masalah utamanya adalah
Kat satelit Miss Meen rosak kena panah petir
LNB dia hampir nak putus
Dan NO SIGNAL..

Dia kata nasib tv Miss Meen tak meletup pecah sebab panahan kilat
Alhamdulillah ayah Miss Meen pasangkan alat plug tahan petir
Macam extension tambahan laa hehhe
Sebab dekat Pasoh dia cerita tv melambung
Naseb xda org kat rumah masa tu...


Selepas selesai semua kerja dia
Dia keluarkan resit untuk Miss Meen sain
Hihii Miss Meen kata nak kena bayar ke ni?
Dia kata tak payah..
Nanti dia akan claim pada ASTRO sendiri
Cumanya perlukan butiran nama ic sain Miss Meen je
Pergh...
Service Fee je RM 50
LNB RM 40
Semuanya RM 90....
Nasib ada insurans..
Dia kata selagi kami pengguna BEYOND selagi itu FOC
Pergghh biaq benar nie? :)
Apa apa pun tahniah dan alhamdulillah 
Miss Meen ucapkan pada diri Miss Meen dan juru teknik itu
Hhehe boleh?
Sebab Miss Meen menggunakan khidmat ASTRO sepenuhnya..
Bukan melalui agen hehhehe

P/S: Hari Isnin boleh laa tgk final episode
'The Birth Of A Family CH 393One'

16 November 2013

.Sihatkan Diri Anda.


Wah Miss Meen terpaksa rajinkan diri untuk makan ini
ESP SHAKLEE memang terbaik sebab ada perisa vanilla ok :)
Yang lain lain Miss Meen makan atas sebab arahan
Hihii...almaklumlah Miss Meen memang liat makan ubat
So kenalah paksa makan...
Dulu Mama Miss Meen selalu paksa makan 
EPO Cosway & Spirulina Cosway & Super EPA Cosway
Almaklumlah ia memang vitamin berkhasiatkan
Tambahan lagi Mama Miss Meen adalah ahli Cosway
Mana taknya kami kena paksa makan 
Hehehe
Tapi apa apa pun ia memang baik untuk kesihatan kan kan kan
Nak makan vitamin lelebih pun Miss Meen takut
Kena ambil nasihat pakar
Almaklumlah Miss Meen ini suka sangat makan tak berjaga 
Nak itu ini bak kata orang 
Makan ikut nafsu
Bila makan vitamin ni mungkin kurang sikit laa kot
Cara makan bernafsu itu hihihii

P/S: Mulakan hari anda dengan senyuman

15 November 2013

.Sedapnya Kan.


Nampak enak kan makanan di atas sana :)
Ya Allah sedapnya kalau dapat makan sekarang
Petik jari terhidang petik jari terhidang
Kikiki apa Miss Meen ingat ini zaman era Doremon apa?
Satay
Kerabu Mangga
Ikan Sembilang Goreng Cili Api
Sambal Tauhu
Daging Panggang/Salai
Bubur Jagung
Sup Ketam
Rendang Kerang Kacang Panjang
Sambal Kerang
Pisang

Nyummm...nyummm...bufet pun susah nak dapat makanan ini
Hihihi yeke? Miss Meen jarang nak makan bufet sekali bayor
Hahaha... :) penipu aiiii hihiii

P/S: Makanan sememangnya lazat dan enak 
untuk dimakan tetapi haruslah berpada pada 
kelak menjana diri..

12 November 2013

.Pertalian Persaudaraan Haunted.




Bila manusia senyap dan sepi...manusia lain kerap mengganggu atas ketenangannya..cemburu biar berpada wahai manusia!
"Ya Allah jauhilah kami dari anasir perbuatan keji manusia ciptaanMu..lindungilah kami dari mereka..Hilangkanlah kami dari sisi pandangan mereka..Hilangkanlah perasaan hasad dan dengki mereka terhadap kami..Sesungguhnya kami datang kepadaMu dan kembali jua kepadaMu 
Ya Allah..Berilah mereka kesedaran bahawasanya 
TIADA YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH PENCIPTA SEKELIAN ALAM SEMESTER INI...
Amiiinnn..

P/S: Kepada manusia berkenaan..
Ingatlah dunia semakin mengecil manusia semakin banyak..
malahan dosa semakin berlambak..
Renung-renungkan selamat BERAMAL..
— feeling irritated.

11 November 2013

.Permulaan Langkah Baru.

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah kerana menjaga diri ini 
Hari ini seperti wanita wanita lain Miss Meen pun ikut sama tentang prosesnya
Huhuu agak blur tapi berusaha laa juga kan heheh
Alhamdulillah sudah selesai
Cuma tunggu untuk arahan seterusnya
Ya Allah lindungilah kami dan permudahkanlah urusan kami
Thanks to Mr.S a.k.a My Hubby kerana sudi menemaniku
Hihiii...Thanks juga ambil cuti ehh hehhe


P/S: Thank you Ya Allah..for every second I won't forget to say that..

07 November 2013

.Love You Mr.Arrogant.


Alhamdulillah cerita drama ini sudah tamat...
Best memanglah best
Sebab ada Azlee Khairi kot 
Hahaha
Apa-apa pun tq pada penulis novel 
Kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik

05 November 2013

.Alhamdulillah Sekian Kalinya.

Alhamdulillah
Tawakal usaha dan doa amat penting sangat!! :)
Dalam debar pun ada gembiranya
Bersyukur sangat dengan apa yang diberikan kepada Miss Meen
Walaupun ini hanyalah pada peringkat pertama
Berdoalah selalu untuk Miss Meen tabah dan menjaga kesihatan Miss Meen selalu
Lepas ini memang taklaa nak buat kerja berat hihihi
Basuh toilet kena stop kejap bila dah stabil barulah ok kot hehehe

Ya Allah lindungilah kami dari anasir kejahatan ciptaan manusia
Dan perteguhkanlah kami pada pegangan dengan Mu 
Hindarilah kami dari terleka dengan nikmat yang telah Engkau berikan untuk sementara
Sedarkanlah kami dengan wajah wajah kesayangan di sekeliling kami
Berikanlah kami keampunan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan baru ini
Amiiiiiinnnnn...