Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

16 July 2011

ll Santai Malam ll

Relax Di Nando's Malaysia, Putrajaya
Assalamualaikum Semua ..

Minggu ini Miss Meen balik kampung
Sebab ada kenduri sambut puasa dengan arwah
Akhirnya tak jadi..Mama Miss Meen kata
Sebelah rumah Mak ada orang buat kenduri
Amatlah tidak manis jika kami teruskan agenda kami

Jadinya minggu depan Sabtu kenduri akan diadakan
Insyallah..moga dipermudahkan..
Ermm...minggu depan nak ikut Mr.S pergi Sungai Buluh
Katanya nak ambil barang yang Mr.S tinggalkan di rumah kawan
Rumah keluarga kawan Mr.S

Agak-agak dapat tak pergi yaaa..
Sebab Mr.S kena stand-by pula Sabtu Ahad itu
Hurm..kerja kan..jadual berbeza beza sikit
Orang sakit kita pun manalah tahukan..
Cuma ambil langkah hati-hati saja

Minggu ini tiada apa yang istimewa nak dikongsi
Cuma Miss Meen kena bersiap sedia
Untuk peperiksaan pada hari Rabu ini
Nak dijadikan cerita peperiksaan Miss Meen
Bermula jam 330-430 petang
Selepas itu Miss Meen terus pecut balik UPM
Semoga dipermudahkan perjalanan Miss Meen yaa
Amiiinnnn.......


*Terasa hati kurang enak semenjak akhir-akhir ini....Ya Allah lindungilah hamba-hambamu ini dari bahana ciptaan Manusia yang zalim...Aminn*

0 Merepek: