Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

24 July 2011

ll J0m Kahwin Nak !! ll

Assalamualaikum Semua ..
Yeahh!!! Entry kali ini agak issued?
Memandangkan Sabtu & Ahad sentiasa ada jemputan
Maka isunya haruslah ini
Hihii ^_^

Bagi pendapat Miss Meen
Berkahwin awal seronok !!
Banyak benda yang kita boleh share & belajar bersama
Tetapi banyak juga kita nak kena jaga ..
Terutama sekali adalah EMOSI ..
Biasalah darah muda kan ^_^

Miss Meen tabik spring pada Ibu Bapa
Yang menggalakkan anak-anak mereka berkahwin AWAL
Pertama,sah-sah lah tanggungjawab dah bertukar tangan kan
Kedua,mengajar anak-anak untuk hidup lebih bertanggungjawab dengan diri sendiri
Ketiga,dapat membimbing apa yang kurang dan apa yang perlu ..

Jadinya Ibu Bapa di luar sana
Usahlah gusar & risau ..
Yang penting DOA untuk anak-anak yer ...
Supaya mereka sentiasa dekat dan beringat ..

Miss Meen agak kurang setuju
Bila berkahwin lewat ..
Bukan apa...
Manusia sentiasa berubah bahkan perubahan itu seiring sejalan dengan teknologi terkini
Hurm..lagi lah penuh cabaran..

Kebanyakkan Ibu Bapa
Yang Miss Meen sempat lihat lah ya ..
Even dalam drama pun Miss Meen hitung tau hihihi
Mereka lebih gemar anak-anak mereka
Menggapai & mencapai apa yang mereka perlu
Seperti kerjaya..ilmu..simpanan masa depan..perubahan diri...

Tidak salah..pun
Setiap Ibu Bapa anak-anak hidup senang & selesa
Sebab itu kebanyakkan mereka lebih menekan aspek ini
Miss Meen bukan mahu salahkan pihak Ibu Bapa yaa...
Cuma sekadar menconteng apa yang Miss Meen lihat saja...

Apabila seseorang sudah bersedia melangkah maju
Bermakna dia juga sudah bersedia
Dari segala segi ..bahpun dari segi EMOSI
EMOSI amat perlu dikawal..
Lebih-lebih lagi kita yang PEREMPUAN

KESABARAN dalam menduga & menerima sesuatu itu perlu kuat
Sebabnya hati perempuan ini macam tisu
Sebelum terluka baiklah kita berjaga-jaga kan ^_^
Miss Meen berharap sangat ..
Pabila Miss Meen maju selangkah mara
Miss Meen sentiasa akan menjaga EMOSI ..
Itulah KEKUATAN Miss Meen nanti ...



*Pabila Miss Meen susah hati & sedih ..Miss Meen akan luangkan masa yang BANYAK dengan membaca buku motivasi..Bila membaca EMOSI & FIKIRAN kita seiring seia..Makanya lebih banyak POSITIF yang akan muncul dalam jiwa...^_^ *

23 July 2011

Indahnya Pabila Kita ...Memahaminya ..

Allah …
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia ..
Yang Tetap Hidup Yang Kekal Selama-lamanya …
Mentadbirkan sekalian makhluk-Nya …
Yang Tidak Mengantuk usahkan tidur …
Yang Memiliki segala yang ada di langit …
Dan yang ada di bumi …
Tiada sesiapa yang dapat memberikan syafaat dan pertolongan disisi-Nya …
Melainkan dengan izin-Nya …
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka ..
Dan apa yang ada di belakang mereka …
Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun …
Dari kandungan ilmu Allah …
Melainkan apa yang Allah kehendaki memberitahu kepadanya …
Luasnya Kursi Allah (Ilmunya dan Kekuasaan-Nya) …
Meliputi langit dan bumi ..
Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-Nya …
Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat Kemuliaan-Nya)…
Lagi Maha Besar (Kekuasaan-Nya) ….


*Memahami maksud dan makna sesuatu ayat..menambahkan lagi ketenangan dalam jiwa dan kemerdekaan dalam minda..Amin*

16 July 2011

ll Ghost In Your Arm Again ll

~Ghost In My Arm Again~

Assalamualaikum Semua !!
Hari ini di kala semua orang sedang menonton TV3
Miss Meen layan movie Korea-Jepun ini
Agak emosi sungguh jalan cerita ini
Bagi Miss Meen laa
Tidak tahu pula bagi kamu kamu semua
^_^

Jom terjah sinopsis movie ini sikit :

seorang usahawan yang kaya, berkahwin 
Korea tukang periuk Kim Jun-ho (Song Seung-heon),  
Dan mereka berdua menjalani kehidupan yang seolah-olah gembira.  

Kemudian, satu tahun selepas perkahwinan mereka,  
Nanami dibunuh oleh Bikers dalam perjalanan pulang.  
Tragedi ini daun Jun-ho sepenuhnya musnah.  
Dihospital, hantu Nanami timbul dari tubuhnya,  
Dan apabila mesyuarat anak hantu (Mana Ashida),  
Dia sedar bahawa dia adalah hantu yang kehadirannya tidak boleh dilihat.  

Beliau kemudiannya menyedari bahawa kematian Sujatha adalah kebetulan  
Dan Jin-ho dalam bahaya akan berlaku.  
Tidak dapatberkomunikasi dengan manusia biasa, 
 Nanami bertujuan membantu dari  
Unten warga tua psikik (Kirin Kiki) dengan harapan 
Dapat menyelamatkan nyawa Jin-ho...

Nak tahu lanjut m0h ler kita nonton yer ^_^
Yang penting Miss Meen menangis lagi
Bila menonton movie ini
^_^ malunya saya !!!
Hihii nasib menonton sorang ^_^



*Boleh menonton tapi jangan percaya..percaya adanya ROH..tapi bukan perjalanan dalam cerita ini ...Ambil pengajaran untuk kita memperbetulkan apa yang kurang dalam diri kita..POSITIF THINGKING ehh*

ll Santai Malam ll

Relax Di Nando's Malaysia, Putrajaya
Assalamualaikum Semua ..

Minggu ini Miss Meen balik kampung
Sebab ada kenduri sambut puasa dengan arwah
Akhirnya tak jadi..Mama Miss Meen kata
Sebelah rumah Mak ada orang buat kenduri
Amatlah tidak manis jika kami teruskan agenda kami

Jadinya minggu depan Sabtu kenduri akan diadakan
Insyallah..moga dipermudahkan..
Ermm...minggu depan nak ikut Mr.S pergi Sungai Buluh
Katanya nak ambil barang yang Mr.S tinggalkan di rumah kawan
Rumah keluarga kawan Mr.S

Agak-agak dapat tak pergi yaaa..
Sebab Mr.S kena stand-by pula Sabtu Ahad itu
Hurm..kerja kan..jadual berbeza beza sikit
Orang sakit kita pun manalah tahukan..
Cuma ambil langkah hati-hati saja

Minggu ini tiada apa yang istimewa nak dikongsi
Cuma Miss Meen kena bersiap sedia
Untuk peperiksaan pada hari Rabu ini
Nak dijadikan cerita peperiksaan Miss Meen
Bermula jam 330-430 petang
Selepas itu Miss Meen terus pecut balik UPM
Semoga dipermudahkan perjalanan Miss Meen yaa
Amiiinnnn.......


*Terasa hati kurang enak semenjak akhir-akhir ini....Ya Allah lindungilah hamba-hambamu ini dari bahana ciptaan Manusia yang zalim...Aminn*

09 July 2011

ll Sekali Lagi ll


Assalamualaikum Semua !!
Alhamdulillah tanggal tarikh ini
Miss Meen dah berjaya menonton movie ini
SEKALI LAGI
Yup !! Beli ticket online je
Cepat dan mudah ^_^

Miss Meen nak berkongsi rasa sikit
Pertama cerita ini sedih
Dan ada part yang Miss Meen sendiri menangis
Nak mengata Miss Meen silakan !!
Hahaa..sebab Miss Meen memang sebak bila
Part part yang kena marah ini
^_^

To Sam :
Muka kamu dan cara kamu cakap
Memang mencuit hati wanita saya
Hahaa..c0mel sungguh watak itu untuk kamu
Nampak serasi ^_^

To Lisa Surihani :
Suara kamu serak sangat sayang
Gaya kamu marahkan Mia Nasuha
Lucu ..Perbaiki lagi yer..
Agak nampak tidak menarik 
Bila hempas kerusi tepuk meja
Hihi macam tengah gaduh dengan member laa pulak kan

Kamu sungguh kacak !!
Miss Meen minat dengan kamu dari dulu lagi
Muka Melayu-Pakistan-Thailand-Cina
Membuatkan kamu tampak menarik lagi 
^_^
Lak0nan kamu semp0i br0..relax je

Lakonan kamu manja sayang !
Lucu bila ada gabungan antara kamu dan Sam
Sungguh serasi bersama.. ^_^
Tapi part kamu mengejek bakal isteri Pak Haris itu
Miss Meen kurang berkenan sayang ^_^
Lidah?? No No No sayang ...
Buat mimik muka boleh...yang lain No No No 
^_^

Keseluruhan cerita ini memang amat sedih
Mana kita nak jumpa lelaki yang sanggup
Merahsiakan sesuatu demi kebahagian kita kan kan
Wujud lagi ker lelaki macam tue
Hehhe berharapan tinggi betul Miss Meen ini kan

Semasa pergi dan pulang
Macam biasalaa ada sekatan POLIS
Hmm..orang sibuk perhimpunan BERSIH
Kami duduk dalam panggung wayang?
^_^ 
Tak patut kan patutnya duduk depan TV



*Miss Meen amat sedih dengan perhimpunan BERSIH ini..Bukan apa..ada juga di kalangan kami yang wanita ini turut serta bersama..Miss Meen cuma tak mahu kita jadi seperti Indonesia dan Mesir..Miss Meen amat takut jika ianya benar2 berlaku..Ya Allah bantuilah KAMI dalam merebut ketenangan dari-Mu Ya Allah*

ll Gembira & Gusar ll

Terima Kasih Kamo Kamo
Assalamualaikum Semua
Alhamdulillah..
Sehingga kini Miss Meen dapat berkongsi rasa
Terima kasih pada siapa yang sudi singgah dan membaca
Coretan yang tak seberapa indah ini
Dan hari ini Kamo Kamo genap 100...

Terima kasih ya !! ^_^

Uh...BERSIH ??!!!
Alangkah indah dan bagusnya
Kalau mereka mereka ini memBERSIHkan kawasan kan?
^_^
Jadinya tak da lah DENGGI,TAUN,CIRIT-BIRIT
Ermm...tak faham dan malas nak faham
POLITIK???!!!
Sebenarnya harus berpada-pada kan kan
Ambil tahu dan lihat pada yang tertentu

Hmmm..kan bagus
Jika JIWA RAKYAT MERDEKA
HATI RAKYAT TENANG
Lagipun nak dekat bulan Ramadhan sudah
Sekarang pun bulan Syabban ..
3 bulan yang HARUS kita hormati ...
Perbanyakkan amalan yang belum pernah sempat kita tunaikan

Manusia ..
Semakin bijak berkata-kata
Semakin bijak mengatur kata
Semakin bijak mengatur agenda
^_^
Semoga semakin bijak menjadi orang yang BERGUNA

Ya Tuhan
Semoga Engkau melindungi KAMi
Dari bahana bencana ciptaan manusia di alam ini
Aminnn...


*Kami Hamba-Mu yang masih memerlukan perhatian dan gegaran dari-Mu....*

02 July 2011

ll Tiada Istimewa ll


Assalamualaikum Semua

Yeahh !! Alhamdulillah Miss Meen selamat tiba 
Di halaman rumah Ayahanda Bonda
Perjalanan yang panjang bersama Mr.S
Sepanjang Highway Plus KL-Seremban
Kami lihat banyak kemalangan berlaku

Agaknya adalah lebih kurang 6 kemalangan
Huhu..beginilah keadaan Highway Plus ney
Ini belum dikira dengan bermulanya 
Episod Ramadhan dan Syawal lagi
Popular lagi lah Highway Plus ney di radio dan TV
Hihii ^_^

Semalam Miss Meen ada mendengar siaran radio mana tah
Isu dibincangkan bersama pendengar
"Pemandu lelaki atau pemandu wanita yang berhemah"
Wah!!! Ada panggilan dibuat oleh seorang lelaki
Dia kata wanita ney terlalu berhemah dan berhemat di jalan raya
Dia kata tak perlu lah begitu..Ikut pada keadaan lah
Sebab itulah Highway kat KL jammed teruk....

Miss Meen tak marah pun dia kata
Cuma lucu..bila dia ingin mengatakan sesuatu
Dan ayat itu perlu dijaga supaya hati wanita
Seperti kami tidak terasa hati
Terima kasih yer Encik ^_^
Saya faham ayat yang ingin diperkatakan tue

Apa yang penting Miss Meen
Selalu ingat pesan Ayah Miss Meen
Ayah kata "Memandu ney kena banyak bersabar.."
Ayah kata "Jangan berebut jalan..bagi je diorang jalan..kita tak rugi mana pun"
Ayah kata "Beranikan diri..sampai bila tak berani"
Ayah kata "Bawa je macam biasa...mereka nak potong jalan..biarkan"

Bagi Miss Meen bila kita memandu dengan sabar dan tenang
Insyallah semua perjalanan kita dipermudahkan..
Oh !! Ramadhan semakin tiba
Hati Miss Meen semakin sayu......
Terlalu cepat masa berlalu...



*Satu perubahan baru dalam diri kita tidak semestinya dipengaruhi oleh mereka yang mempunyai pengaruh besar..ada kala hal sebegitu kecil boleh menjadi puncanya*